Tarannum Surah as Saff Oleh Ustaz Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
Isnin, Disember 09, 2019
Jumaat, Mei 17, 2019
Isnin, Mei 06, 2019
Selasa, Mac 12, 2019
Ahad, Februari 10, 2019
CD Belajar Tarannum Interaktif

Saya telah membangunkan sebuah perisian Belajar Tarannum Interaktif. Perisian ini menekankan konsep belajar sendiri secara latih-tubi. Pengguna boleh mendengar bacaan bagi satu-satu ayat (harakat tarannum) sebanyak mana yang dikehendaki dengan menekan butang yang tertentu. Turut dimuatkan dalam CD ROM ini, Nota Tarannum dalam format PDF dan juga beberapa Klip Video yang menarik.
Harganya RM 30.00 termasuk belanja POS. Pesanan boleh dibuat melalui telefon atau SMS di nombor 012-4218590.
Sekian, Wassalam
Sabtu, Disember 19, 2015
Rabu, Ogos 18, 2010
MAKLUMAN TENTANG PERPINDAHAN
Assalamu'alaikum WBT.
Adalah dimaklumkan bahawa saya telah bertukar ke SMKA Slim River Perak sebagai Pengetua mulai 16 Ogos 2010. Bagaimanapun, buat masa ini saya masih menjalakan tugas seperti biasa di Bahagian Pendidikan Islam Cyberjaya bagi menyelesaikan beberapa perkara yang masih belum selesai berkaitan dengan Peperiksaan KKQ. InsyaAllah, saya akan secara rasminya memulakan tugas di SMKA Slim River mulai 1 September 2010. Selepas itu, tugas yang saya tinggalkan di BPI akan dipangku sementara oleh al-Fadhil Ustaz Samsul Shah bin Tarjo. Beliau boleh dihubungi ditalian 03-83217328.
Sehubungan dengan itu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga KKQ yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan Program KKQ di seluruh negara. Doa dan restu kalian dipohon agar saya dapat bertahan dan tabah dalam melaksanakan tugas baru yang saya fikir sangat mencabar.
Sekian, Terima Kasih
Khamis, Februari 25, 2010
Khamis, Februari 11, 2010
Selasa, Februari 09, 2010
Pendaftaran Peperiksaan KKQ 2010
Assalamualaikum WBT
Surat Siaran Pendaftaran Peperiksaan KKQ telah pun dihantar melalui fax ke JPN untuk dipanjangkankan kepada sekolah-sekolah terlibat. Surat Siaran tersebut juga boleh didownload di laman http://www.zainul.com/kkq/
Sekian Terima Kasih.
Ahad, Januari 24, 2010
Keputusan Peperiksaan KKQ 2009
Assalamualaikum WBT
Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan KKQ 2009 telah diserahkan kepada Semua Sektor Pendidikan Islam JPN. Majlis Penyerahan keputusan dan Sijil telah diadakan di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut.
Selain itu, mulai tahun ini (2010) urusan Peperiksaan KKQ akan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam. Buat sementara waktu, tugas tersebut telah diberikan semula kepada saya setelah hampir empat tahun saya meninggalkannya. Sehubungan dengan itu, saya mohon kerjasama yang padu daripada semua warga KKQ bagi membolehkan saya melaksanakan tugas tersebut dengan baik.
Isnin, Januari 18, 2010
Panduan Tarannum MTQ 2010 Sekolah KPM

Salam
Dapatkan CD Interaktif Panduan Tarannum MTQ 2010 Sekolah-sekolah KPM. Sila lihat Demo di http://www.zainul.com/mtq/
Langgan:
Catatan (Atom)










