Ahad, Oktober 07, 2007

Dari adeeb src

selamat menyambut ramadan al mubarak kpd kwn2 dr chulan.p0se jgn x pose

Dari jkb117

kep kkq 2007 , tgu la tahun depan...baru nak mesyuarat ni kat ampang..

Dari BARAKAH

bila boleh dapat keputusan KKQ 2007

Dari malina ishigaki

message kpd warga smk ttdi jaya ..slamat berpuase..smoga puase kali nie lebey bermakne..kpd plaja 1a n 2a..rjin2 gy kkq n kaa tawu.. =DD

Dari smk ttdi jaya shah alam

Slamat berpuasa..smoga bebdakk kaa &kkq smk ttdi jaya makin mantap..

Selasa, September 25, 2007

Dari Wadilas

Selamat Berpuasa kepada semua warga al-Quran

Dari Ibnu Yusoff

Selamat menyambut ramadhan karim to All student KKQ SMK Seri Manjung. Moga setiap tahun mendapat limpahan rahmat dari-NYA

Dari Siti Norliza Razley

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan

Dari Al Hakim

Tapi ada benarnya kata us tu. Bukan perkara mudah nak jadikan KKQ sebagai subjek. Banyak perkara Us Shafie kena buat. Dan mungkin banyak halangan2 yang bakal tiba. Apa pun kami berharap agar Us Shafie tak cepat putus asa. Semoga KKQ sebagai subjek akan menjadi satu kenyataan nanti. HIDUP KKQ

Ahad, September 23, 2007

Dari Manaf

Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dr yg sebelumnya. Selamat menyambut Ramadhan Almubarak.

Dari Al Hakim

To Us Zainul. Saya tak baca pulak pasal Dato Hishamuddin sebut KKQ dalam paper. dia sebut pasal apa ye? kalau KKQ dijadikan subjek mcm subjek2 lain kan best.

Dari anip kkq chulan

Selamat berpuasa kpd semua warga src terutama budak 2ka serachu...

Khamis, September 20, 2007

Hidup KKQ

Assalamualaikum w.b.t.
Saya sangat bangga apabila dlm Surat Khabar baru-baru ini Dato' Hishamudin menyebut tentang keistimewaan Kelas Kemahiran al-Quran. Hidup KKQ..!!!!!!

Dari adlina-1KA src

Selamat berpuasa kpd semua pelajar KKQ Smk Raja Chulan, khususnya hilda, wanna,adila, lina dan lain2. Kome jangan tak puasa...

Dari hariz kkq sri kurau

Assalamualaikum
Semoga warga kkq tidak jemu2 utk mempelajari ilmu al-quran disamping mempelajari khazanah dunia dan akhirat ini. pastikan al-quran sentiasa di hati anda.
selamat menyambut ramadhan al-mubarak ini dan penuhkanlah hati kita untuk m,encapai keredhaan Allah s.w.t. ingat, puasa jangan tak puasa tau

Isnin, September 17, 2007

Dari Sunny

SELAMAT MENYAMBAMBUT RAMADHAN KAREEM DARI WARGA SMKA MAAHAD MUAR. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN KEPADA WARGA AL-QURAN.

Ahad, September 16, 2007

DARI MOHD AMIR Raja Chulan

Ramadhan Al-Mubarak buat pelajar dan guru KKQ seluruh negara. Jangan lupa baca Al-Quran.....

DARI MOHD AMIR ISMAIL

Assalamualaikum.
Tahniah buat guru2 KKQ negeri Kedah,Perlis dan P.Pinang kerana berjaya menamatkan kursus KKQ 2007 zon utara: 3-6/9/07 di Hotel Grand Continental, A.Setar.

Dari Al Hakim

Ramadhan menjelang lagi..membawa rahmat dan maghfirah..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Dari Warga KKQ Sri Kurau PERAK

Moga moga usaha murni untuk mewujudkan pelajar yang mahir dalam al quran diredai ALLAH S.W.T

Dari Shamrin

Saya warga kkq ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini

Dari Abu Sufian

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak

Dari SMK Beluran Bestari

Kami akan lakukan yg terbaik untuk sekolah kami....we can do it...chewah...

Dari Rahmah

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua pelajar kkq. Semoga panjang umur.

Khamis, September 13, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Karim

Assalamualaikum w.b.t.
Saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KKQ. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga iman dan amalan kita bertambah dan meningkat berbanding sebelumnya.
Sekian.

Selasa, September 04, 2007

Dari Al-Hakim

To Sri:
CD semakan boleh dapatkan di Bahagian Kurikulum JAPIM. Kalau nak maklumat lanjut hubungi terus kepada Us Muhammad Shafie (Pen Pengarah Bah Kurikulum JAPIM)

Dari Sri

Salam.
b/mana cara utk sy dapatkan cd tarannum edisi semakan? sy gr j-QAF

Isnin, Ogos 27, 2007

Kepada Budak Kampung

Assalamualaikum wbt.

Banyak sumber untuk mempelajari Qira'at. Tapi kebanyakannya dalam Bahasa Arab. Tak boleh tidak, jika kita nak mendalami ilmu Islam, wajib belajar Bahasa Arab. Untuk kongsi maklumat mungkin boleh lihat web berikut :

http://www.islamway.com/?iw_s=Lesson&iw_a=view&lesson_id=1562

Dari bdk kampong

Assalamualaikum. Err.. Saya ni nak tnya, dkt mane nk crik info2 ttg qira'at. Blh ust bntu tak?

Rabu, Ogos 15, 2007

Kepada Safiah

Assalamualaikum.

Untuk maklumat lanjut berkenaan lagu tarannum sila kunjung http://www.maqamworld.com/

Dari Safiyah

Assalamualaikum.

Apa khabar ahli2 KKQ...? Saya ni hendak tau bgaimana kte nk dptkn info2 tentang lagu2 tarannum. Saya skrng ni dlm proses pmblajaran. Boleh ust bantu...??

Rabu, Ogos 01, 2007

Dari Al-Hakim

Assalamualaikum.

Kepada semua peserta Tilawah Al Quran KPM Peringkat Negeri Selangor di Sabak Bernam, diucapkan selamat maju jaya... Semoga dapat mempersembahkan bacaan yang mantap, insya Allah. TQ

Selasa, Julai 31, 2007

Dari Fadzilah

Assalamualaikum.
Tahniah! syukran jazilan kepada JAPIM. Kursus peningkatan kemahiran al-Quran guru2 KKQ dilaksanakan dengan jayanya 23-26 julai 2007 di Katerina Hotel, Batu Pahat.

Dari Amfie

Betulkah ada peperiksaan bagi guru KKQ SMK pada tahun ini?

Dari Zahidi

Apa penilaian peperiksaan guru KKQ? Adakah sama seperti pelajar?

Dari Abu Daud

Saya nak tahu tentang perlaksanaan KKQ di SABK. Saya belum mendapat sebarang makluman untuk melaksanakan kelas ini. Kepada sesiapa yang boleh membantu saya, sangat dialukan. jazakumullahu khoiro.

Khamis, Julai 05, 2007

Seminar Tarannum Antarabangsa

Assalamualaikum w.b.t.
Saya panjangkan surat jemputan yang saya terima dari pihak penganjur dan dipanjangkan kepada sesiapa berminat.
Assalamualaikum W.B.T,
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR ANTARABANGSA TARANNUM AL-QURAN
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya islam (MPKB-BRI) akan mengadakan Seminar Antarabangsa Tarannum al-Quran pada 4 dan 5 Ogos 2007 akan datang.
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput pihak tuan untuk menghadiri program berkenaan dan memaklumkan kepada sesiapa yang berminat mengenai program berkenaan.
Acara seminar berkenaan adalah sebahagian daripada perayaan Minggu al-Quran yang juga mengandungi acara-acara lain seperti di dalam brosur yang boleh dilihat di laman web kami, http://www.tarannum2007.com
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Amir Ramadzan b. Ibrahim
Pengarah Acara
6016-2253818

Ahad, Julai 01, 2007

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN KKQ

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

Semua murid tingkatan tiga dan lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab'ie. Semua soalan disediakn oleh jawatankuasa khas di Kementerian PelajaranMalaysia.

Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh Negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian PelajaranMalaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (JAPIM) yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran.

(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran)

Jumaat, Jun 29, 2007

Kepada jhq5704

Assalamualaikum w.b.t.
CD ROM Edisi semakan tu adalah hak cipta Kementerian Pelajaran. Pada pandangan saya, jika untuk kegunaan murid, apa salahnya dperbanyakkan. Asalkan jangan ada unsur-unsur komersil sudahlah kerana itu adalah satu kesalahan.
Terima Kasih

Dari jhq5704

Alhamdulillah... lamanya sudah saya tak ziarah blog ni.. banyaknye perkembangan.... Tahniah!!! ustaz, sejak ada cd tarannum edisi semakan, mudah saya nak rujuk. bila diperdengarkan kepada pelajar saya masing2 berebut kalau boleh nak burn. saya nak tanya ni... Boleh ke nak burn?? halal tak?

Isnin, Jun 25, 2007

Kepada Sheikh Mustafa

Setahu saya memang ada prancangan untuk beri kursus berkaitan kurikulum kpd SABK. Harap bersabar kerana urusan pentadbiran seperti opsyen dan lain-lain masih banyak yg belum selesai. Untuk mendapatkan bahan-bahan tak jadi masalah. Sila hubungi Ustaz Mohd Shafie bagi mendapatkan garis panduan serta bahan-bahan untuk pengajaran KKQ di sekolah.

Dari Sheikh Mustafa

To Us Zainul Arifien. Ana nak tanya guru SABK di Selangor ni tak dipanggil ke untuk sebarang kursus KKQ? Di sekolah kami sudah menubuhkan kelas KKQ tapi kami tak de bahan2 yang boleh dirujuk. Sukurlah sebab ada blog yang sangat berguna ni.. Cuma sekali2 kami nak juga dapatkan kemahiran mcm rakan2 di sekolah kementerian. TQ

Jumaat, Jun 22, 2007

Dari Muhammad Luqman Al-Hakim

Assalamualaikum.

Di mana saya boleh dapatkan lagu-lagu berbentuk marhaban atau qasidah?

Khamis, Jun 21, 2007

Kepada Liyana

Assalamualaikum w.b.t.
Untuk mendapatkan bahan-bahan Tarannum sila klik url berikut

Dari Liyana

Assalamualaikum.

Saya ni orang baru. Saya sebenarnye nk tnya sape2 yg tau mcmne nk cari bahan2 bacaan tarannum.

Jumaat, Jun 01, 2007

Kursus KKQ Zon Sabah dan Sarawak

Assalamualaikum w.b.t.
Kursus KKQ Zon Sabah & Sarawak akan dijalankan di Kota Kinabalu pada 11 hinggg 14 Jun 2007. Saya mengucapkan selamat berkursus kepada semua peserta. Semoga kursus tersebut akan menambahkan lagi keyakinan peserta dalam melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran di sekolah masing-masing. Kalau ada gambar yang sesuai, bolehlah diemailkan kepada saya untuk dipaparkan didalam blog ini.
Sekian, Wassalam

Selasa, Mei 29, 2007

Kegiatan KKQ

Assalamualaikum w.b.t.
Saya menyeru kepada semua warga KKQ supaya menghantar email kepada saya berkaitan dengan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan KKQ disekolah, daerah atau di mana-mana sahaja beserta dengan gambar. Sebarang maklumat bolehlah diemailkan kepada saya di alamat email saya seperti berikut; zainul64@yahoo.com
Wassalam

Tahniah Kepada Ustaz Muhammad Shafie


Seluruh Warga KKQ mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Muhammad Shafie Hj Ismail kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga anugerah yang diterima akan menjadi pendorong kepada beliau untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

TV 1 Live

























Sabtu, Mei 26, 2007

Dari Muhammad Faris

Assalamualaikum.

Adakah peperiksaan KKQ 2007 akan diawalkan?

Khamis, Mei 24, 2007

Dari Muhammad Luqman Al Hakim

Selamat bertugas kepada Pen Pengarah Kurikulum JAPIM KKQ yang baru. Didoakan agar beliau dapat meneruskan usaha-usaha untuk menjadikan KKQ sebagai satu subjek pilihan di sekolah-sekolah insya allah.

Isnin, Mei 21, 2007

Dari Azlan Seri Perak

A'kum kpd teman2 mu'allimun KKQ.
Sekadar ingat-mengingati.. diharap kita semua dapat mendalami Qawaid Bahasa Arab supaya dapat mengajar ilmu rasm uthmani (terutamanya tingkatan 5)dengan baik kerana mungkin sukar mengajar rasm uthmani tingkatan 5 tanpa penguasaan asas Qawaid Bahasa Arab... "let us be the best among the best"
.. syukran

Ahad, Mei 20, 2007

Dari Azlan Seri Perak

A'kum, Kpd Ust. Mohd Shafie (Pen. Peng. Kurikulum JAPIM KKQ):
Hasilan di Mid Town Kuala Terengganu 14-17 mei 2007 seperti berikut :
  1. 1 set soalan kkq tahriri 2008 (belum taip)
  2. 1 set soalan kkq tahriri bank soalan belum taip)
  3. 1 set JSU tahriri periksa kkq 2008.
  4. 1 set JSU tahriri periksa kkq bank soalan.
  5. 1 set (4 bahagian) instrumen pemantauan perjalanan kkq di SMKA/KAA.harap tuan berpuas hati..

Khamis, Mei 17, 2007

DARI WAN FAJRULHISYAM

Saya lepasan KKQ smka tok jiring, k.trg. lepasan IPTQ (skrg Darul Quran). Syabas & tahniah pd us Zainul yg membangunkan laman web ini, Ust Shafie, ust Husaini dll, saya ucapkan selamat hari guru buat kalian, tak lupa buat guru2 kkq di seluruh M'sia. moga khidmat kalian beroleh pahala dr Allah dlm usaha memartabatkan generasi yg cintakan ilmu2 al-Quran. syakarallahu lakum wa ila lliqa'.

Dari Muhammad Luqman Al-Hakim

Assalamualaikum

Kepada semua warga KKQ diseluruh negara, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2007. BERSABARLAH DALAM MUJAHADAH.KERANA SABAR IRU TERLALU INDAH

Rabu, Mei 16, 2007

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum w.b.t.


Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru KKQ di seluruh negara. Semoga jasa dan pengorbanan anda semua selama ini diberkati Allah.


Wassalam

Sabtu, Mei 12, 2007

Dari Mohd Amir utk perhatian 3ka src-ipoh 07

utk perhatian 3ka src-ipoh 07, periksa kkq mungkin diawalkan seminggu pasal tarikh asal 26.6.07 bertembung dgn mesyuarat pengurusan japim (maklumat dari pegawai kkq japim)

Jumaat, Mei 11, 2007

Untuk Perhatian 3 ka src-ipoh 07

Assalamualaikum w.b.t.
Saya tak dapat nak jawab soalan tu. Kena hubungi Ustaz Shafie melalui nombor telefon yang diberi. Mungkin untuk mengelakkan bertembung dengan pepriksaan PMR dan SPM.

Dari 3 ka src-ipoh 07

Kenapa peperiksaan kkq dipercepatkan? kami ingin kn kepastian...

MESYUARAT KKQ DI DE PALMA AMPANG






Guru KKQ Jadi Juri Akademi al-Quran (AQ)


Warga KKQ seluruh negara merasa bangga kerana salah seorang guru KKQ, iaitu Tn. Hj. Muhamad Husaini bin Mokhtar, telah dipilih sekali lagi oleh TV9 menjadi Juri AQ Zon Perak. Semoga ini menyemarakkan lagi semangat kita sebagai warga KKQ.

Dari Mohd Amir


Saya berbangga dan bersyukur dgn usaha ust zainul membangunkan laman web kkq. Semoga ust berjaya mendapatkan sarjana dan memberi sumbangan utk kkq.

Saya ingin mencadangkan supaya diadakan konvensyen guru2 KKQ peringkat kebangsaan. Antara objektif: mengeratkan ukhuwah sesama kita,penyatuan buah fikiran,dll demi mengukuhkan lagi program KKQ.

Untuk Perhatian Liana

Assalamualaikum Liana.

Saya agak sukar memasukkan bahan tarannum dalam internet kerana saiz fail yang agak besar. Namun terdapat laman web yang boleh dijadikan rujukan dalam mengenali lagu-lagu tarannum. (Dalam Bahasa Arab Tarannum lebih dikenali dengan nama Ilmu al-Maqamat). Antara Laman Web yang boleh dirujuk adalah Laman berikut :

Dari Liyana

Salam.

Ustaz, di manakah sy boleh dptkan bahan2 yg berkaitan dgn Taranum di internet?

Khamis, Mei 10, 2007

STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN

  1. Kelas kemahiran al-Quran adalah salah satu kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh Negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
  2. Oleh kerana statusnya sebagai kegiatan kokurikulum, maka proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Ini bererti kelas ini terpaksa dilaksanakan pada sebelah petang jika murid terbabit berada pada sesi pagi. Sekiranya murid yang terbabit bersekolah pada sesi petang, maka kelas ini dilaksanakan pada sebelah pagi. Namun begitu ia menjadi tugas rasmi bagi guru.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah menggunakan budibicara mereka untuk menyusun jadual yang membolehkan guru yangterbabit datang lewat kerana mereka terpaksa pulang lebih lewat berbanding dengan guru-guru lain, begitu juga sebaliknya.
  4. Di samping itu murid-murid yang terlibat dalam kelas ini hendaklah dianggap telah mengikuti salah satu daripada kegiatan kokurikulum yang diwajibkan. Kehadiran mereka dalam kelas ini hendaklah diambil kira ketika memberi markah dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Guru yang mengajar kelas tersebut juga hendaklah dianggap telah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Guru yang mengajar kelas tersebut secara khusus juga tidak diberi jawatan-jawatan berat seperti guru tingkatan dan seumpamanya. Ini bagi membolehkan guru terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya kelas berkenaan dapat berjalan dengan baik.
  7. Pentadbir sekolah juga patut berusaha menambah bahan-bahan bantuan mengajar yang diperlukan serta mempastikan kelas berkenaan berjalan dengan baik.
(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran KPM)

Rabu, Mei 09, 2007

Dato' Siti Nurhaliza Membaca al-Quran

No Telefon Ustaz Muhammad Shafie Ismail

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman semua warga KKQ, Ustaz Muhamad Shafie Ismail yang bertanggungjawab terhadap KKQ boleh dihubungi melalui talian 03-88847268.

Sekian, Wassalam.

Masalah sfwan

Masalah sfwan kena rujuk kepada SBP. Rugi tak mengajar KKQ. Cuba hubungi Ustaz Ramli Nikman di JAPIM sekiranya berminat nak mengajar KKQ.

Dari sfwan

Saya dari opsyen KKQ tapi tak mengajar KKQ dari SBP Pekan. What happen?

Selasa, Mei 08, 2007

Bersama Syeikh Saad al-Ghamidi

Tilawah al-Quran oleh Dr Ahmad Naina'

Juara Akademi al-Quran 2006

Selamat Berjaya

Assalamualaikum

Kepada semua guru KKQ yang menghadapi temuduga hadiah biasiswa Sarjana dan Phd KPM, diucapkan Selamat Maju Jaya. Mudah-mudahan anda semua berjaya dalam temuduga tersebut. Antara yang saya dapat makluman berjaya dipanggil temuduga ialah Ustaz Husaini dan Ustaz Amir dan ramai lagi. Semoga berjaya.

Wassalam

Tilawah al-Quran oleh Syeikh Abdul Basit

Bagaimana Menghantar Ulasan

Assalamualaikum.
Untuk menghantar sebarang komen, ulasan atau artikel, sila klik perkataan ulasan. Kemudian taipkan pandangan anda di ruangan ini (Leave your comment). Kemudian Pilih butang "other" dibawah. Masukkan Nama anda. Kemudian klik butang Publish Your Comment. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Dari AmFie_Sandakan

Assalamualaikum..

Selamat Thun Br Hijrah..
Ust Zainul yg dhormati terima kasih di atas sgl curahan tenaga ust...Blog ini cukp menarik, InsyAllah sedkt ms lg KKQ akan dijdkan sub... Btl ke Pep. u guru2 KKQ akn diadakan pa thn ni?

Dari Riping Melaka

Assalamualaikum nul.

Ni Riping Melaka. Saya cadangkan supaya kumpulkan soalan-soalan tahun lepas untuk dijadikan bahan latihan atau bank soalan. Jadi laman web ini akan selalu digunakan oleh guru kkq untuk mencari bahang kkq

Bahan Kurikulum

Assalamualaikum

Untuk warga KKQ yang memerlukan bahan-bahan KKQ termasuk bahan-ahan peperiksaan KKQ 2006, boleh memuatturun dari url berikut.
T. Kasih, Wassalam

Dari Muhammad Luqman Al-Hakim

Assalamualaikum ustaz...

kenapa ada komen yang tak berkaitan dengan KKQ disini..sepatutnya pengunjung-pengunjung bagi pandangan untuk memartabatkan subjek KKQ itu sendiri.
Tahniah kepada ustaz yang bersusah payah membangunkan laman ini..dan banyak hasil-hasil KKQ terutama dalam ICT yang ustaz telah tinggalkan sepanjang berada di JAPIM..ia amat-amat berguna pada kami dalam P&P di sekolah..syukran..

Dari jhq5704

Alhamdulillah..

kedengaran juga akhirnya berita baik tu walaupun baru nak dicadangkan.. KKQ akan jadi subjek. kami guru-guru KKQ amat mendoakan ini jadi realiti.. kesian budak2, wlaupun jadual dah disusun elok..tetap bertembung dengan kokurikulum, kelas tambahan dsb.... moga2 jadi kenyataan. syukran atas usaha ustaz, BKPIM., warga JAPIM semua

Dari hashar

Assalamualaikum
Tahniah atas penglibatan semua dalam memartabatkan Al-Quran Kalamullah.
Ana, Hasim dr IPIS Bangi, ada menyediakan perisisan cakera padat interaktif panduan asas tarannum bi al-Quran dalam 2 siri(RM12.50 setiap siri ).Sesuai utk semua peringkat pelajar, Guru KKQ dan orang ramai.Berminat, sila hubungi 019-2639322 atau E-mail pesanan : has_ipis@yahoo.com.myPenyataan ini dengan izin. Moga Allah memberikan hidayah dan taufiqNya ke atas kita semua. Amin.

Dari mysis

Moga ustaz dipermudahkan segala urusan bersesuaian dengan 'kerusi' yg ustaz duduki sekarang. Sesungguh terlalu banyak manfaatnya jika kita tahu dan faham (tak semestinya mahir-1 aset) bila kita bekerja dengan ICT-M ini. Ustaz bleh fikirkan dan sediakan 'tools' yg diperlukan utk kita anjak ke 1 tahap lagi di mana keperluan utk ust 'mengajar' secara atas talian pula - live Audio/Video-insyaAllah. Kemahiran yg ada dapat kita kongsikan demi pembinaan insan bertaqwa dan cemerlang akhirat-sekian dulu dari saya

Dari Jasmi bin Sa'don

Assalamualaikum.

Saya adalah diantara bekas guru KKQ bukan opsyen yang telah dilantik semula ke jawatan tersebut bermula 1 Mac 2007. Walau bagaimanapun saya belum boleh ke sekolah yang ditawarkan untuk jawatan ini kerana kekurangan guru pendidikan Islam di sekolah saya sekarang. Besar harapan saya semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana saya sangat berminat menjawat jawatan sebagai guru kkq. Saya mengajar di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat telah dilantik menjadi guru kkq ke SMK Gading, Batu Pahat. Tahniah dengan terbinanya Blogger ini, semoga ianya dapat dimanfaatkan.

Dari zie1978

Akum ustaz,

Saya harap ustaz membaca email dari saya tentang masalah menjalankan kelas kkq di sekolah saya.
Saya ingin memohon agar saya sebagai guru kkq di w.p labuan dipanggil oleh JAPIM untuk menghadiri kursus atau sebagainya yang berkaitan dengan kkq sebagai pengukuhan dalam subjek ini walaupun terdapat beberapa masalah dalam perlaksanaannya. terima kasih atas perhatian ustaz.

Dari Azlan Seri Perak

Assalamualaikum.
Ustaz Zainul yang dihormati ..
1. Apa status guru KKQ apabila dijadikan subjek (insya Allah)?..
2. Siapakah pegawai yang menggantikan ustaz di BKPIM (KKQ) ?
3. Terima kasih di atas sokongan moral dan tunjuk ajar selama ini ..

Dari jhq5704

Assalamualaikum

Ustaz dan semua warga KKQ..

Saya baru setahun di sabah dan baru nak menapakkan KKQ di sekolah saya.. doakan dan syukran kerana wujudnya web site kkq ini..wadah rujukan buat kami yg kekadang x tahu nak rujuk siapa di sekolah.
eh lupa nak tanya.. ustaz masih di japim??ke dah sambung belajar? kalau ustaz pindah...ustaz handle lagi tak web site ni??

Dari Zaidi

Saya bersetuju cadangan supaya dibuat bank soalan dalam laman web ini untuk soalan -soalan lepas dalam bentuk MS word. Ini memudahkan guru-gur KKq mengubah suai untuk dijadikan soalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

Dari Shafawi

Assalamualaikum...

Tahniah kerana dpt melanjutkan pelajaran.dan tahniah juga kerana membangunkan blogger ini..saya ingin memohon supaya diadakan contoh soalan untuk setiap tingkatan yang tidak terlibat dengan peperiksaan sijil.ini untuk memudahkan urusan guru2 kkq kerana proses untuk menyediakan soalan merumitkan dan kemungkinan tidak menepati format peperiksaan

Dari Warga SMK Agama Maahad Muar

Assalamualaikum..
Us Zainul...tahniah kerana berjaya mewujudkan laman web kkq ini..web ini byk memberi manfaat kepada semua warga KKQ.

Dari Madzlan

Assalamualaikum.

Us. zainul tahniah kerana dapat melanjutkan pelajaran. Semoga usaha murni anta membangunkan laman web ini mendapat keberkatan Allah swt. Laman ini amat berguna kepada semua warga KKQ.

Lagu Untuk Renungan (Selimut Putih)

Anak Arab Menghafaz al-Quran

Bacaan al-Quran oleh Dr Ahmad Naina'

SEKITAR BENGKEL DAN MESYUARAT KKQ 2006






Belajar dan Mengajarkan Al Qur'an

Setiap Mu'min yang mempercayai Al Quran, mempunyai kewajiban dan tanggung jawab terhadap Kitab Sucinya itu. Di antara kewajiban dan tanggung jawab itu ialah mempelajarinya dan mengajarkannya. Belajar dan mengajarkan Al Quran adalah kewajiban suci dan mulia. Rasulullah s.a.w. telah mengatakan : " Yang sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya." Dalam hadits lain Rasulullah mengatakan :" Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik yang seperti itu daripada mengerjakan sembahyang sunat 100 rakaat." Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasululah juga mengatakan :
"Siapa-siapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat."

Jadi belajar Al Quran itu merupakan kewajiban yang utama bagi setiap mu'min , begitu juga mengajarkannya. Belajar Al Quran itu dapat dibagi kepada beberapa tingkatan , yaitu :belajar membacanya sampai lancar dan baik, menuruti kaidah-kaidah yang berlaku dalam qiraat dan tajwid belajar arti dan maksudnya sampai mengerti akan maksud-maksud yang terkandung di dalamnya dan terakhir, belajar menghafalnya di luar kepala, sebagaimana yang diajarkan oleh para sahabat pada masa Rasulullah, demikian pula pada masa sekarang dibeberapa negeri Islam.

Belajar Al Quran itu hendaklah dari semenjak kecil, sebaiknya dari semenjak berumur 5 atau 6 tahun. Sebab, umur 7 tahun sudah disuruh mengerjakan sembahyang. Rasulullah sudah mengatakan: " Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang, bila sudah berumur 7 tahun dan pukullah (marahilah) bila dia tidak mengerjakan sembahyang kalau sudah berumur 10 tahun."

Menjadikan anak-anak dapat belajar Al Quran mulai semenjak kecil itu, adalah kewajiban orang tuanya masing-masing. Berdosalah orang tua yang mempunyai anak-anak, tetapi anak-anaknya tidak pandai membaca Al Quran. Tidak ada malu yang paling besar di hadapan Allah nantinya, bilamana anak-anaknya tidak pandai membaca Al Quran. Sebaliknya, tidak ada kegembiraan yang lebih memuncak nanti, bilamana orang tua dapat menjadikan anaknya pandai membaca Al Quran. Rasulullah s.a.w. telah mengatakan :" Tidak ada suatu keuntungan bagi seorang yang telah menjadikan anaknya pandai membaca Al Quran , kecuali baginya nanti pada hari kiamat akan diberikan suatu mahkota dari dalam syurga."

Pada tingkat pertama ini, yaitu tingkat mempelajari membaca Al Quran dengan baik, hendaknya sudah merata dilaksanakan , sehingga tidak ada lagi orang yang buta huruf Al Quran di kalangan masyarakat Islam. Di tiap-tiap rumah tangga orang Islam hendaknya diaktifkan benar-benar pemberantasan buta huruf Al Quran, sehingga setiap muslim yang menjadi keluarga rumah tangga itu sudah pandai semuanya membaca Al Quran dengan baik. Batas untuk mempelajari Al Quran itu hanya bila seseorang sudah diantar ke liang kubur.

Jadi, tidak ada alasan untuk tidak mempelajari Al Quran. Misalnya, karena sudah tua, karena sudah dewasa dan sebagainya. Dalam tingkatan pertama sekedar membaca Al Quran dengan baik, hal ini berlaku bagi anak-anak, orang dewasa maupun orang tua, pria ataupun wanita, semuanya berkewajiban untuk mempelajarinya.
Sesudah itu, barulah menginjak ke tingkat yang kedua, yaitu mempelajari arti dan maksud yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian, Al Quran itu betul-betul menjadi pelajaran, petunjuk dan peraturan bagi setiap muslim dalam mencapai kebahagiaan hidup yang diridhai Allah. Untuk itulah terjemahan Al Quran ini disusun dan diterbitkan oleh pemerintah, dengan maksud agar terjemahan Al Quran ini dapat dipelajari oleh seluruh rakyat Indonesia dengan mudah.

Selain mempelajari cara membaca serta mendalami arti dan maksud yang terkandung di dalam Al Quran, yang terpenting adalah mengajarkannya. Jadi belajar dan mengajar merupakan dua tugas yang mulia lagi suci, yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Sedapat mungkin hasil yang dipelajari itu terus diajarkan pula, dan demikianlah seterusnya. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rsulullah s.a.w. , demikianlah beliau menerima wahyu, waktu itu juga terus diajarkannya kepada para sahabat, seketika selesai wahyu itu turun. Para sahabat pun berbuat demikian pula. Seterusnya, orang yang mendapat pelajaran dari para sahabat itu, melanjutkannya kepada yang lain. Demikianlah secara sambung mneyambung seperti rantai yang tidak putus-putusnya.

Jadi, pekerjaan mengajarkan Al Quran merupakan tugar yang sangat mulia di sisi Allah. Di dalam tugas mengajarkan Al Quran itu tergantung tiga kemuliaan yaitu: kemuliaan mengajar yang merupakan warisan tugas Nabi kemuliaan membaca Al Quran sementara mengajar dan kemudian memperdalam maksud yang terkandung di dalamnya.
Dengan mengajar terus menerus, ia akan menjadi orang yang mahir memahami Al Quran.Dari hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang berasal dari Siti Aisyah r.a. Rasulullah bersabda:"Orang yang membaca Al Quran, lagi pula ia mahir, kelak mendapat tempat dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik; dan orang yang membaca Al Quran, tetapi tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan tampak agak berat lidahnya (belum lancar) ia akanmendapau dua pahala."

Tajwid

Sebagian besar ulama mengatakan, bahwa tajwid itu adalah suatu cabang ilmu yang snagat penting untuk dipelajari, sebelum mempelajari Ilmu Qiraat Al Quran. Ilmu Tajwid adalah pelajaran untuk memperbaiki bacaan Al Quran. Dalam ilmu Tajwid itu diajarkan bagaimana cara melafazkan huruf yag berdiri sendiri, huruf yang dirangkaikan dengan yang lain, melatih lidah mengeluarkan huruf dari makrajnya, belajar mengucapkan bunyi yang panjang dan dan yang pendek, cara menghilangkan bunyi huruf dengan menggabungkannya kepada huruf yang sesudahnya (idgham), berat atau ringan, berdesis atau tidak, mempelajari tanda-tanda berhenti dalam bacaan dan lain-lain sebagainya. Ilmu tajwid itu diajarkan sesudah pandai membaca huruf Arab dan telah dapat membaca Al Quran sekedarnya.

Sabtu, Mei 05, 2007

Lagi Gambar Kursus KKQ Sepanjang Tahun 2006









Kursus KKQ Sepanjang Tahun 2006






Tajwid

Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.

Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Bukti Kebenaran Al-Quran

Adakah Mushaf Al-Quran di setiap rumah keluarga Muslim? Diduga jawabannya adalah "tidak"! Apakah anggota keluarga Muslim yang memiliki mushaf telah mampu membaca Kitab suci itu? Diduga keras jawabannya adalah "belum"! Apakah setiap Muslim yang mampu membaca Al-Quran mengetahui garis besar kandungannya serta fungsi kehadirannya di tengah-tengah umat? Sekali lagi jawaban yang diduga serupa dengan yang sebelumnya.

Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain dinamai Al-Kitab dan Al-Qu’ran (bacaan yang sempurna), walaupun penerima dan masyarakat pertama yang ditemuinya tidak mengenal baca-tulis. Ini semua dimaksudkan agar mereka dan generasi berikutnya membacanya. Fungsi utama Al-Kitab adalah memberikan petunjuk. Hal ini tidak dapat terlaksana tanpa membaca dan memahaminya.

Dari celah-celah redaksinya ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata yaum yang berarti "hari", dalam bentuk tunggalnya terulang sebanyak 365 kali ( ini sama dengan satu tahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan satu bulan). Sementara itu , kata yaum yang berarti “bulan” hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, setan dan malaikat, dan masih banyak lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi dengan tujuannya dan indah kedengarannya.

Kedua, pemberitaan gaib yang diungkapkannya. Awal surah Al-Rum menegaskan kekalahan Romawi oleh Parsi pada tahun 614; setelah kekalahan mereka dalam masa sembilan tahun di saat mana kaum mukminin akan bergembira. Dan itu benar adanya, tepat pada saat kegembiraan kaum Muslim memenangkan Perang Badar pada 622, bangsa Romawi memperoleh kemenangan melawan Parsi. Pemberitaannya tentang keselamatan badan Fir’aun yang tenggelam di Laut Merah 3.200 tahun yang lalu, baru terbukti setelah muminya (badannya yang diawetkan) ditemukan oleh Loret di Wadi Al- Muluk Thaba, Mesir pada 1896 dan dibuka pembalutnya oleh Eliot Smith 8 Julai 1907. Mahabenar Allah yang menyatakan kepada Fir’aun pada saat kematiannya: Hari ini Kuselamatkan badanmu supaya kamu menjadi pelajaran bagi generasi sesudahmu (QS 10: 92).

Ketiga, isyarat-isyarat ilmiahnya sungguh mengagumkan ilmuwan masa kini, apalagi yang menyampaikannya adalah seorang ummi yang tidak pandai membaca dan menulis serta hidup di lingkungan masyarakat terbelakang. Bukti kebenaran (mukzijat) rasul-rasul Allah bersifat suprarasional. Hanya Muhammad yang datang membawa bukti selainnya, Tuhan berpesan agar mereka mempelajari Al-Qur'an (lihat QS 29:50). Sungguh disayangkan bahwa tidak sedikit umat Islam dewasa ini bukan hanya tak pandai membaca Kitab Sucinya, tetapi juga tidak memfungsikannya, kecuali sebagai penangkal bahaya dan pembawa manfaat dengan cara-cara yang irasional.

Rupanya, umat generasi inilah antara lain yang termasuk diadukan oleh Nabi Muhammad : Wahai Tuhan, sesungguhnya umatku telah menjadikan Al-Qur'an sesuatu yang tidak dipedulikan (QS 25:30).
Tahap pertama untuk mengatasi kekurangan dan kesalahan di atas adalah meningkatkan kemampuan baca Al-Qur’an . Janganlah anak-anak kita disalahkan kelak di kemudian hari mereka pun mengadu kepada Allah, sebagaimana ditemukan dalam sebuah riwayat: "Wahai Tuhanku, aku menuntut keadilan-Mu terhadap perlakuan orangtuaku yang aniaya ini". (Disadur daripada
http://www.bakis5.com/qur'an.htm)

Penolong Pengarah Kurikulum Baru


Assalamualaikum w.b.t.

Penolong Pengarah Kurikulum yang menjaga Subjek Kelas Kemahiran al-Quran sekarang ialah Ustaz Muhammad Shafie bin Ismail (seperti dalam gambar di sebelah).