Ahad, Julai 01, 2007

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN KKQ

Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

Semua murid tingkatan tiga dan lima yang mengikuti kelas ini layak menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab'ie. Semua soalan disediakn oleh jawatankuasa khas di Kementerian PelajaranMalaysia.

Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak seluruh Negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian PelajaranMalaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (JAPIM) yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran.

(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan