Ahad, Oktober 25, 2009

Edufest@Pagoh




Assalamualaikum WBT.

Ruang Pameran Bahagian Pendidikan Islam di Karnival Pendidikan bertempat di Dewan Jubli Intan MUAR berjaya menarik minat pengunjung. Antara Tarikan Utama Gerai BPI adalah Demonstrasi Tarannum dan Seni Khat. Gerai BPI turut diserikan oleh seleberiti Mari Bertarannum dari SMAKL. Gerai BPI juga mendapat perhatian Y.BHG. Dato' Kamarulzaman Mohd Nor, TKSU KPM. Beliau telah meluangkan masa dengan mengunjungi gerai BPI dua hari berturut-turut. Terima Kasih Dato'.

Khamis, September 17, 2009

Salam Eidul Fitry


Sabtu, Ogos 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Assalamu'alaikum WBT


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga KKQ. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih banyak dari Ramadhan sebelumnya. Ramadhan Kareem....

Isnin, Ogos 17, 2009

Alhamdulillah


Assalamualaikum WBT


Alhamdulillah, saya telah selamat menerima Ijazah Sarjana Pendidikan Islam pada dalam Konvokesyen ke 37 UKM pada 17 Ogos 2009. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga KKQ yang mendoakan kejayaan saya sehingga dapat menyempurnakan pengajian. InsyaAllah, selepas ini ramai lagi warga KKQ yang akan menyusul dengan Ijazah masing-masing. Terima Kasih.

Isnin, Julai 20, 2009

Tahniah Ustaz Shafie


Assalamualaikum WBT.

Semua warga KKQ mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada al-Fadhil Ustaz Mohd Shafie Ismail kerana berjaya mendapat biasiswa dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat MASTER di Fakulti Pengajian Islam UKM. Kami berdoa semoga al-Fadhil Ustaz terus maju jaya dan menyumbang kepada pembangunan Pendidikan Islam pada masa akan datang.

Jumaat, Mei 29, 2009

MTQSS kali ke 35 di Ipoh

Rabu, Mei 27, 2009

MTQSS kali ke 35 di IPOH

MTQSS kali ke 35


Salam.

Saya kini sedang bertugas di Majlis MTQSS keli ke 35 di Ipoh Perakk. Majlis berlangsung pada 25 hingga 28 Mei 2009. Saya megetuai penghakiman bahagian Tilawah al-Quran Sekolah Rendah

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik. Teruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Terima Sajak nukilan Sasterawan Negara Usman Awang.
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang1979

Isnin, April 20, 2009

Video Pemandangan Dalam Ka'bah

Isnin, April 13, 2009

Selawat Munjiyah

Doa Mohon Keringanan

Doa Mengekalkan Hafalan

Sayyidul Istighfar


Doa Mengatasi Stress


Doa Mohon Ditetapkan Pendirian


Ahad, Mac 22, 2009

Makluman dari Fadzilah

Salam. kursus aplikasi teknologi maklumat (ict) dalam p&p kkq...untuk guru2 kkq johor...pada 26 - 28 mac ni di hotel king, melaka. mudah2an segala isi kandung kursus dapat dimanfaatkan utk semua
Saya mengucapkan Selamat berkursus kepada anda semua. Semoga ilmu yang diperolehi dalam kursus tersebut dapat meningkatkan lagi kualiti P&P khususnya KKQ....

Rabu, Mac 11, 2009

Slide Multimedia Pendidikan Islam

Jumaat, Februari 27, 2009

Panduan Tarannum MTQ 2009 Sekolah Menengah

Assalamualaikum WBT

Atas permintaan ramai, saya telah menyiapkan Panduan Tarannum MTQ 2009 untuk Sekolah Menengah. Harga sekeping RM20.00 termasuk belanja pos. Sesiapa yang berminat untuk memilikinya atau mengedarkannya, sila hubungi saya segera di talian: 012-4218590 atau email : zainul64@yahoo.com
Sila lihat DEMO di www.zainul.com/mtqsm
Terima Kasih

Ahad, Februari 08, 2009

Panduan Tarannum MTQ 2009 Sekolah Rendah

Assalamualaikum w.b.t.

Saya telah membangunkan sebuah perisian interaktif Panduan Tarannum Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran 2009 (MTQ). CD ROM mengandungi 10 surah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. CD ini dibangunkan dengan harapan dapat membantu guru-guru dan murid-murid membuat persediaan dalam menghadapi MTQ sama di peringkat sekolah, zon, daerah dan negeri.

Harga sekeping CD adalah RM 20.00 termasuk belanja POS. Pesanan boleh dibuat melalui telefon atau SMS di nombor 012-4218590 atau email kepada zainul64@yahoo.com dengan menyatakan jumlah pesanan, nama, alamat dan poskod yang lengkap.
Bayaran boleh dibuat melalui ;

MAYBANK
No. Akaun : 164856006676 atas nama Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
atau
Bank Islam
No. Akaun : 08031020212302 atas nama Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid

PENGEDAR DIPERLUKAN. KOMISYEN BERPATUTAN AKAN DIBERIKAN......

Sekian, Wassalam
Sila kunjungi DEMO di www.gemaislam.net/mtq