Rabu, Ogos 18, 2010

MAKLUMAN TENTANG PERPINDAHAN

Assalamu'alaikum WBT.

Adalah dimaklumkan bahawa saya telah bertukar ke SMKA Slim River Perak sebagai Pengetua mulai 16 Ogos 2010. Bagaimanapun, buat masa ini saya masih menjalakan tugas seperti biasa di Bahagian Pendidikan Islam Cyberjaya bagi menyelesaikan beberapa perkara yang masih belum selesai berkaitan dengan Peperiksaan KKQ. InsyaAllah, saya akan secara rasminya memulakan tugas di SMKA Slim River mulai 1 September 2010. Selepas itu, tugas yang saya tinggalkan di BPI akan dipangku sementara oleh al-Fadhil Ustaz Samsul Shah bin Tarjo. Beliau boleh dihubungi ditalian 03-83217328.
Sehubungan dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga KKQ yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan Program KKQ di seluruh negara. Doa dan restu kalian dipohon agar saya dapat bertahan dan tabah dalam melaksanakan tugas baru yang saya fikir sangat mencabar.
Sekian, Terima Kasih