Selasa, Januari 06, 2009

Mencari Guru al-Quran

Assalamualaikum wbt.

Ada seorang sahabat yang mencari guru al-Quran utk mengajar anaknya di rumah. Di harap rakan-rakan guru yg berhampiran dengan kediaman beliau dapat memberi bantuan. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya atau terus kepada beliau. Berikut adalah emel beliau kepada saya;

Salam,

Yang dihormati Ustaz.

Saya sedang mencari orang yang boleh datang ke rumah untuk mengajar mengaji kanak-kanak. Saya tinggal di Pandan Jaya, Kuala Lumpur .

Harap Ustaz dapat membantu saya.

Sekian,

Jeffery bin Hj. Mohamad Akhir

ILTIZAM TUAH SDN. BHD.
7D, Tingkat 4, Jalan Memanda 7/1
Ampang Triangle 1, Ampang Point
68000 Ampang, Selangor D.E.

Tel: 03-4257 8554
Faks: 03-4257 7554
H/p: 016-248 4911

Jumaat, Januari 02, 2009

Tilawah al-Quran oleh Nurhidayah Sulaiman

Khamis, Januari 01, 2009

Johan Tilawah Antarabangsa

Johan Tilawah Antarabangsa 2004


Khamis, Disember 18, 2008

Rancangan Pengajaran Tahunan KKQ



Assalamualaikum wbt.

Saya telah memasukkan Rancangan Pengajaran Tahunan KKQ untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 ke dalam Laman Web KKQ. Semua warga KKQ boleh melihat atau mencetak dokumen tersebut untuk dimanfaatkan bersama. Terima Kasih kepada Ustaz Mohd Shafie kerana memberi kebenaran untuk menerbitkan dokumen berkenaan dalam laman web KKQ. Sila kunjungi http://www.zainul.com/kkq/rancangan.htm

Rabu, Disember 10, 2008

Ustaz Samsul Arifin Sufyan

Kita Akan Tua



Assalamualaikum wbt.

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh kerabat KKQ. Semoga semangat pengorbanan kita terus mekar dalam memartabatkan KKQ, insya'Allah.

Hj. Mohd Zainul Arifien Mohd Jaid,
Institut Peembangunan Pendidikan Islam,
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabtu, November 22, 2008

Dari dein81. Kelas Tarannum Percuma

Kepada anda yg berada di N9, anda boleh belajar tarannum di Masjid Negeri setiap Ahad, 9-11 pagi. Makan pagi disediakan. Tiada pendaftaran. percuma

Khamis, November 13, 2008

Dari menoufi

Utk makluman , sekarang sgd berlangsung kursus peningkatan kkq seluruh malaysia di Glory Beach Resort PD ...

Rabu, November 12, 2008

GURU AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt.

Seorang sahabat sedang mencari Guru al-Quran yang boleh datang ke rumah untuk mengajar kanak-kanak. Sesiapa di kalangan tuan dan puan yang berminat boleh menghubungi beliau melalui emel yonaga@gmail.com. Berikut adalah pesanan beliau kepada saya;

shah: salam ustaz. sy sedang mencari orang yang boleh datang ke rumah untuk mengajar mengaji kanak-kanak. Sy tinggal di puchong, selangor. Harap ustaz dapat membantu.

Selasa, September 30, 2008

SALAM IDUL FITRY


Khamis, September 04, 2008

Poster Panduan Tarawikh



Assalamualakum wbt

Apa khabar semua warga KKQ? Mudah-mudahan kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini. Saya sertakan poster Panduan Tarawikh 8 rakaat. Poster ini boleh dicetak dengan saiz A4. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Isnin, September 01, 2008

Ramadhan Kareem


Assalamu'alaikum wbt.

Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Warga KKQ seluruh negara. Marilah kita tingkatkan amalan sempena Ramadhan. Semoga amalan kita lebih baik pada Ramadhan tahun ini berbanding dengan Ramadhan sebelumnya.

Ahad, Julai 27, 2008

Contoh Maqam-maqam Tarannum


Assalamualaikum

Saya kepilkan klip video contoh maqam-maqam tarannum yang dialunkan oleh Yasir Syarqowi. Memang hebat. Semua orang patut tengok. Saya sendiri dah download video tersebut untuk simpanan saya. Jangan lupa "silent" kan radio nasyid terlebih dahulu sebelum anda menikmati bacaan Yasir.....

Sabtu, Julai 26, 2008

Mari Bertarannum



Assalamua'alaikum.

Ramai yang bertanya dengan saya mengenai Rancangan Mari Bertarannum kelolaan Ust. Nik Azizan di TV9. Sebenaranya TV9 menyediakan sebuah Laman Web Khas bagi membolehkan peminat rancangan tersebut mendapat maklumat mengenai rancangan tersebut. Semua episod dalam rancangan tersebut turut dimuatkan dalam laman web. Setakat tarikh dan hari blog ini ditulis, alamat laman webnya adalah seperti berikut;

http://www.tv9.com.my/Shows/Main.aspx?MenuID=1&MasterID=146&ShowID=400&TemplateID=1

Jumaat, Julai 18, 2008

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu 2

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu

Selasa, Julai 15, 2008

Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran


Assalamualaikum wbt.

Saya telah membangunkan sebuah Laman Web khas buat Kelas Kemahiran al-Quran. Laman tersebut sesuai digunakan untuk P&P atau belajar secara individu. Ia memuatkan banyak bahan berkaitan dengan KKQ. Laman web tersebut boleh dilayari di www.zainul.com/kkq.

Semoga usaha saya yang tak seberapa ini dapat membantu warga KKQ seluruh negara, insyaAllah.

Temu bual Ustaz Shamsul Ariffin dengan Berita Harian (15 Julai 2008)


Johan qari tak pandai mengaji usia sembilan tahun

SHAMSUL Ariffin Supian, 44, dari Hutan Melintang, Perak muncul johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008 di Jitra, Kedah, minggu lalu. Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, MOHD FEROZ ABU BAKAR dengannya.

CERITAKAN latar belakang saudara?

Saya berasal dari Kampung Parit 1, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak dan kini bertugas sebagai guru al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, dekat Taiping. Saya memperoleh ijazah Sarjana Muda Usuludin dan Falsafah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagaimana ustaz berminat dengan al-Quran?

Sebenarnya, ketika berusia sembilan tahun, saya buta al-Quran. Masih tak boleh baca walaupun rakan semua boleh baca al-Quran. Satu hari, abang membawa saya menonton tilawah menerusi televisyen. Pada 1970-an, kami menonton televisyen di rumah orang dengan membayar 20 sen seorang. Dari situ, saya minat dengan bacaan al-Quran secara berlagu. Kemudian, baru saya mula belajar mengaji dengan arwah bapa, Supian Hassan dan khatam dalam tempoh dua tahun saja. Saya kemudian belajar tajwid dengan arwah datuk, Raden Siraj. Datuk saya belajar tajwid di Makkah. Selepas itu, saya banyak belajar sendiri seperti mendengar bacaan al-Quran di radio dan merakam bacaan itu untuk ditiru semula. Pada akhir 1980-an, baru ada kelas taranum, iaitu belajar secara berkaedah.

Apa makna kemenangan ini?

Saya masuk pertandingan bukan untuk menang hadiah tapi untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan bacaan saya. Sebenarnya, ini kali kelima saya mewakili Perak pada peringkat kebangsaan, iaitu sejak 2003, kecuali 2004. Pembabitan saya dengan bacaan al-Quran berjaya menarik minat pelajar saya untuk menyertai pertandingan pada peringkat sekolah, program Akademi al-Quran di televisyen dan ada yang masuk ke peringkat kebangsaan, bertanding bersama saya. Anak saya juga minat dengan bacaan berlagu. Anak pertama, Faizah, 18, sekarang mengikuti program Darul Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia pernah dua kali juara bacaan al-Quran peringkat sekolah ketika sekolah rendah.

Siapa guru ustaz?

Ramai. Ketika kanak-kanak, ustaz Tajwid Said. Di Kelantan, guru saya ustaz Nik Jaffar Nik Ismail, Abdul Rahman Hussein, Yahya Daud dan Abdul Rahman Hussin. Seorang hakim pertandingan pering-kat kebangsaan baru-baru ini, Tarmizi Mahmud juga guru saya.

Ada latihan khas atau amalan istimewa?

Secara kebetulan, saya memang tak suka ais dan makanan pedas atau berminyak. Saya membaca al-Quran lebih kurang dua jam sehari. Kalau sehari tak baca, rasa hari tak lengkap. Kalau ibu bapa mengamalkan bacaan al-Quran di rumah, hati anak akan lembut. Mereka mudah belajar. Perangai tidak baik pun dapat dielakkan. Dengan syafaat atau kelebihan al-Quran, perkara tak elok dapat dielakkan. Ini rahmat Allah jika kita jadikan al-Quran itu wirid dalam rumah.