Isnin, Jun 09, 2008

Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum WBT.

Cuti Pertengahan Penggal sudah berakhir. Kini guru dan pelajar kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan memartabatkan ilmu. Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga KKQ. Peperiksaan KKQ pun sudah sangat hampir. Saya yakin semua yang terlibat telah pun membuat persiapan untuk menghadapi saat itu. Selamat berjuang. Hidup KKQ........

Ahad, Mei 25, 2008

Bahan Terbaru Dari GEMA Islam


Dapatkan bahan-bahan terbaru berkaitan dengan Majlis Tadarus al-Quran dan lain-lain bahan berkaitan dengan Pendidikan Islam di GEMA Islam. Layari GEMA Islam di http://www.gemaislam.com/ sekarang juga.


Jumaat, Mei 23, 2008

Selamat Bercuti



Assalamu'alaikum wbt.

Saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga KKQ di seluruh negara.

Rabu, Mei 21, 2008

Selamat Hari Guru

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru KKQ di seluruh negara. Semoga anda semua terus maju dan berdedikasi dalam mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru.

Selasa, Mei 20, 2008

Contoh P&P Bahasa Arab Tingkatan 1

Video ini diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. Untuk Menonton Klip video ini, sila matikan volume suara Nasyid FM dalam blog ini.


Isnin, Mei 19, 2008

Contoh P&P Tasawur Islam berasaskan tiga aras

Video ini diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral KPM. Untuk Menonton Klip video ini, sila matikan volume suara Nasyid FM dalam blog ini.

Ahad, Mei 18, 2008

Warga KKQ @ Kursus 2007

Rabu, Mei 14, 2008

ALBUM KURSUS BLOG DI ILIM

Gambar dalam Slide Show adalah anak-anak murid saya yang belajar membina blog di ILIM Bangi pada 5 hingga 8 Mei 2008. Mereka memang hebat sebab dalam masa yang singkat berjaya membina blog masing-masing.

Selasa, Mei 13, 2008

Tahniah Kepada Ustaz Mohd Noor Abdul Rahman


Assalamualaikum wbt.

Bagi Pihak Warga KKQ, saya mengucapkan Sekalung Tahniah kepada Ustaz Mohd Noor Abdul Rahman kerana berjaya menjadi Johan dalam Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 2008. Kejayaan beliau menjadi kebanggaan kepada semua warga KKQ.

Berikut adalah petikan dari laporan BERNAMA;

"Pada tilawah itu, Juara Qari disandang oleh Mohd Noor Abdul Rahman, 33, yang mewakili daerah Klang sementara Juara Qariah ialah Norfaizah Panut, 19, dari daerah Hulu Langat. Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM3,000, pakej umrah, sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan. Mohd Noor adalah guru kelas kemahiran Al-Quran di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, sementara Norfaizah pelajar jurusan Syariah di sebuah institusi Islam di Kota Baharu, Kelantan.

Ahad, Mei 11, 2008

Dari sunny maahad muar

salam. salam takziah buat keluarga allahyarham. saya baru sahaja berjumpa dan berbual dgn dia di Rossapasadena Cameron semasa mesy kawal mutu bahan kursus kkq. al-fatihah. semoga roh us sabri dicucuri rahmat Allah.

Kursus Membina Blog di ILIM pada 5-8 Mei 2008





Sabtu, Mei 10, 2008

Kursus Membina Blog di ILIM pada 5-8 Mei 2008












Rabu, April 23, 2008

Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran


Assalamualaikum WBT
Saya sedang membangun dan menguji Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran untuk kegunaan warga KKQ khasnya dan orang ramai amnya. Laman web tersebut merupakan sebahagian daripada Projek yang perlu saya siapkan sebagai sebahagian daripada syarat dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan (M. Ed). Laman ini masih dalam proses pembinaan dan akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan pandangan dan saranan dari semua warga KKQ bagi memastikan laman web ini benar-benar memberi informasi dan manfaat kepada semua. Semua pandangan boleh dihantar kepada saya melalui email zainul64@yahoo.com. Laman web tersebut boleh dilawati melalui url www.zainul.com/kkq
Sekian, terima kasih.

Jumaat, April 18, 2008

Ustaz Sabri Jusoh dalam Kenangan - al-Fatihah

Pagi tadi, lebih kurang jam 8.08 pagi (18 April 2008) saya menerima SMS dari Ustaz Yusuf Ismail, menyampaikan berita sedih tentang sahabat saya Ustaz Sabri Jusoh yang pergi buat selama-lamanya. Saya dimaklumkan beliau diserang sakit jantung. Walaupun beliau bukan Guru KKQ, tetapi beliau tidak asing kepada sebahagian besar guru-guru KKQ. Jasa beliau dalam memastikan pelaksanaan KKQ di sekolah sangat banyak. Beliau sering membantu saya menyiapkan soalan-soalan peperiksaan KKQ dan juga Buku KKQ yang diguna pakai di sekolah-sekolah pada hari ini. Marilah kita berdoa dan menghadiahkan al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin....

Khamis, April 03, 2008

Memanjat Sebuah Doa

PERKATAAN doa banyak terdapat dalam al-Quran dalam pelbagai pengertian. Doa merupakan satu ibadah. Firman Allah : "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"- surah Yunus: 106.
Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa kepadanya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.
Sama ada makbul doa itu diberi cepat atau lambat atau diberi di dunia atau di akhirat, manusia tidak akan tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.
Membina hubungan akrab inilah menjadi cabaran terbesar kepada seseorang kerana banyak disiplin dan rutin perlu diikuti.
Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih' iaitu setiap azam dan kemahuan pasti ada jalan terbentang di hadapannya. Oleh itu, doa dan ikhtiar wajar dijadikan sumber kekuatan sama seperti fungsi roh dengan jasad pada diri manusia.
Ibnu Athaillah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa. Kenapa beliau berkata demikian? Kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.
Dalam keadaan demikian seringkali berputus asa dan merasa bahawa doanya tidak dikabulkan. Sikap putus asa itu disebabkan kerana kita rasa terlalu yakin akan dikabulkan tetapi hakikatnya adalah milik Allah.
Apakah setiap doa akan dikabulkan?
Pertanyaan ini akan terjawab apabila kita memahami apa yang disebut doa dan hakikatnya. Tidak harus berhenti daripada kesungguhan berdoa, dan tidak berpaling dari-Nya kerana lambat masa diperkenankan.
Juga jangan mengherdik sambil melontarkan kalimah-kalimah marah berupa bantahan ke atas rasa tidak puas hati. Tatkala Allah berfirman, pastilah ada harapan untuk mendapat hajat tersebut.
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina"- surah al-Mu'min: 60
Bersangka baik terhadap Allah adalah di antara prasyarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali renungan ini dapat membantu meleraikan resah kita.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.
Kaum terdahulu telah keluar daripada sengsara dan derita kerana doa mereka diperkenankan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)" - surah an-Naml: 62.
Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.
Orang yang berputus asa akan berkata: "Allah tidak memakbulkan doa aku." Tetapi ingat, Allah menjamin doa yang dimohon akan dikabulkan. Konsep doa yang dikabulkan juga harus difahami supaya kita faham benar bagaimana doa itu berfungsi.
Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendak-Nya, maka akan diberikannya segera, tetapi jika permohonannya tidak seiring dengan kehendak-Nya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendak-Nya sebagai pilihan yang tepat.
Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim.

Kelebihan membaca al-quran

Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82) Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Isnin, Januari 07, 2008

Jumaat, November 30, 2007

Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari al-Quran

Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap tanpa membicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari al-Quran. Adab tersebut sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan keberkesanan dan keberkatan dalam mempelajari al-Quran. Kegagalan dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quran menjadi salah satu daripada punca kepada kegagalan umat Islam dalam menguasai bacaan al-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama’ yang menulis tentang perkara tersebut. Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992) telah menyusun sebuah buku berjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur’an (التبيان فى اداب حملة القرءان) dalam membicarakan tentang adab-adab yang perlu diambil berat dalam mengajar dan mempelajari al-Quran dan Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yang dijelaskan oleh mereka ialah;

1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran semata-mata kerana mencari keredhaan Allah
SWT.
2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran dalam mengajar atau mempelajari al-

Quran.
3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan kedudukan

al-Quran. Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai, memotong kuku,
menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak
memakai pakaian yang tidak senonoh.
4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari al-Quran dengannya.
5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta memberi dorongan dan motivasi kepada

muridnya
6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah diri. Mereka juga hendaklah saling

berlemah-lembut antara satu sama lain.
7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab yang terpuji. Mereka yang mengamalkan

adab-adab yang terpuji akan mempunyai hati yang bersih dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh
guru kepadanya.
8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya. Umpamanya mengosongkan fikirannya

dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah
mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan murid-murid membuat ulangkaji dan
sebagainya.
9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih awal kepadanya.
10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya meskipun orang tersebut mempunyai niat yang

tidak baik atau belajar bukan kerana mencari keredhaan Allah.
11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan selesa dalam melaksanakan pengajaran.
12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum membaca al-Quran, seseorang itu

hendaklah terlebih dahulu berwudu’.
13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.

14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak ketawa, bergurau senda serta melihat
sesuatu yang melalaikan.

Khamis, Oktober 25, 2007

Dari safiah


ble dkatakn ust sy ulang bende y sama stiap ari...mcmne kte nk pupuk rasa minat dalam diri kter bg ssuatu matapelajaran y kte rs bosan @ x ske?. utk mantapkan sebutan huruf sy juga trpilih utk masuk ke kelas bhs arab...mmg mnyeronokkan... tp saya xtahu knape makin lamer sy bosan... mgkn krn ia diulang bnyk kali...

Dari Al Hakim

To Safiah:
Setiap tahun kami mengadakan peperiksaan KKQ di sekolah. Pelajar tak de masalah langsung, masing2 memberikan kerjasama yang baik untuk menghadapi exam. Yang Penting kita kena bangkitkan rasa minat pelajar2 untuk mempelajari KKQ.. bila diaorang dah berminat mereka bersungguh2 untuk peperiksaan KKQ tu.