Selasa, Julai 31, 2007

Dari Fadzilah

Assalamualaikum.
Tahniah! syukran jazilan kepada JAPIM. Kursus peningkatan kemahiran al-Quran guru2 KKQ dilaksanakan dengan jayanya 23-26 julai 2007 di Katerina Hotel, Batu Pahat.

Dari Amfie

Betulkah ada peperiksaan bagi guru KKQ SMK pada tahun ini?

Dari Zahidi

Apa penilaian peperiksaan guru KKQ? Adakah sama seperti pelajar?

Dari Abu Daud

Saya nak tahu tentang perlaksanaan KKQ di SABK. Saya belum mendapat sebarang makluman untuk melaksanakan kelas ini. Kepada sesiapa yang boleh membantu saya, sangat dialukan. jazakumullahu khoiro.

Khamis, Julai 05, 2007

Seminar Tarannum Antarabangsa

Assalamualaikum w.b.t.
Saya panjangkan surat jemputan yang saya terima dari pihak penganjur dan dipanjangkan kepada sesiapa berminat.
Assalamualaikum W.B.T,
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR ANTARABANGSA TARANNUM AL-QURAN
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya islam (MPKB-BRI) akan mengadakan Seminar Antarabangsa Tarannum al-Quran pada 4 dan 5 Ogos 2007 akan datang.
Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput pihak tuan untuk menghadiri program berkenaan dan memaklumkan kepada sesiapa yang berminat mengenai program berkenaan.
Acara seminar berkenaan adalah sebahagian daripada perayaan Minggu al-Quran yang juga mengandungi acara-acara lain seperti di dalam brosur yang boleh dilihat di laman web kami, http://www.tarannum2007.com
Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Wassalam.
Yang benar,
Amir Ramadzan b. Ibrahim
Pengarah Acara
6016-2253818

Ahad, Julai 01, 2007

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN KKQ

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

Semua murid tingkatan tiga dan lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab'ie. Semua soalan disediakn oleh jawatankuasa khas di Kementerian PelajaranMalaysia.

Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh Negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian PelajaranMalaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (JAPIM) yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran.

(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran)