Rabu, Disember 10, 2008

Ustaz Samsul Arifin Sufyan

Kita Akan Tua



Assalamualaikum wbt.

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh kerabat KKQ. Semoga semangat pengorbanan kita terus mekar dalam memartabatkan KKQ, insya'Allah.

Hj. Mohd Zainul Arifien Mohd Jaid,
Institut Peembangunan Pendidikan Islam,
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabtu, November 22, 2008

Dari dein81. Kelas Tarannum Percuma

Kepada anda yg berada di N9, anda boleh belajar tarannum di Masjid Negeri setiap Ahad, 9-11 pagi. Makan pagi disediakan. Tiada pendaftaran. percuma

Khamis, November 13, 2008

Dari menoufi

Utk makluman , sekarang sgd berlangsung kursus peningkatan kkq seluruh malaysia di Glory Beach Resort PD ...

Rabu, November 12, 2008

GURU AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt.

Seorang sahabat sedang mencari Guru al-Quran yang boleh datang ke rumah untuk mengajar kanak-kanak. Sesiapa di kalangan tuan dan puan yang berminat boleh menghubungi beliau melalui emel yonaga@gmail.com. Berikut adalah pesanan beliau kepada saya;

shah: salam ustaz. sy sedang mencari orang yang boleh datang ke rumah untuk mengajar mengaji kanak-kanak. Sy tinggal di puchong, selangor. Harap ustaz dapat membantu.

Selasa, September 30, 2008

SALAM IDUL FITRY


Khamis, September 04, 2008

Poster Panduan Tarawikh



Assalamualakum wbt

Apa khabar semua warga KKQ? Mudah-mudahan kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini. Saya sertakan poster Panduan Tarawikh 8 rakaat. Poster ini boleh dicetak dengan saiz A4. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Isnin, September 01, 2008

Ramadhan Kareem


Assalamu'alaikum wbt.

Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Warga KKQ seluruh negara. Marilah kita tingkatkan amalan sempena Ramadhan. Semoga amalan kita lebih baik pada Ramadhan tahun ini berbanding dengan Ramadhan sebelumnya.

Ahad, Julai 27, 2008

Contoh Maqam-maqam Tarannum


Assalamualaikum

Saya kepilkan klip video contoh maqam-maqam tarannum yang dialunkan oleh Yasir Syarqowi. Memang hebat. Semua orang patut tengok. Saya sendiri dah download video tersebut untuk simpanan saya. Jangan lupa "silent" kan radio nasyid terlebih dahulu sebelum anda menikmati bacaan Yasir.....

Sabtu, Julai 26, 2008

Mari Bertarannum



Assalamua'alaikum.

Ramai yang bertanya dengan saya mengenai Rancangan Mari Bertarannum kelolaan Ust. Nik Azizan di TV9. Sebenaranya TV9 menyediakan sebuah Laman Web Khas bagi membolehkan peminat rancangan tersebut mendapat maklumat mengenai rancangan tersebut. Semua episod dalam rancangan tersebut turut dimuatkan dalam laman web. Setakat tarikh dan hari blog ini ditulis, alamat laman webnya adalah seperti berikut;

http://www.tv9.com.my/Shows/Main.aspx?MenuID=1&MasterID=146&ShowID=400&TemplateID=1

Jumaat, Julai 18, 2008

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu 2

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu

Selasa, Julai 15, 2008

Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran


Assalamualaikum wbt.

Saya telah membangunkan sebuah Laman Web khas buat Kelas Kemahiran al-Quran. Laman tersebut sesuai digunakan untuk P&P atau belajar secara individu. Ia memuatkan banyak bahan berkaitan dengan KKQ. Laman web tersebut boleh dilayari di www.zainul.com/kkq.

Semoga usaha saya yang tak seberapa ini dapat membantu warga KKQ seluruh negara, insyaAllah.

Temu bual Ustaz Shamsul Ariffin dengan Berita Harian (15 Julai 2008)


Johan qari tak pandai mengaji usia sembilan tahun

SHAMSUL Ariffin Supian, 44, dari Hutan Melintang, Perak muncul johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008 di Jitra, Kedah, minggu lalu. Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, MOHD FEROZ ABU BAKAR dengannya.

CERITAKAN latar belakang saudara?

Saya berasal dari Kampung Parit 1, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak dan kini bertugas sebagai guru al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, dekat Taiping. Saya memperoleh ijazah Sarjana Muda Usuludin dan Falsafah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagaimana ustaz berminat dengan al-Quran?

Sebenarnya, ketika berusia sembilan tahun, saya buta al-Quran. Masih tak boleh baca walaupun rakan semua boleh baca al-Quran. Satu hari, abang membawa saya menonton tilawah menerusi televisyen. Pada 1970-an, kami menonton televisyen di rumah orang dengan membayar 20 sen seorang. Dari situ, saya minat dengan bacaan al-Quran secara berlagu. Kemudian, baru saya mula belajar mengaji dengan arwah bapa, Supian Hassan dan khatam dalam tempoh dua tahun saja. Saya kemudian belajar tajwid dengan arwah datuk, Raden Siraj. Datuk saya belajar tajwid di Makkah. Selepas itu, saya banyak belajar sendiri seperti mendengar bacaan al-Quran di radio dan merakam bacaan itu untuk ditiru semula. Pada akhir 1980-an, baru ada kelas taranum, iaitu belajar secara berkaedah.

Apa makna kemenangan ini?

Saya masuk pertandingan bukan untuk menang hadiah tapi untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan bacaan saya. Sebenarnya, ini kali kelima saya mewakili Perak pada peringkat kebangsaan, iaitu sejak 2003, kecuali 2004. Pembabitan saya dengan bacaan al-Quran berjaya menarik minat pelajar saya untuk menyertai pertandingan pada peringkat sekolah, program Akademi al-Quran di televisyen dan ada yang masuk ke peringkat kebangsaan, bertanding bersama saya. Anak saya juga minat dengan bacaan berlagu. Anak pertama, Faizah, 18, sekarang mengikuti program Darul Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia pernah dua kali juara bacaan al-Quran peringkat sekolah ketika sekolah rendah.

Siapa guru ustaz?

Ramai. Ketika kanak-kanak, ustaz Tajwid Said. Di Kelantan, guru saya ustaz Nik Jaffar Nik Ismail, Abdul Rahman Hussein, Yahya Daud dan Abdul Rahman Hussin. Seorang hakim pertandingan pering-kat kebangsaan baru-baru ini, Tarmizi Mahmud juga guru saya.

Ada latihan khas atau amalan istimewa?

Secara kebetulan, saya memang tak suka ais dan makanan pedas atau berminyak. Saya membaca al-Quran lebih kurang dua jam sehari. Kalau sehari tak baca, rasa hari tak lengkap. Kalau ibu bapa mengamalkan bacaan al-Quran di rumah, hati anak akan lembut. Mereka mudah belajar. Perangai tidak baik pun dapat dielakkan. Dengan syafaat atau kelebihan al-Quran, perkara tak elok dapat dielakkan. Ini rahmat Allah jika kita jadikan al-Quran itu wirid dalam rumah.

Sabtu, Julai 12, 2008

Guru KKQ Johan Musabaqah


Assalamualaikum wbt.

Shamsul Ariffin Supian muncul sebagai johan qari dengan mencatatkan 81 markah pada majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Ke-51. Begitulah petikan dari beberapa akhbar tempatan pada hari ini (12 Julai 2008). Warga KKQ seluruh negara merasa terharu dan bangga kerana Ustaz Shamsul adalah merupakan Guru KKQ di SMKA Kerian, Perak. Kami semua mendoakan agar beliau terus berjaya apabila mewakili Malaysia pada peringkat Antarabangsa nanti. Selamat Maju Jaya dari kami.

Selain dari beliau, ada 6 orang lagi guru KKQ yang turut menyertai majlis berkenaan iaitu Ust Mohd Nor Abdul Rahman(Selangor), Ust Zulkifli Haron (Kelantan), Ust Amir Rahman (W.P KL), Ust Shahiruddin (N. Sembilan), Ustazah Che' Norlia Saidin (Pulau Pinang) dan Ustazah Farah Ilyani (Sarawak).

Jumaat, Julai 11, 2008

Ustaz Nurollhadi Dalam Kenangan


Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, tanggal 10 Julai 2008 lebih kurang jam 6.05 petang, sahabat saya Ustaz Nurolhadi bin Mat Taib telah kembali ke rahmatullah akibat diserang ketumbuhan dalam otak. Beliau yang sedang bercuti belajar bersama saya tidak sempat menghabiskan pengajian peringkat master (Universiti Malaya) yang dijadualkan selesai pada hujung tahun ini. Sepanjang persahabatan saya dengan Allahyarham, beliau adalah seorang yang warak dan sering membaca al-Quran selepas solat.

Semoga roh beliau ditempatkan Allah di samping para awliya' dan Salihin. Saya dan seluruh warga KKQ mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Khamis, Julai 10, 2008

Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum WBT.

Warga KKQ seluruh negara berasa bangga kerana Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Alor Star Kedah menyaksikan penyertaan ramai guru KKQ yang mewakili negeri masing-masing. Mereka adalah Ust. Samsul Ariffin (Perak), Ust Mohd Nor (Selangor), Ust Zulkifli Haron (Kelantan), Ust Amir Rahman (W.P KL), Ust Shahiruddin (N. Sembilan), Ustazah Che' Norlia Saidin (Pulau Pinang) dan Ustazah Farah Ilyani (Sarawak).

Saya dan Ust Shafie Ismail (ketika update blog ini, berada di Alor Setar) mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

Ahad, Julai 06, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan


Assalamualaikum WBT.

Pertamanya saya mohon maaf sebab Blog ini dah lama tak di update kerana sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Rasanya saya masih belum terlambat mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan kepada warga KKQ. Peperiksaan Syafawi sedang berjalan sekarang. Saya mendoakan semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang, insyaAllah.

Isnin, Jun 09, 2008

Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum WBT.

Cuti Pertengahan Penggal sudah berakhir. Kini guru dan pelajar kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan memartabatkan ilmu. Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga KKQ. Peperiksaan KKQ pun sudah sangat hampir. Saya yakin semua yang terlibat telah pun membuat persiapan untuk menghadapi saat itu. Selamat berjuang. Hidup KKQ........

Ahad, Mei 25, 2008

Bahan Terbaru Dari GEMA Islam


Dapatkan bahan-bahan terbaru berkaitan dengan Majlis Tadarus al-Quran dan lain-lain bahan berkaitan dengan Pendidikan Islam di GEMA Islam. Layari GEMA Islam di http://www.gemaislam.com/ sekarang juga.


Jumaat, Mei 23, 2008

Selamat Bercuti



Assalamu'alaikum wbt.

Saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga KKQ di seluruh negara.

Rabu, Mei 21, 2008

Selamat Hari Guru

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru KKQ di seluruh negara. Semoga anda semua terus maju dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru.

Selasa, Mei 20, 2008

Contoh P&P Bahasa Arab Tingkatan 1

Video ini diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. Untuk Menonton Klip video ini, sila matikan volume suara Nasyid FM dalam blog ini.


Isnin, Mei 19, 2008

Contoh P&P Tasawur Islam berasaskan tiga aras

Video ini diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. Untuk Menonton Klip video ini, sila matikan volume suara Nasyid FM dalam blog ini.

Ahad, Mei 18, 2008

Warga KKQ @ Kursus 2007

Rabu, Mei 14, 2008

ALBUM KURSUS BLOG DI ILIM

Gambar dalam Slide Show adalah anak-anak murid saya yang belajar membina blog di ILIM Bangi pada 5 hingga 8 Mei 2008. Mereka memang hebat sebab dalam masa yang singkat berjaya membina blog masing-masing.

Selasa, Mei 13, 2008

Tahniah Kepada Ustaz Mohd Noor Abdul Rahman


Assalamualaikum wbt.

Bagi Pihak Warga KKQ, saya mengucapkan Sekalung Tahniah kepada Ustaz Mohd Noor Abdul Rahman kerana berjaya menjadi Johan dalam Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 2008. Kejayaan beliau menjadi kebanggaan kepada semua warga KKQ.

Berikut adalah petikan dari laporan BERNAMA;

"Pada tilawah itu, Juara Qari disandang oleh Mohd Noor Abdul Rahman, 33, yang mewakili daerah Klang sementara Juara Qariah ialah Norfaizah Panut, 19, dari daerah Hulu Langat. Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM3,000, pakej umrah, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan. Mohd Noor adalah guru kelas kemahiran Al-Quran di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, sementara Norfaizah pelajar jurusan Syariah di sebuah institusi Islam di Kota Baharu, Kelantan.

Ahad, Mei 11, 2008

Dari sunny maahad muar

salam. salam takziah buat keluarga allahyarham. saya baru sahaja berjumpa dan berbual dgn dia di Rossapasadena Cameron semasa mesy kawal mutu bahan kursus kkq. al-fatihah. semoga roh us sabri dicucuri rahmat Allah.

Kursus Membina Blog di ILIM pada 5-8 Mei 2008





Sabtu, Mei 10, 2008

Kursus Membina Blog di ILIM pada 5-8 Mei 2008












Rabu, April 23, 2008

Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran


Assalamualaikum WBT
Saya sedang membangun dan menguji Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran untuk kegunaan warga KKQ khasnya dan orang ramai amnya. Laman web tersebut merupakan sebahagian daripada Projek yang perlu saya siapkan sebagai sebahagian daripada syarat dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan (M. Ed). Laman ini masih dalam proses pembinaan dan akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan pandangan dan saranan dari semua warga KKQ bagi memastikan laman web ini benar-benar memberi informasi dan manfaat kepada semua. Semua pandangan boleh dihantar kepada saya melalui email zainul64@yahoo.com. Laman web tersebut boleh dilawati melalui url www.zainul.com/kkq
Sekian, terima kasih.

Jumaat, April 18, 2008

Ustaz Sabri Jusoh dalam Kenangan - al-Fatihah

Pagi tadi, lebih kurang jam 8.08 pagi (18 April 2008) saya menerima SMS dari Ustaz Yusuf Ismail, menyampaikan berita sedih tentang sahabat saya Ustaz Sabri Jusoh yang pergi buat selama-lamanya. Saya dimaklumkan beliau diserang sakit jantung. Walaupun beliau bukan Guru KKQ, tetapi beliau tidak asing kepada sebahagian besar guru-guru KKQ. Jasa beliau dalam memastikan pelaksanaan KKQ di sekolah sangat banyak. Beliau sering membantu saya menyiapkan soalan-soalan peperiksaan KKQ dan juga Buku KKQ yang diguna pakai di sekolah-sekolah pada hari ini. Marilah kita berdoa dan menghadiahkan al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin....

Khamis, April 03, 2008

Memanjat Sebuah Doa

PERKATAAN doa banyak terdapat dalam al-Quran dalam pelbagai pengertian. Doa merupakan satu ibadah. Firman Allah : "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"- surah Yunus: 106.
Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa kepadanya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.
Sama ada makbul doa itu diberi cepat atau lambat atau diberi di dunia atau di akhirat, manusia tidak akan tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.
Membina hubungan akrab inilah menjadi cabaran terbesar kepada seseorang kerana banyak disiplin dan rutin perlu diikuti.
Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' iaitu setiap azam dan kemahuan pasti ada jalan terbentang di hadapannya. Oleh itu, doa dan ikhtiar wajar dijadikan sumber kekuatan sama seperti fungsi roh dengan jasad pada diri manusia.
Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa. Kenapa beliau berkata demikian? Kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.
Dalam keadaan demikian seringkali berputus asa dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana kita rasa terlalu yakin akan dikabulkan tetapi hakikatnya adalah milik Allah.
Apakah setiap doa akan dikabulkan?
Pertanyaan ini akan terjawab apabila kita memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Tidak harus berhenti daripada kesungguhan berdoa, dan tidak berpaling dari-Nya kerana lambat masa diperkenankan.
Juga jangan mengherdik sambil melontarkan kalimah-kalimah marah berupa bantahan ke atas rasa tidak puas hati. Tatkala Allah berfirman, pastilah ada harapan untuk mendapat hajat tersebut.
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60
Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.
Kaum terdahulu telah keluar daripada sengsara dan derita kerana doa mereka diperkenankan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" - surah an-Naml: 62.
Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.
Orang yang berputus asa akan berkata: "Allah tidak memakbulkan doa aku." Tetapi ingat, Allah menjamin doa yang dimohon akan dikabulkan. Konsep doa yang dikabulkan juga harus difahami supaya kita faham benar bagaimana doa itu berfungsi.
Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendak-Nya, maka akan diberikannya segera, tetapi jika permohonannya tidak seiring dengan kehendak-Nya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendak-Nya sebagai pilihan yang tepat.
Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim.

Kelebihan membaca al-quran

Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82) Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Isnin, Januari 07, 2008

Jumaat, November 30, 2007

Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran

Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (التبيان فى اداب حملة القرءان) dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah;

1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah
SWT.
2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-

Quran.
3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan

al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku,
menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak
memakai pakaian yang tidak senonoh.
4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.
5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada

muridnya
6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling

berlemah-lembut antara satu sama lain.
7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan

adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh
guru kepadanya.
8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya

dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah
mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan
sebagainya.
9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.
10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang

tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.
11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.
12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-Quran, seseorang itu

hendaklah terlebih dahulu berwudu’.
13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.

14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat
sesuatu yang melalaikan.

Khamis, Oktober 25, 2007

Dari safiah


ble dkatakn ust sy ulang bende y sama stiap ari...mcmne kte nk pupuk rasa minat dalam diri kter bg ssuatu matapelajaran y kte rs bosan @ x ske?. utk mantapkan sebutan huruf sy juga trpilih utk masuk ke kelas bhs arab...mmg mnyeronokkan... tp saya xtahu knape makin lamer sy bosan... mgkn krn ia diulang bnyk kali...

Dari Al Hakim

To Safiah:
Setiap tahun kami mengadakan peperiksaan KKQ di sekolah. Pelajar tak de masalah langsung, masing2 memberikan kerjasama yang baik untuk menghadapi exam. Yang Penting kita kena bangkitkan rasa minat pelajar2 untuk mempelajari KKQ.. bila diaorang dah berminat mereka bersungguh2 untuk peperiksaan KKQ tu.

Nak tanye pada al hakim...adakah awak mengadakan peperiksaan kkq di sek awak? sy nie pelajar kkq sebab 2 la sy brtanye pd awak?

Selamat Hari Raya kpd ustz Zainul & juga kpd ahli2 kkq... sy akn mndoakn sntiasa mndoakn kjyaan ustz.. Insya ALLAH ustz akn m'hadapi peperiksaan dengan baik..

Dari Hasniza

Salam aidilfitri kali kedua buat Ustaz Zainul. nak tanya.... kenapa website KKQ telah disekat oleh KPM?

Dari Al Hakim


Kepada Ust Zainul..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..semoga berjaya dalam exam nanti insya Allah. Di hari raya ini koreksilah diri sendiri.. layakkah hari ini kita berhari raya.. ingati saudara-saudara kita yang kesedihan di luar sana.. mudah-mudahan akan meningkatkan ketaqwaan kita.. SLMT HARI RAYA.

DARI BARAKAH

Apa masalah sebenar pn. Noryati. Semoga ustaz zainul berjaya dalam imtihan. Selamat Hari Raya AidilFitri pada semua warga KKQ terutamanya SMK Seri Manjung.... moga setiap tahun mendapat Limpahan Rahmat Dari-NYA

DARI NORYATI

markah kkq ustaz tolong selesai masalah saya . markah dari sekolah kami telah dihantar tapi mungkin tak sampai kerana tidak ada di kementerian.

Salam Idul Fitri

Salam Idul Fitry, maaf zahir & batin buat semua para bloggers. Hidup KKQ. Saya akan menghadapi peperiksaan final semester bulan depan. Doakan semoga saya berjaya. TQ

Zainul Arifien & Usrah

Dari nik mohd

selamat hari raya kpd sumer orang malaysia terutama orang islam

Dari amfie_78

Selamat Menyambut Aidilfitri al Mubaraka buat ust Zainul sekeluarga, jg tidak dilupakn warga KKQ seluruh Malaysia....

Rabu, Oktober 24, 2007

Dari Najmi

Assalamualaikum...
Ustaz.. Saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar kkq..bagaimana cara saya untuk memohon?? dari najmi,selangor. ahlifir83@yahoo.com

Ahad, Oktober 07, 2007

Dari Al Hakim

Ramadhan berlalu...ibadah pun berkurangan..begitulah diri kita yang sering kelalaian..Rebutlah peluang yang tinggal sedikit ini..

Dari Hilda src

slamat berpuasa pd sume... khususnye bdk2 chulan... pose bbagi pnuh tauu... dan x luper jugak kat ustaz amir... slamat berpuase...

Dari Safiah

ye betul 2..sy sgt2 berterima kasih dkt ust Zainul sbb membgnkan website ni..ia memudahkan kita mndptkn maklumat tntg KKQ...terima kasih sgt2...jadi saya berharap semakin ramai warga KKQ nnt...
saya harap adik2 di luar sana melibatkan diri dalam website ini utk generasi akn dtg...terutama yg belajar KKQ...jd ble la diorg perluaskn lg matapelajaran KKQ ni dkt kwn2 y xbljr 2...

Semua Warga KKQ adalah Orang Penting Kepada Blog Ini


Assalamualaikum w.b.t.

Bagi saya, semua yang sudi melawat blog ini adalah orang penting yang menggerakkan blog ini. Kalau tak ada orang beri respon dan pandangan, saya pun tak semangat nak bangunkan blog ni. Syukran

Dari Al-Hakim

To Safiah..:

W'salam Safiah..sebenarnya saya bukan orang penting dlm website ni...cuma disebabkann saya juga salah seorang guru KKQ,saya suka ikuti perkembangan KKQ di website ni.
Banyak info-info terkini yang boleh kita perolehi dari website ni..apa pun syukran utk Us Zainul yang telah membangunkan website ni.

Dari safiah

assalamualaikum...saya dapati saudara al hakim setia dengan website ini..adakah saudara merupakan orang penting dalam website ini..??(saya cuma bertanya)maaf kalau gggu..

Dari adeeb src

selamat menyambut ramadan al mubarak kpd kwn2 dr chulan.p0se jgn x pose

Dari jkb117

kep kkq 2007 , tgu la tahun depan...baru nak mesyuarat ni kat ampang..

Dari BARAKAH

bila boleh dapat keputusan KKQ 2007

Dari malina ishigaki

message kpd warga smk ttdi jaya ..slamat berpuase..smoga puase kali nie lebey bermakne..kpd plaja 1a n 2a..rjin2 gy kkq n kaa tawu.. =DD

Dari smk ttdi jaya shah alam

Slamat berpuasa..smoga bebdakk kaa &kkq smk ttdi jaya makin mantap..

Selasa, September 25, 2007

Dari Wadilas

Selamat Berpuasa kepada semua warga al-Quran

Dari Ibnu Yusoff

Selamat menyambut ramadhan karim to All student KKQ SMK Seri Manjung. Moga setiap tahun mendapat limpahan rahmat dari-NYA

Dari Siti Norliza Razley

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan

Dari Al Hakim

Tapi ada benarnya kata us tu. Bukan perkara mudah nak jadikan KKQ sebagai subjek. Banyak perkara Us Shafie kena buat. Dan mungkin banyak halangan2 yang bakal tiba. Apa pun kami berharap agar Us Shafie tak cepat putus asa. Semoga KKQ sebagai subjek akan menjadi satu kenyataan nanti. HIDUP KKQ

Ahad, September 23, 2007

Dari Manaf

Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik dr yg sebelumnya. Selamat menyambut Ramadhan Almubarak.

Dari Al Hakim

To Us Zainul. Saya tak baca pulak pasal Dato Hishamuddin sebut KKQ dalam paper. dia sebut pasal apa ye? kalau KKQ dijadikan subjek mcm subjek2 lain kan best.

Dari anip kkq chulan

Selamat berpuasa kpd semua warga src terutama budak 2ka serachu...

Khamis, September 20, 2007

Hidup KKQ

Assalamualaikum w.b.t.
Saya sangat bangga apabila dlm Surat Khabar baru-baru ini Dato' Hishamudin menyebut tentang keistimewaan Kelas Kemahiran al-Quran. Hidup KKQ..!!!!!!

Dari adlina-1KA src

Selamat berpuasa kpd semua pelajar KKQ Smk Raja Chulan, khususnya hilda, wanna,adila, lina dan lain2. Kome jangan tak puasa...

Dari hariz kkq sri kurau

Assalamualaikum
Semoga warga kkq tidak jemu2 utk mempelajari ilmu al-quran disamping mempelajari khazanah dunia dan akhirat ini. pastikan al-quran sentiasa di hati anda.
selamat menyambut ramadhan al-mubarak ini dan penuhkanlah hati kita untuk m,encapai keredhaan Allah s.w.t. ingat, puasa jangan tak puasa tau

Isnin, September 17, 2007

Dari Sunny

SELAMAT MENYAMBAMBUT RAMADHAN KAREEM DARI WARGA SMKA MAAHAD MUAR. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN KEPADA WARGA AL-QURAN.

Ahad, September 16, 2007

DARI MOHD AMIR Raja Chulan

Ramadhan Al-Mubarak buat pelajar dan guru KKQ seluruh negara. Jangan lupa baca Al-Quran.....

DARI MOHD AMIR ISMAIL

Assalamualaikum.
Tahniah buat guru2 KKQ negeri Kedah,Perlis dan P.Pinang kerana berjaya menamatkan kursus KKQ 2007 zon utara: 3-6/9/07 di Hotel Grand Continental, A.Setar.

Dari Al Hakim

Ramadhan menjelang lagi..membawa rahmat dan maghfirah..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Dari Warga KKQ Sri Kurau PERAK

Moga moga usaha murni untuk mewujudkan pelajar yang mahir dalam al quran diredai ALLAH S.W.T

Dari Shamrin

Saya warga kkq ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini

Dari Abu Sufian

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak

Dari SMK Beluran Bestari

Kami akan lakukan yg terbaik untuk sekolah kami....we can do it...chewah...

Dari Rahmah

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua pelajar kkq. Semoga panjang umur.

Khamis, September 13, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Karim

Assalamualaikum w.b.t.
Saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga KKQ. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga iman dan amalan kita bertambah dan meningkat berbanding sebelumnya.
Sekian.

Selasa, September 04, 2007

Dari Al-Hakim

To Sri:
CD semakan boleh dapatkan di Bahagian Kurikulum JAPIM. Kalau nak maklumat lanjut hubungi terus kepada Us Muhammad Shafie (Pen Pengarah Bah Kurikulum JAPIM)

Dari Sri

Salam.
b/mana cara utk sy dapatkan cd tarannum edisi semakan? sy gr j-QAF

Isnin, Ogos 27, 2007

Kepada Budak Kampung

Assalamualaikum wbt.

Banyak sumber untuk mempelajari Qira'at. Tapi kebanyakannya dalam Bahasa Arab. Tak boleh tidak, jika kita nak mendalami ilmu Islam, wajib belajar Bahasa Arab. Untuk kongsi maklumat mungkin boleh lihat web berikut :

http://www.islamway.com/?iw_s=Lesson&iw_a=view&lesson_id=1562

Dari bdk kampong

Assalamualaikum. Err.. Saya ni nak tnya, dkt mane nk crik info2 ttg qira'at. Blh ust bntu tak?

Rabu, Ogos 15, 2007

Kepada Safiah

Assalamualaikum.

Untuk maklumat lanjut berkenaan lagu tarannum sila kunjung http://www.maqamworld.com/

Dari Safiyah

Assalamualaikum.

Apa khabar ahli2 KKQ...? Saya ni hendak tau bgaimana kte nk dptkn info2 tentang lagu2 tarannum. Saya skrng ni dlm proses pmblajaran. Boleh ust bantu...??

Rabu, Ogos 01, 2007

Dari Al-Hakim

Assalamualaikum.

Kepada semua peserta Tilawah Al Quran KPM Peringkat Negeri Selangor di Sabak Bernam, diucapkan selamat maju jaya... Semoga dapat mempersembahkan bacaan yang mantap, insya Allah. TQ

Selasa, Julai 31, 2007

Dari Fadzilah

Assalamualaikum.
Tahniah! syukran jazilan kepada JAPIM. Kursus peningkatan kemahiran al-Quran guru2 KKQ dilaksanakan dengan jayanya 23-26 julai 2007 di Katerina Hotel, Batu Pahat.

Dari Amfie

Betulkah ada peperiksaan bagi guru KKQ SMK pada tahun ini?

Dari Zahidi

Apa penilaian peperiksaan guru KKQ? Adakah sama seperti pelajar?

Dari Abu Daud

Saya nak tahu tentang perlaksanaan KKQ di SABK. Saya belum mendapat sebarang makluman untuk melaksanakan kelas ini. Kepada sesiapa yang boleh membantu saya, sangat dialukan. jazakumullahu khoiro.

Khamis, Julai 05, 2007

Seminar Tarannum Antarabangsa

Assalamualaikum w.b.t.
Saya panjangkan surat jemputan yang saya terima dari pihak penganjur dan dipanjangkan kepada sesiapa berminat.
Assalamualaikum W.B.T,
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR ANTARABANGSA TARANNUM AL-QURAN
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya islam (MPKB-BRI) akan mengadakan Seminar Antarabangsa Tarannum al-Quran pada 4 dan 5 Ogos 2007 akan datang.
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput pihak tuan untuk menghadiri program berkenaan dan memaklumkan kepada sesiapa yang berminat mengenai program berkenaan.
Acara seminar berkenaan adalah sebahagian daripada perayaan Minggu al-Quran yang juga mengandungi acara-acara lain seperti di dalam brosur yang boleh dilihat di laman web kami, http://www.tarannum2007.com
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Amir Ramadzan b. Ibrahim
Pengarah Acara
6016-2253818

Ahad, Julai 01, 2007

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN KKQ

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

Semua murid tingkatan tiga dan lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab'ie. Semua soalan disediakn oleh jawatankuasa khas di Kementerian PelajaranMalaysia.

Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh Negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian PelajaranMalaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (JAPIM) yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran.

(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran)

Jumaat, Jun 29, 2007

Kepada jhq5704

Assalamualaikum w.b.t.
CD ROM Edisi semakan tu adalah hak cipta Kementerian Pelajaran. Pada pandangan saya, jika untuk kegunaan murid, apa salahnya dperbanyakkan. Asalkan jangan ada unsur-unsur komersil sudahlah kerana itu adalah satu kesalahan.
Terima Kasih

Dari jhq5704

Alhamdulillah... lamanya sudah saya tak ziarah blog ni.. banyaknye perkembangan.... Tahniah!!! ustaz, sejak ada cd tarannum edisi semakan, mudah saya nak rujuk. bila diperdengarkan kepada pelajar saya masing2 berebut kalau boleh nak burn. saya nak tanya ni... Boleh ke nak burn?? halal tak?

Isnin, Jun 25, 2007

Kepada Sheikh Mustafa

Setahu saya memang ada prancangan untuk beri kursus berkaitan kurikulum kpd SABK. Harap bersabar kerana urusan pentadbiran seperti opsyen dan lain-lain masih banyak yg belum selesai. Untuk mendapatkan bahan-bahan tak jadi masalah. Sila hubungi Ustaz Mohd Shafie bagi mendapatkan garis panduan serta bahan-bahan untuk pengajaran KKQ di sekolah.

Dari Sheikh Mustafa

To Us Zainul Arifien. Ana nak tanya guru SABK di Selangor ni tak dipanggil ke untuk sebarang kursus KKQ? Di sekolah kami sudah menubuhkan kelas KKQ tapi kami tak de bahan2 yang boleh dirujuk. Sukurlah sebab ada blog yang sangat berguna ni.. Cuma sekali2 kami nak juga dapatkan kemahiran mcm rakan2 di sekolah kementerian. TQ

Jumaat, Jun 22, 2007

Dari Muhammad Luqman Al-Hakim

Assalamualaikum.

Di mana saya boleh dapatkan lagu-lagu berbentuk marhaban atau qasidah?

Khamis, Jun 21, 2007

Kepada Liyana

Assalamualaikum w.b.t.
Untuk mendapatkan bahan-bahan Tarannum sila klik url berikut

Dari Liyana

Assalamualaikum.

Saya ni orang baru. Saya sebenarnye nk tnya sape2 yg tau mcmne nk cari bahan2 bacaan tarannum.

Jumaat, Jun 01, 2007

Kursus KKQ Zon Sabah dan Sarawak

Assalamualaikum w.b.t.
Kursus KKQ Zon Sabah & Sarawak akan dijalankan di Kota Kinabalu pada 11 hinggg 14 Jun 2007. Saya mengucapkan selamat berkursus kepada semua peserta. Semoga kursus tersebut akan menambahkan lagi keyakinan peserta dalam melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran di sekolah masing-masing. Kalau ada gambar yang sesuai, bolehlah diemailkan kepada saya untuk dipaparkan didalam blog ini.
Sekian, Wassalam