Ahad, Julai 27, 2008

Contoh Maqam-maqam Tarannum


Assalamualaikum

Saya kepilkan klip video contoh maqam-maqam tarannum yang dialunkan oleh Yasir Syarqowi. Memang hebat. Semua orang patut tengok. Saya sendiri dah download video tersebut untuk simpanan saya. Jangan lupa "silent" kan radio nasyid terlebih dahulu sebelum anda menikmati bacaan Yasir.....

Sabtu, Julai 26, 2008

Mari Bertarannum



Assalamua'alaikum.

Ramai yang bertanya dengan saya mengenai Rancangan Mari Bertarannum kelolaan Ust. Nik Azizan di TV9. Sebenaranya TV9 menyediakan sebuah Laman Web Khas bagi membolehkan peminat rancangan tersebut mendapat maklumat mengenai rancangan tersebut. Semua episod dalam rancangan tersebut turut dimuatkan dalam laman web. Setakat tarikh dan hari blog ini ditulis, alamat laman webnya adalah seperti berikut;

http://www.tv9.com.my/Shows/Main.aspx?MenuID=1&MasterID=146&ShowID=400&TemplateID=1

Jumaat, Julai 18, 2008

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu 2

Guru KKQ Sewaktu Waktu Dahulu

Selasa, Julai 15, 2008

Laman Web Kelas Kemahiran al-Quran


Assalamualaikum wbt.

Saya telah membangunkan sebuah Laman Web khas buat Kelas Kemahiran al-Quran. Laman tersebut sesuai digunakan untuk P&P atau belajar secara individu. Ia memuatkan banyak bahan berkaitan dengan KKQ. Laman web tersebut boleh dilayari di www.zainul.com/kkq.

Semoga usaha saya yang tak seberapa ini dapat membantu warga KKQ seluruh negara, insyaAllah.

Temu bual Ustaz Shamsul Ariffin dengan Berita Harian (15 Julai 2008)


Johan qari tak pandai mengaji usia sembilan tahun

SHAMSUL Ariffin Supian, 44, dari Hutan Melintang, Perak muncul johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008 di Jitra, Kedah, minggu lalu. Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, MOHD FEROZ ABU BAKAR dengannya.

CERITAKAN latar belakang saudara?

Saya berasal dari Kampung Parit 1, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak dan kini bertugas sebagai guru al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, dekat Taiping. Saya memperoleh ijazah Sarjana Muda Usuludin dan Falsafah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagaimana ustaz berminat dengan al-Quran?

Sebenarnya, ketika berusia sembilan tahun, saya buta al-Quran. Masih tak boleh baca walaupun rakan semua boleh baca al-Quran. Satu hari, abang membawa saya menonton tilawah menerusi televisyen. Pada 1970-an, kami menonton televisyen di rumah orang dengan membayar 20 sen seorang. Dari situ, saya minat dengan bacaan al-Quran secara berlagu. Kemudian, baru saya mula belajar mengaji dengan arwah bapa, Supian Hassan dan khatam dalam tempoh dua tahun saja. Saya kemudian belajar tajwid dengan arwah datuk, Raden Siraj. Datuk saya belajar tajwid di Makkah. Selepas itu, saya banyak belajar sendiri seperti mendengar bacaan al-Quran di radio dan merakam bacaan itu untuk ditiru semula. Pada akhir 1980-an, baru ada kelas taranum, iaitu belajar secara berkaedah.

Apa makna kemenangan ini?

Saya masuk pertandingan bukan untuk menang hadiah tapi untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan bacaan saya. Sebenarnya, ini kali kelima saya mewakili Perak pada peringkat kebangsaan, iaitu sejak 2003, kecuali 2004. Pembabitan saya dengan bacaan al-Quran berjaya menarik minat pelajar saya untuk menyertai pertandingan pada peringkat sekolah, program Akademi al-Quran di televisyen dan ada yang masuk ke peringkat kebangsaan, bertanding bersama saya. Anak saya juga minat dengan bacaan berlagu. Anak pertama, Faizah, 18, sekarang mengikuti program Darul Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia pernah dua kali juara bacaan al-Quran peringkat sekolah ketika sekolah rendah.

Siapa guru ustaz?

Ramai. Ketika kanak-kanak, ustaz Tajwid Said. Di Kelantan, guru saya ustaz Nik Jaffar Nik Ismail, Abdul Rahman Hussein, Yahya Daud dan Abdul Rahman Hussin. Seorang hakim pertandingan pering-kat kebangsaan baru-baru ini, Tarmizi Mahmud juga guru saya.

Ada latihan khas atau amalan istimewa?

Secara kebetulan, saya memang tak suka ais dan makanan pedas atau berminyak. Saya membaca al-Quran lebih kurang dua jam sehari. Kalau sehari tak baca, rasa hari tak lengkap. Kalau ibu bapa mengamalkan bacaan al-Quran di rumah, hati anak akan lembut. Mereka mudah belajar. Perangai tidak baik pun dapat dielakkan. Dengan syafaat atau kelebihan al-Quran, perkara tak elok dapat dielakkan. Ini rahmat Allah jika kita jadikan al-Quran itu wirid dalam rumah.

Sabtu, Julai 12, 2008

Guru KKQ Johan Musabaqah


Assalamualaikum wbt.

Shamsul Ariffin Supian muncul sebagai johan qari dengan mencatatkan 81 markah pada majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Ke-51. Begitulah petikan dari beberapa akhbar tempatan pada hari ini (12 Julai 2008). Warga KKQ seluruh negara merasa terharu dan bangga kerana Ustaz Shamsul adalah merupakan Guru KKQ di SMKA Kerian, Perak. Kami semua mendoakan agar beliau terus berjaya apabila mewakili Malaysia pada peringkat Antarabangsa nanti. Selamat Maju Jaya dari kami.

Selain dari beliau, ada 6 orang lagi guru KKQ yang turut menyertai majlis berkenaan iaitu Ust Mohd Nor Abdul Rahman(Selangor), Ust Zulkifli Haron (Kelantan), Ust Amir Rahman (W.P KL), Ust Shahiruddin (N. Sembilan), Ustazah Che' Norlia Saidin (Pulau Pinang) dan Ustazah Farah Ilyani (Sarawak).

Jumaat, Julai 11, 2008

Ustaz Nurollhadi Dalam Kenangan


Assalamualaikum wbt.

Petang semalam, tanggal 10 Julai 2008 lebih kurang jam 6.05 petang, sahabat saya Ustaz Nurolhadi bin Mat Taib telah kembali ke rahmatullah akibat diserang ketumbuhan dalam otak. Beliau yang sedang bercuti belajar bersama saya tidak sempat menghabiskan pengajian peringkat master (Universiti Malaya) yang dijadualkan selesai pada hujung tahun ini. Sepanjang persahabatan saya dengan Allahyarham, beliau adalah seorang yang warak dan sering membaca al-Quran selepas solat.

Semoga roh beliau ditempatkan Allah di samping para awliya' dan Salihin. Saya dan seluruh warga KKQ mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Khamis, Julai 10, 2008

Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum WBT.

Warga KKQ seluruh negara berasa bangga kerana Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Alor Star Kedah menyaksikan penyertaan ramai guru KKQ yang mewakili negeri masing-masing. Mereka adalah Ust. Samsul Ariffin (Perak), Ust Mohd Nor (Selangor), Ust Zulkifli Haron (Kelantan), Ust Amir Rahman (W.P KL), Ust Shahiruddin (N. Sembilan), Ustazah Che' Norlia Saidin (Pulau Pinang) dan Ustazah Farah Ilyani (Sarawak).

Saya dan Ust Shafie Ismail (ketika update blog ini, berada di Alor Setar) mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

Ahad, Julai 06, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan


Assalamualaikum WBT.

Pertamanya saya mohon maaf sebab Blog ini dah lama tak di update kerana sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Rasanya saya masih belum terlambat mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan kepada warga KKQ. Peperiksaan Syafawi sedang berjalan sekarang. Saya mendoakan semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang, insyaAllah.