Jumaat, Mei 29, 2009

MTQSS kali ke 35 di Ipoh

Rabu, Mei 27, 2009

MTQSS kali ke 35 di IPOH

MTQSS kali ke 35


Salam.

Saya kini sedang bertugas di Majlis MTQSS keli ke 35 di Ipoh Perakk. Majlis berlangsung pada 25 hingga 28 Mei 2009. Saya megetuai penghakiman bahagian Tilawah al-Quran Sekolah Rendah

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Teruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Terima Sajak nukilan Sasterawan Negara Usman Awang.
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979