Jumaat, Disember 18, 2009

Salam Ma'aHijrah 1431H




Ahad, Oktober 25, 2009

Edufest@Pagoh





Assalamualaikum WBT.


Ruang Pameran Bahagian Pendidikan Islam di Karnival Pendidikan bertempat di Dewan Jubli Intan MUAR berjaya menarik minat pengunjung. Antara Tarikan Utama Gerai BPI adalah Demonstrasi Tarannum dan Seni Khat. Gerai BPI turut diserikan oleh seleberiti Mari Bertarannum dari SMAKL. Gerai BPI juga mendapat perhatian Y.BHG. Dato' Kamarulzaman Mohd Nor, TKSU KPM. Beliau telah meluangkan masa dengan mengunjungi gerai BPI dua hari berturut-turut. Terima Kasih Dato'.

Edufest@Pagoh




Assalamualaikum WBT.

Ruang Pameran Bahagian Pendidikan Islam di Karnival Pendidikan bertempat di Dewan Jubli Intan MUAR berjaya menarik minat pengunjung. Antara Tarikan Utama Gerai BPI adalah Demonstrasi Tarannum dan Seni Khat. Gerai BPI turut diserikan oleh seleberiti Mari Bertarannum dari SMAKL. Gerai BPI juga mendapat perhatian Y.BHG. Dato' Kamarulzaman Mohd Nor, TKSU KPM. Beliau telah meluangkan masa dengan mengunjungi gerai BPI dua hari berturut-turut. Terima Kasih Dato'.

Ahad, Oktober 18, 2009

Anak haram bercambah


Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRA (Harian Metro)

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.


Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.


“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

Khamis, September 17, 2009

Salam Eidul Fitry


Sabtu, Ogos 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamu'alaikum WBT


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga KKQ. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih banyak dari Ramadhan sebelumnya. Ramadhan Kareem....

Isnin, Ogos 17, 2009

Alhamdulillah


Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah, saya telah selamat menerima Ijazah Sarjana Pendidikan Islam pada dalam Konvokesyen ke 37 UKM pada 17 Ogos 2009. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga KKQ yang mendoakan kejayaan saya sehingga dapat menyempurnakan pengajian. InsyaAllah, selepas ini ramai lagi warga KKQ yang akan menyusul dengan Ijazah masing-masing. Terima Kasih.

Isnin, Julai 20, 2009

Tahniah Ustaz Shafie


Assalamualaikum WBT.

Semua warga KKQ mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Shafie Ismail kerana berjaya mendapat biasiswa dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat MASTER di Fakulti Pengajian Islam UKM. Kami berdoa semoga al-Fadhil Ustaz terus maju jaya dan menyumbang kepada pembangunan Pendidikan Islam pada masa akan datang.