Khamis, Julai 27, 2006

Forum Kelas Kemahiran al-Quran

Ruangan forum ini saya bangunkan untuk membolehkan semua warga KKQ berinteraksi serta mengemukakan pandangan dan pendapat demi kebaikan Kemahiran al-Quran.

30 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Blogger ini mestilah diwar-warkan segera kepa semua warga KKQ. Saya akan panjangkan ruangan ini kepadasemua sahaabat yang berkaitan.

    Terima Kasih, Wasallam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Untuk menghantar komen, klik perkataan post comment. Kemudian taipkan pandangan anda di ruangan ini (Leave your comment).

    Kemudian Pilih butang "other" dibawah. Masukkan Nama anda.

    Kemudian klik butang Publish Your Comment. Selamat Mencuba.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. MOHD ZAINUL ARIFIEN MOHD JAIDJulai 27, 2006

    Assalamualaikum

    Untuk warga yang memerlukan bahan-bahan KKQ termasuk bahan-ahan peperiksaan KKQ 2006, boleh memuatturun dari url berikut.

    www.japim.edu.my/bkpim

    T. Kasih, Wassalam

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.

    Program ini sanat bagus dan insyaallah akan membantu kami semua.

    Wassalam

    BalasPadam
  5. TAK PANDAI LAGI NAK GUNA, TAPI CUBA-CUBA DULU.NANTI DAH PANDAI BARU BOLEH JOIN BETUL-BETUL

    BalasPadam
  6. riping melakaOgos 02, 2006

    assalamualaikum nul. ni riping melaka. saya cadangkan supaya kumpulkan soalan-soalan tahun lepas untuk dijadikan bahan latihan atau bank soalan. jadi laman web ini akan selalu digunakan oleh guru kkq untuk mencari bahang kkq

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..
    Us. zainul tahniah kerana dapat melanjutkan pelajaran. Semoga usaha murni anta membangunkan laman web ini mendapat keberkatan Allah swt. Laman ini amat berguna kepada semua warga KKQ.

    BalasPadam
  8. warga SMK Agama Maahad MuarOgos 10, 2006

    Assalamualaikum..us zainul...tahniah kerana berjaya mewujudkan laman web kkq ini..web ini byk memberi manfaat kepada semua warga KKQ ...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...
    Tahniah kerana dpt melanjutkan pelajaran.dan tahniah juga kerana membangunkan blogger ini..saya ingin memohon supaya diadakan contoh soalan untuk setiap tingkatan yang tidak terlibat dengan peperiksaan sijil.ini untuk memudahkan urusan guru2 kkq kerana proses untuk menyediakan soalan merumitkan dan kemungkinan tidak menepati format peperiksaan

    BalasPadam
  10. Saya bersetuju cadangan supaya dibuat bank soalan dalam laman web ini untuk soalan -soalan lepas dalam bentuk MS word. Ini memudahkan guru-gur KKq mengubah suai untuk dijadikan soalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

    BalasPadam
  11. Saya bersetuju cadangan supaya dibuat bank soalan dalam laman web ini untuk soalan -soalan lepas dalam bentuk MS word. Ini memudahkan guru-gur KKq mengubah suai untuk dijadikan soalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum w.b.t.

    Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua bloggers. Semoga puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ustaz dan semua warga KKQ..

    saya baru setahun di sabah dan baru nak menapakkan KKQ di sekolah saya.. doakan dan syukran kerana wujudnya web site kkq ini..wadah rujukan buat kami yg kekadang x tahu nak rujuk siapa di sekolah.

    BalasPadam
  14. eh lupa nak tanya.. ustaz masih di japim??ke dah sambung belajar? kalau ustaz pindah...ustaz handle lagi tak web site ni??

    BalasPadam
  15. Assalamu'alaikum w.b.t.

    Saya mengucapkan selamay menyambut idul Adha kepada semua guru KKQ. Saya mula bercuti pada 29 Dis 2006 untuk menyambung pelajaran di UKM. Doakan kejayaan saya. Bagaimana pun insyaAllah saya akan terus mengendalikan Blog ini untu memberi sokongan dan dorongan kepada semua guru dan murid KKQ. Ada berita baik. InsyaAllah pada 2008 pihak JAPIM akan berusaha mencadangkan kepada Kementerian supaya KKQ dijadikan subjek. Doakan semoga pegawai yg ambil alih tugas saya nanti berjaya melaksanakannya.

    Wassalan

    BalasPadam
  16. Azlan Seri Perak T.I.Januari 22, 2007

    Assalamualaikum. Ustaz Zainul yang dihormati .. 1.Apa status guru KKQ apabila dijadikan subjek (insya Allah)?.. 2. Siapakah pegawai yang menggantikan ustaz di BKPIM (KKQ) ? 3. Terima kasih di atas sokongan moral dan tunjuk ajar selama ini ..

    BalasPadam
  17. AmFie_SandakanJanuari 23, 2007

    Assalamualaikum.. Selamat Thun Br Hijrah..Ust Zainul yg dhormati terima kasih di atas sgl curahan tenaga ust...Blog ini cukp menarik, InsyAllah sedkt ms lg KKQ akan dijdkan sub... Btl ke Pep. u guru2 KKQ akn diadakan pa thn ni?

    BalasPadam
  18. saya harap ustaz dapat membaca email dari saya tentang kelas ini yang tak dapat dijalankan. terima kasih

    BalasPadam
  19. akum ustaz,
    saya harap ustaz membaca email dari saya tentang masalah menjalankan kelas kkq di sekolah saya.
    terima kasih

    BalasPadam
  20. saya ingin memohon agar saya sebagai guru kkq di w.p labuan dipanggil oleh JAPIM untuk menghadiri kursus atau sebagainya yang berkaitan dengan kkq sebagai pengukuhan dalam subjek ini walaupun terdapat beberapa masalah dalam perlaksanaannya. terima kasih atas perhatian ustaz.

    BalasPadam
  21. Jasmi bin Sa'donMac 28, 2007

    Assalamualaikum.
    Saya adalah diantara bekas guru KKQ bukan opsyen yang telah dilantik semula ke jawatan tersebut bermula 1 Mac 2007. Walau bagaimanapun saya belum boleh ke sekolah yang ditawarkan untuk jawatan ini kerana kekurangan guru pendidikan Islam di sekolah saya sekarang. Besar harapan saya semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana saya sangat berminat menjawat jawatan sebagai guru kkq. Saya mengajar di SMK Jalan Kolam Air, Batu Pahat telah dilantik menjadi guru kkq ke SMK Gading, Batu Pahat. Tahniah dengan terbinanya Blogger ini, semoga ianya dapat dimanfaatkan.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.

    Masalah saudara hanya boleh diselesaikan oleh PPD atau JPN Johor. Kementerian hanya membekalkan guru ke negeri. JPN yang akan menempatkan guru-guru berkenaan ke sekolah.

    BalasPadam
  23. Moga ustaz dipermudahkan segala urusan bersesuaian dengan 'kerusi' yg ustaz duduki sekarang. Sesungguh terlalu banyak manfaatnya jika kita tahu dan faham (tak semestinya mahir-1 aset) bila kita bekerja dengan ICT-M ini. Ustaz bleh fikirkan dan sediakan 'tools' yg diperlukan utk kita anjak ke 1 tahap lagi di mana keperluan utk ust 'mengajar' secara atas talian pula - live Audio/Video-insyaAllah. Kemahiran yg ada dapat kita kongsikan demi pembinaan insan bertaqwa dan cemerlang akhirat-sekian dulu dari saya

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum,
    Tahniah atas penglibatan semua dalam memartabatkan Al-Quran Kalamullah.
    Ana, Hasim dr IPIS Bangi, ada menyediakan perisisan cakera padat interaktif panduan asas tarannum bi al-Quran dalam 2 siri(RM12.50 setiap siri ).Sesuai utk semua peringkat pelajar, Guru KKQ dan orang ramai.
    Berminat, sila hubungi 019-2639322 atau E-mail pesanan : has_ipis@yahoo.com.my
    Penyataan ini dengan izin. Moga Allah memberikan hidayah dan taufiqNya ke atas kita semua. Amin.

    BalasPadam
  25. alhamdulillah.. kedengaran juga akhirnya berita baik tu walaupun baru nak dicadangkan.. KKQ akan jadi subjek. kami guru-guru KKQ amat mendoakan ini jadi realiti.. kesian budak2, wlaupun jadual dah disusun elok..tetap bertembung dengan kokurikulum, kelas tambahan dsb.... moga2 jadi kenyataan. syukran atas usaha ustaz, BKPIM., warga JAPIM semua

    BalasPadam
  26. Tanpa NamaApril 29, 2007

    Islam dan Liberalisme

    Oleh: Mohamad Hairi Rabir
    Semua orang ingin berasa bebas, tidak terkongkong, tiada sekatan dan benci kepada pengawalan terhadap diri. Semua orang mahu sekiranya diri mereka sendiri yang menentukan halatuju kehidupan masing-masing serta menentukan sendiri segala keputusan dan tindakan yang ingin diambil.

    Namun begitu, adakah semua orang mempunyai pandangan yang sama tentang konsep kebebasan, atau mungkinkah wujud suatu piawai sebenar mengenai definisi kebebasan? Adakah bebas maksudnya membiarkan diri kita terbawa-bawa dengan kemahuan untuk mencapai keseronokan, kepuasan dan keinginan duniawi semata-mata? Mana mungkin kehidupan dunia ini tempat untuk kita mencapai kebebasan sedang kita sentiasa terikat dengan kematian dan kehancuran dunia yang boleh datang bila-bila masa dan dengan cara yang bermacam-macam.
    Mungkin inilah yang tidak dapat dilihat oleh golongan yang memperjuangkan fahaman liberalisme lantaran keinginan yang membuak-buak kepada kebebasan dan membuang sejauh-jauhnya aspek agama yang dianggap menyekat dan sentiasa mengawal hidup mereka daripada mencapai kemajuan dan kepuasan. Mungkin pandangan seperti ini muncul kerana keadaan yang menimpa masyarakat Eropah pada zaman Renaisans sekitar kurun ke-14 M.
    Pada ketika itu, pihak gereja amat besar pengaruhnya dalam masyarakat dan mempunyai kedudukan yang sama tingginya dengan kerajaan sehingga berkuasa mengutip cukai dari rakyat. Bukan setakat itu sahaja malah pihak gereja mendakwa bahawa segala ilmu boleh diperolehi hanya dari pihaknya dan ilmu asing adalah sesat. Begitu juga dengan penterjemahan Bible, segala persoalan mestilah diajukan kepada gereja untuk menjawabnya. Orang biasa tidak dibolehkan untuk menterjemah kitab Bible.
    Pertembungan tamadun barat yang mundur ketika itu dengan tamadun Islam dalam era kegemilangannya, memberikan impak yang ketara terutamanya kepada golongan intelek barat. Islam yang menganjurkan pemikiran yang mendalam dalam mencari ilmu dan kebenaran bersumberkan wahyu dilihat memberi peluang kepada perkembangan ilmu dan potensi akal, berbanding polisi gereja yang seolah-olah menyekat keterbukaan fikiran bukan sahaja kepada masyarakat umum malah golongan ilmuan.
    Maka golongan ilmuan cuba mengambil ilmu dari tokoh-tokoh Islam dan mengemukakan pendapat sendiri tanpa merujuk kepada gereja lagi. Hasilnya pihak gereja mengambil tindakan keras menghukum dan membunuh ramai orang dengan alasan membawa ajaran atau ilmu yang sesat. Penindasan dan keganasan yang dilakukan gereja menyebabkan masyarakat Eropah umumnya bertindak cuba untuk memisahkan diri dari pengaruh dan kawalan gereja.
    Akhirnya gerakan ‘reformasi’ muncul yang dipelopori oleh Martin Luther (1483-1546) cuba untuk ‘membersihkan’ gereja dari penyelewengan dan amalan yang salah. Gerakan ini juga cuba membebaskan penganut Kristian dari kuasa Gereja Rom seterusnya menyebabkan timbulnya mazhab baru iaitu Protestant pada abad ke-16.
    Antara lain prinsip yang dibawa oleh mazhab ini ialah individu Kristian berhak mentafsir sendiri kitab Bible dan Gereja Rom tiada hak dalam pengampunan dosa-dosa individu. Gerakan reformasi seperti ini membangkitkan semangat masyarakat Eropah yang selama ini dalam cengkaman gereja dan menuntut pemisahan sepenuhnya dari pengaruh Gereja Katholik Rom.
    Akibatnya tiada lagi pergantungan secara total kepada pihak gereja. Masyarakat mahupun individu bebas membuat keputusan dan tindakan berdasarkan kemahuan sendiri. Masyarakat menganggap dengan potensi dan kemampuan diri sendiri mereka boleh menjalani hidup yang lebih baik berbanding jika ada kawalan atau sekatan.
    Konsep kebebasan seperti ini dilanjutkan lagi sebagaimana liberalisme itu sendiri yang ditakrifkan sebagai aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberikan kepada individu. Ini bermaksud kebebasan tanpa sekatan atau dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik, perundangan dan sosial atau disebut juga kebebasan moral.
    Aliran ini mempunyai gagasan-gagasan fikiran iaitu menjadikan individu lebih penting dari masyarakat. Masyarakat wujud untuk individu dan individu itu pula bebas dari nilai-nilai agama. Maka golongan liberalisme menukar moral agama dengan nilai etika yang menurut mereka bagi menjaga ketentraman masyarakat.
    Hal ini sebenarnya berbeza dengan konsep kemasyarakatan yang berteraskan agama, contohnya dalam Islam setiap peringkat masyarakat sama ada individu, keluarga, masyarakat mahupun kerajaan mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing antara satu sama lain. Hubungan ini dikawal dan diatur oleh kerajaan sebagai institusi induk ummah.
    Aliran liberalisme ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan kelahiran demokrasi Eropah. Eropah telah memilih sistem demokrasi sebagai satu jalan keluar melarikan diri dari kuasa gereja dan menghapuskan hak-hak Tuhan menurut gereja ke atas diri mereka. Demokrasi melaungkan cogankata ‘kebebasan, persaudaraan dan persamaan’. Rakyat telah diberikan kebebasan berfikir dan memilih wakil-wakil dalam pemerintahan negara.
    Semua ini telah membawa perubahan besar di Eropah yang mana telah mengangkat rakyat dari ketiadaan insaniah dalam sistem ‘milik tanah oleh bangsawan’ iaitu feudal kepada perhubungan insaniah dalam lindungan demokrasi. Kini liberalisme mengatakan bahawa suatu pemerintahan itu sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mempertahankan kebebasan individu dan hak milik peribadi. Kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam urusan peribadi rakyat.
    Menurut tokoh liberalisme iaitu John Locke (1632-1704) kuasa politik terhadap rakyat itu seharusnya terhad kerana beliau percaya kepada wujudnya hak semulajadi yang tidak boleh dibatasi oleh mana-mana peraturan. John Locke telah mengembangkan lagi idea hak semulajadi ini sebagai, ‘kehidupan, kebebasan dan hak milik peribadi’ dan ini menjadi asas kepada konsep moden hak asasi manusia.
    Walaubagaimanapun, bagi beliau hak milik peribadi atau harta individu lebih penting dari hak untuk melibatkan diri dalam kerajaan, hairannya beliau tidak begitu senang dengan konsep demokrasi kerana takut penyerahan kuasa kepada kumpulan tertentu akan menjejaskan pemilikan mutlak harta peribadi. Seperti yang telah diketahui, demokrasi itu sendiri adalah alternatif utama dalam liberalisme sebelum ini!
    Jika dilihat secara telus fahaman liberalisme ini khususnya dalam hal negara atau politik, timbul kekeliruan dan konflik dalaman bagi menentukan program-program yang sesuai dengan matlamatnya untuk meningkatkan kebebasan individu. Hal ini sememangnya tidak pernah berlaku dalam Islam yang mempunyai susunan dan aturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan.
    Tidak seperti dalam liberalisme yang seboleh-bolehnya membataskan peraturan-peraturan tertentu dalam kehidupan, Islam menyediakan manusia dengan panduan menyeluruh. Misalnya dalam syariat (ibadat dan muamalat) Islam terdapat kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan bagi urusan peribadi seperti perkahwinan dan perwarisan harta. Begitu juga dalam urusan am seperti hukum jenayah, perhubungan antarabangasa dan hukum perniagaan.
    Hak milik peribadi dan ‘individual contracts’ membentuk asas kepada teori ekonomi liberalisme. Teori tersebut menyatakan bahawa tindakan individu diadasarkan terutamanya kepada keinginan dan kehendak sendiri dan membenarkan tindakan ini tanpa ada sebarang sekatan dalam hak pemilikan harta dan berniaga, akan membuahkan hasil yang terbaik.
    Dengan kata lainnya menghadkan atau menyediakan piawaian yang minimum dalam perundangan dan peraturan perniagaan. Konsep ekonomi liberalisme ini menjurus kepada sistem ekonomi pasaran bebas dan ‘Leisez Faire’ yang membataskan peranan dan kawalan faktor luar yang mempengaruhi urusan perniagaan contohnya kerajaan dan peraturan agama.
    Dalam Islam pemilikan harta tidaklah mutlak, segala kekayaan adalah milik Allah semata-mata dan ia adalah anugerah dan amanah kepada manusia untuk dimanfaatkan. Liberalisme terlalu mementingkan hak individu semata-mata manakala Islam memandang berat kepentingan individu dan masyarakat, sebab itulah perlu kepada peraturan atau konsep jual beli dan sistem muamalat. Zakat itu sendiri menunjukkan yang setiap individu itu ada tanggungjawab dan kewjipan terhadap orang lain, bukan hanya kepentingan sendiri sahaja diutamakan.
    Sistem ekonomi Islam juga sebenarnya meletakkan kerajaan sebagai faktor yang mesti memainkan peranan dalam mana aktiviti perniagaan mahupun dalam soal pemilikan harta peribadi. Campurtangan kerajaan yang amat ditentang dalam liberalisme ini ada kepentingannya dalam Islam antaranya ialah supaya setiap anggota masyarakat mendapat jaminan hidup yang minima, seperti yang disebutkan dalam maksud ayat ke-19 surah Al-Dzariyat iaitu, “dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari meminta)”.
    Kerajaan juga berperanan bagi memastikan pengagihan pendapatan dengan adil. Islam mengakui tiada persamaan dari segi kemampuan dan perolehan keuntungan tetapi melarang berlakunya jurang perbezaan pendapatan yang besar yang boleh mengakibatkan permusuhan. Dalam surah Al-Hasyr ayat ketujuh menyebutkan tentang hal ini iaitu maksudnya, “supaya kekayaan itu tidak beredar di tangan segelintir orang-orang kaya sahaja”.
    Selain pengagihan pendapatan secara adil, dalam soal ekonomi amat perlu kepada jaminan persamaan peluang. Kerajaan perlu campurtangan bukan sahaja untuk memberikan peluang seluas-luasnya kepada yang berhak tetapi meletakkan seseorang di tempat yang layak.
    Seterusnya tanpa pengawasan pihak berkuasa dan penguatkuasaan peraturan sudah pasti akan berlakunya tipu helah, riba, rasuah dan monopoli. Masalah-masalah seperti ini akan menimbulkan suasana tidak baik dalam ekonomi dan prasangka buruk di antara golongan kaya dan golongan miskin serta menghancurkan konsep keadilan.
    Permasalahan moral dan nilai etika dalam liberalisme pula tidaklah begitu jelas. Kemungkinan besar hal ini berlaku kerana bagi golongan liberal, jika sesuatu nilai moral itu ditetapkan dan telah jelas, maka tiada lagi apa yang dikatakan sebagai kebebasan moral. Maka nilai etika dan moral menurut mereka tidak tetap sepertimana yang telah digariskan oleh agama-agama di dunia.
    Nilai itu perlu berubah mengikut zaman, tempat dan keadaan masyarakat. Sebenarnya semua agama samawi telah menetapkan garis-garis tertentu berkaitan nilai benar atau tidak benar. Dalam Islam nilai-nilai akhlak telah ditentukan oleh Allah sebagai pencipta yang maha mengetahui serba-serbi tentang sifat diri manusia.
    Manusia dalam pandangan liberalisme berada dalam keadaan yang masih dalam proses ubahunsur daripada masyarakat primitif kepada masyarakat berteknologi. Setelah manusia sampai ke tahap kesempurnaan dari segi jasmaninya ia akan mengalami proses evolusi dari segi rohaninya. Roh yang rendah (kotor) berevolusi kepada roh yang lebih suci.
    Begitu juga nilai moral menurut liberalisme seharusnya berubah dari masa ke semasa. Pandangan ini boleh dikatakan tidak menghairankan lagi kerana liberalisme itu amat menganjurkan kepada perubahan dan tidak mengingini sesatu yang tetap atau beku seperti ajaran agama.
    Pandangan seperti ini bukanlah ancaman yang besar bagi Islam. Islam itu sememangnya beku dan tetap tetapi yang dimaksudkan di sini adalah kerana ia sudah lengkap dan sempurna untuk dijadikan panduan, malah ia satu-satunya agama terbaik tanpa meniggalkan apa-apa persoalan yang tidak terjawab dalam kehidupan dan amalan ibadat.
    Semuanya diterangkan dengan jelas dan terperinci sehinggakan adab memasuki tandas juga disebutkan. Islam pula tidak menghalang manusia untuk berubah bagi mencapai kemajuan dan memperbaiki keadaan diri malah Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu jika ia tidak berubah terlebih dahulu.
    Seharusnya disedari nilai-nilai moral Islam atau akhlak itulah yang akan menjana perubahan ke arah hidup yang lebih baik atau dengan kata lain sebagai platform untuk manusia menjadi lebih maju. Maka platform itu perlu tetap dan teguh tanpa berubah mengikut peredaran zaman dan keadaan masyarakat.
    Kita tidak akan dapat memastikan bahawa kita telah berubah ke arah kebaikan atau menjadi semakin buruk jika perubahan itu kita sandarkan sesuatu yang tidak pasti dan sering berubah. Disinilah fungsinya akhlak sebagai sesuatu yang piawai dan tetap yang tidak bergantungkepada akal manusia yang terbatas serta tidak pula dipengaruhi keadaan dan tekanan persekitaran.
    Pada hakikatnya memberi kebebasan yang tiada sekatan kepada individu boleh membawa kepada keadaan huru-hara serta timbulnya sikap rakus, tindas-menindas, dan sifat pentingkan diri . Liberalisme mengembangkan lagi konsep kebebasan itu kepada kebebasan untuk mengikut kata hati sendiri. Konsep ini merupakan lanjutan daripada pandangan John Locke yang mengatakan, “...free individuals could form the basis of political stability…”.
    Golongan liberal juga percaya kepada kesempurnaan keadaan semulajadi manusia dan menurut mereka jika diberi kebebasan keadaan kesempurnaan ini dengan sendirinya akan mamandu halatuju sesuatu masyarakat itu. Secara logiknya ini adalah alasan jika keadaan semulajadi manusia ini sempurna, maka masyarakat itu sepatutnya beroperasi secara bebas tanpa campurtangan mana-mana pihak atau kerajaan.
    Liberalisme menolak mana-mana agensi sama ada agama atau kerajaan dalam menentukan bagaimana seseorang individu itu mengecap kebahagiaan. Malah mereka menafsirkan kebahagiaan itu berdasarkan ‘fikiran yang bebas’ masing-masing.
    Dari aspek inilah ada parti-parti politik berfahaman liberalisme memperjuangkan bukan sahaja persamaan hak wanita terhadap lelaki tetapi hak sebagai pengamal homoseksual. Ini amat bertentangan dengan pandangan Islam iaitu kebahagiaan sebenar dicapai dengan kepatuhan perlaksanaan sepenuhnya terhadap perintah Allah, Dialah yang menentukan rupa bentuk kebahagiaan dan dan Dialah yang menetapkan cara mendapatkannya.
    Persoalan persamaan hak wanita dan lelaki pula tidak timbul dalam Islam. Islam telah memberi keadilan kepada lelaki dan wanita sesuai dengan fitrah semulajadinya. Wanita dan lelaki itu mempunyai tanggungjawab masing-masing sesuai dengan perbezaan tabii mereka dan perbezaan ini sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain, contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 228 bermaksud, “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya..”. Islam menegaskan persamaan lelaki dan wanita adalah dari segi hak memiliki dan mengumpul harta, hak bersuara dan hak mendapatkan ilmu serta pendidikan.
    Cuma yang perlu ditekankan disini ialah kelebihan sedikit yang ada pada lelaki. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan masing-masing, tetapi dalam hal ehwal umum lelaki ada sedikit kelebihan namun bukan secara mutlak, sambungan kepada ayat 228 surah Al-Baqarah menyebut, “…akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. Kelebihan ini adalah dari segi tanggungjawab termasuk dalam bidang keluarga. Ia bukanlah kelebihan dalam hak insaniah ataupun sifat-sifatnya.
    Lanjutan daripada ‘perjuangan’ tehadap hak persamaan jantina, golongan liberal menghendaki supaya masyarakat umumnya tidak mempersoalkan atau tidak boleh menyekat sebarang aktiviti dan kehidupan peribadi individu atas alasan kebebasan menjalani hidup sendiri.
    Ini termasuklah juga dalam soal hubungan seksual, kebebasan bersuara, kesedaran diri dan pengamalan terhadap mana-mana kepercayaan atau agama. Memastikan kemerdekaan seseorang atau kebebasannya khususnya dari sudut pandangan individual merupakan kriteria yang amat penting dalam liberalisme. Ini selari dengan kata-kata John Rawls iaitu, “the state has no right to determine a particular conceiption of the good life”.
    Dalam Islam perlakuan seks secara berleluasa merupakan satu bencana yang amat besar kepada umat manusia. Manusia itu adalah khalifah di muka bumi untuk menjalankan amanah Allah, salah satunya ialah menyuruh kepada amal baik dan mencegah kemunkaran.
    Ini menjadi tanggungjawab setiap unit masyarakat yang mesti dilaksanakan contohnya menghalang perlakuan zina apatah lagi seks bebas. Islam menganjurkan supaya kerja yang dilakukan ini hendaklah secara berjemaah kerana ia lebih berkesan. Begitu juga dengan seluruh unit masyarakat seharusnya saling bekerjasama dan peka terhadap persekitaran mereka. Hal ini ada disebutkan dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud, “hendaklah ada di kalangan kamu golongan yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar”.
    Secara kerasnya kita boleh mengatakan pandangan-pandangan berkenaan nilai moral yang dikemukakan liberalisme hanya akan menjatuhkan manusia ke peringkat haiwan dari segi akhlak dan perikemanusiaanya. Seperti mana disarankan oleh pendokong teori evolusi, fahaman ‘peraturan rimba’ terlaksana di kalangan insan.
    Liberalisme dalam nilai etika dan moral telah menimbulkan beberapa masalah umpamanya penyakit jantina telah dilaporkan membunuh lebih ramai orang di Amerika pada tahun 1964 berbanding wabak penyakit polio, typhoid (demam kepialu) dan penyakit cacar. Masalah pelacuran menjadi-jadi dan penyakit jiwa juga sedang melarat di negara-negara barat. Dilaporkan di New York dan California sahaja didapati tidak kurang dari 20 buah hospital-hospital sakit jiwa dalam tiap-tiap negeri itu.
    Statistik-statistik daripada Amerika Syarikat menjadi rujukan disini kerana ia senang didapati dan bukan bertujuan untuk mengutuk negara tersebut. Negara itu sangat maju dalam aspek yang lain atau sekurang-kurangnya ia jauh lebih baik daripada negara sosialis-Marxis dari segi hak asasi manusia. Tetapi yang menjadi masalah ialah fahaman liberalisme tersebut seolah-olah telah menjadi senjata pula untuk merosakkan manusia dan mewujudkan huru hara dalam masyarakat.
    Sebagai kesimpulan ditekankan disini ialah Islam sebenarnya mengalakkan sikap ‘liberal’ (dalam skop Islam) tetapi menentang fahaman liberalisme yang membenarkan budaya dan kelakuan melampaui batas. Ini langsung tidak menjamin kedamaian dan kebahagiaan manusia di muka bumi. Islam turut menyediakan ruang untuk individu menikmati kebebasan diri sama ada kebebasan berfikir, memiliki harta mahupun kebebasan bergerak.
    Dalam Islam kebebasan bergerak itu sendiri dipertahankan dengan memberi hak perlindungan keselamatan dan hak kehormatan tempat tinggal dari dicerobohi. Kebebasan berfikir pula merupakan suatu galakan dalam Islam yang merangkumi hak bersuara dan memberikan pendapat seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis, “sebaik-baik jihad itu ialah mengeluarkan kata-kata yang benar di hadapan seorang raja yang zalim”.

    BalasPadam
  27. Tanpa NamaApril 29, 2007

    IRONI LIBERALISME

    Oleh: Syamsuddin Ramadlan

    Definisi dan Akar Historis Liberalisme

    Menurut Alonzo L. Hamby, PhD, Profesor Sejarah di Universitas Ohio, liberalisme adalah paham ekonomi dan politik yang menekankan pada kebebasan (freedom), persamaan (equality), dan kesempatan (opportunity).1
    Kaum liberal menyakini bahwa akar historis ide liberal berpangkal dari sejarah Yunani Kuno. Menurut mereka, masyarakat Yunani Kuno—Athena dan beberapa negara kota—telah menjalankan prinsip pemerintahan demokratik yang menjunjung tinggi hak-hak sipil; Athena dan beberapa negara kota dianggap sebagai benih awal masyarakat demokratik (liberal).
    Ketika dunia memasuki abad pertengahan, sistem ekonomi dan politik didominasi sepenuhnya oleh sistem feodal. Di dalam sistem ini, raja dan bangsawan memiliki hak-hak istimewa, sedangkan rakyat jelata tidak diberi kesempatan secara leluasa untuk mengakses hak-haknya, apalagi akses menuju kelas atas.
    Pada tahun 1215, Raja John di Inggris mengeluarkan Magna Charta, dokumen yang mencatat beberapa hak yang diberikan raja kepada bangsawan bawahan. Naskah ini secara langsung telah membatasi kekuasaan Raja John dan dianggap sebagai bentuk liberalisme awal (early liberalism). Liberalisme awal sendiri ditandai dengan perlawanan dan pembatasan terhadap kekuasaan pemerintah yang cenderung absolut.
    Pada tahun 1688 terjadi revolusi tak berdarah yang di kemudian hari terkenal dengan sebutan The Glorious Revolution of 1688. Revolusi ini berhasil menurunkan Raja James II dari England dan Ireland (James VII) dari Scotland) serta mengangkat William II dan Mary II sebagai raja. Setahun setelah revolusi ini, parlemen Inggris menyetujui sebuah undang-undang hak rakyat (Bill of Right) yang memuat penghapusan beberapa kekuasaan raja dan jaminan terhadap hak-hak dasar dan kebebasan masyarakat Inggris.
    Pada saat bersamaan, seorang filosof Inggris, John Locke, mengajarkan bahwa setiap orang terlahir dengan hak-hak dasar (natural right) yang tidak boleh dirampas. Hak-hak dasar itu meliputi hak untuk hidup, hak untuk memiliki sesuatu, kebebasan membuat opini, beragama, dan berbicara. Di dalam bukunya, Two Treatises of Government (1690), John Locke menyatakan, pemerintah memiliki tugas utama untuk menjamin hak-hak dasar tersebut, dan jika ia tidak menjaga hak-hak dasar itu, rakyat memiliki hak untuk melakukan revolusi.
    Di bidang ekonomi, seorang ekonom Scotties, Adam Smith, juga menggagas kebijakan laissez faire di dalam bukunya, The Wealth of Nations (1776). Di kemudian hari, gagasan-gagasan ekonomi Adam Smith dijadikan dasar untuk membangun sistem ekonomi kapitalis yang memberikan ruang sangat luas bagi setiap orang untuk melakukan kegiatan ekonomi. Negara tidak boleh terlalu turut campur dalam kegiatan ekonomi rakyat.
    Pada tahun 1776, koloni Amerika Serikat menggunakan ide-ide Locke untuk memerdekakan diri dari penjajahan Inggris. Di Prancis, sejak tahun 1700-an, tiga filosof terkenal Prancis—Montesquieu, Rousseau, dan Voltaire—menyuarakan hak-hak individu dan kebebasan. Montesquieu, di dalam bukunya, The Spirit of the Laws (1748) mengajarkan pemisahan kekuasaan negara (separation of powers): kekuasaan eksekutif, yudikatif, dan legislatif. Rousseau, di dalam bukunya, The Social Contract (1762), menyatakan, pemerintahan itu merupakan gambaran dari kepercayaan rakyat yang diperintahnya. Adapun Voltaire menyerang pemerintah yang terlalu campur tangan dalam kebebasan individu. Tulisan-tulisan tiga filosof Prancis ini telah mendorong terjadinya Revolusi Prancis yang terjadi pada tahun 1789. Walaupun revolusi ini mengusung slogan-slogan liberty, fraternity, dan egality, ia tidak mendorong Prancis menjadi negara demokrasi.
    Di Amerika Serikat, The Revolutionary War (1775-1783) telah memerdekakan Amerika dari penjajahan Inggris. Pada tahun 1788, konstitusi AS menetapkan berdirinya pemerintahan demokratik: kekuasaan dibagi menjadi tiga; Presiden, Kongres, dan Pengadilan Federal. Pada tahun 1789 rakyat Amerika Serikat mencetuskan sebuah amandemen yang dikenal dengan sebutan Bill of Rights. Pada tahun 1971, amandemen ini dijadikan salah satu bagian undang-undang dasar. Isi penting dari Bill of Rights adalah jaminan terhadap hak-hak dasar seperti kebebasan berbicara, pers, beragama, dan sebagainya.
    Pada tahun 1880-an, ide-ide kebebasan mulai dipraktikkan di beberapa negara Eropa. Pada tahun 1830 dan 1848, gerakan-gerakan revolusioner menyapu lagi di kawasan Eropa. Akibatnya, banyak raja dan bangsawan Eropa kehilangan kekuasaan mereka. Pada tahun 1848, banyak negara berhasil memperjuang-kan hak-hak sipil, namun sedikit sekali yang berubah menjadi negara demokrasi. Pada tahun 1800-an hampir seluruh negara Eropa menghapuskan sistem perbudakan. Pada tahun 1865, amandemen ke-13 pada Konstitusi negara menghapuskan perbudakan di Amerika Serikat. Amandeman ke-15 yang kemudian diadopsi pada tahun 1870 memberikan hak pilih kepada para budak. Sejak tahun 1800-an pula, para pekerja memperoleh hak-hak politiknya.
    Pada tahun 1900-an, setelah berakhirnya perang dunia pertama pada tahun 1918, banyak negara Eropa menerapkan prinsip pemerintahan demokrasi. Banyak negara mulai memberikan hak kepada kaum perempuan untuk menyampaikan pendapat dan aspirasi di dalam pemerintahan.
    Menjelang tahun 1930-an, liberalisme mulai berkembang tidak hanya meliputi kebebasan berpolitik saja, tetapi juga mencakup kebebasan-kebebasan di bidang lainnya; misalnya ekonomi, sosial, dan lain sebagainya. Tahun 1941, Presiden Franklin D. Roosevelt mendeklarasikan empat kebebasan, yakni kebebasan untuk berbicara dan menyatakan pendapat (freedom of speech), kebebasan beragama (freedom of religion), kebebasan dari kemelaratan (freedom from want), dan kebebasan dari ketakutan (freedom from fear). Pada tahun 1948, PBB mengeluarkan Universal Declaration of Human Rights yang menetapkan sejumlah hak ekonomi dan sosial, di samping hak politik.
    Dari sini dapat dipahami, sejak tahun 1900-an, politik dan ekonomi liberal memiliki hubungan yang sangat erat. Gagasan ekonomi liberal didasarkan pada sebuah pandangan bahwa setiap individu harus diberi kebebasan untuk melakukan kegiatan-kegiatan ekonominya tanpa ada intervensi dan campur tangan dari negara. Kaum liberal percaya, bahwa ekonomi akan melakukan regulasi sendiri (the invisible hand). Atas dasar itu, campur tangan negara tidak diperlukan lagi. Gagasan semacam ini diadopsi dari pemikiran-pemikiran Adam Smith dan menjadi landasan sistem ekonomi kapitalis yang diterapkan di dunia saat ini.
    Jika liberalisme awal (early liberalism) lebih menekankan pada hak-hak politik, sejak tahun 1900-an, liberalisme telah mencakup hampir seluruh dimensi kehidupan, termasuk di dalamnya liberalisasi pemikiran.
    Liberalisme di Indonesia
    Pada dasarnya, prinsip ekonomi dan politik liberal telah diadopsi di Indonesia sejak kemerdekaan tahun 1945. Itu terlihat jelas di dalam pembukaan dan beberapa pasal yang terdapat di dalam batang tubuh UUD 1945. Walaupun Soekarno menolak peranan hak asasi dalam negara demokrasi, karena dianggap sebagai cikal-bakal dari individualisme dan liberalisme, Pancasila dan UUD 1945 tidak bisa menghindari masuknya prinsip-prinsip liberal tersebut. Kenyataan ini diperkuat dengan dihapusnya kata-kata “dengan kewajiban menerapkan syariat Islam bagi para pemeluknya” dari pembukaan UUD 1945. Bukti lain yang menunjukkan diadopsinya prinsip-prinsip liberal di dalam konstitusi negara adalah bentuk pemerintahan Indonesia sendiri. Indonesia mengadopsi sistem pemerintahan republik presidentil, dengan prinsip pembagian kekuasaan (separation power) yang diajarkan Montesquieu.
    Di kemudian hari, sistem politik seperti ini memberikan ruang legalitas yang sangat luas bagi masuk dan berkembangnya ide-ide liberal. Ini terlihat dari sikap pemerintah yang terkesan “melindungi” sejumlah pemikiran dan praktik liberal di Indonesia yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.
    Liberalisasi Pemikiran
    Pada dasarnya, liberalisasi pemikiran—dalam arti perlawanan terhadap doktrin-doktrin agama—berpangkal pada historisitas kelam kaum Kristiani. Dogma gereja yang cenderung memusuhi rasionalitas serta dominasi kaum agamawan terhadap tafsir agama telah memicu perlawanan-perlawanan radikal. Hal inilah yang menjadi pemicu terjadinya liberalisasi pemikiran secara radikal di seluruh Eropa dan Amerika. Akhirnya, dogma agama digeser oleh ideologi ‘kematian tuhan’ (God is dead) dan sekularisme. Lebih dari itu, cara pandang manusia terhadap kehidupan tidak lagi didasarkan pada doktrin agama, tetapi diganti dengan prinsip sekularistik-materialistik.
    Keadaan ini semakin diperparah dengan munculnya gagasan-gagasan yang secara terang-terangan menyerang eksistensi agama dan menganggap agama sebagai bentuk pelarian yang tidak produktif alias refleksi dari ketidakberdayaan manusia. Feurbach, dengan teori alienasinya, menyatakan bahwa agama itu merupakan tanda keterasingan manusia dari dirinya sendiri. Agama itu lahir dari keterasingan manusia dari dirinya sendiri dan masyarakat. Ia juga menyatakan, bahwa Tuhan itu adalah khayalan yang diciptakan oleh manusia. Oleh karena itu, manusia menurut Feurbach, adalah pencipta Tuhan, bukan sebaliknya. Pendapat Feurbach ini diamini oleh pemikir-pemikir lain semisal T.H Grafton, George H Mead, Charles Cooley, dan John Dewey.
    Pandangan lain tentang agama yang serupa dengan pandangan Feurbach adalah gagasan yang dikemukakan oleh Durkheim. Menurut Durkheim, agama adalah hipostatisasi masyarakat yang mendukung moral manusia, tetapi juga melanggar manusia sebagai sesuatu yang lain (the other).2 Menurut Sigmund Freud, agama adalah ilusi manusia. Baginya, agama itu lahir dari keinginan untuk membuat manusia yang tidak berdaya itu bisa ditoleransi. Adapun Antonio T. Boisen menyatakan, bahwa seseorang harus melampaui fase psikopat (kegilaan) terlebih dulu sebelum ia memeluk agama.
    Gagasan-gagasan semacam ini semakin menjauhkan masyarakat dari agama sekaligus menyebabkan sikap apatis yang berlebihan terhadap agama. Akhirnya, sekularisasi telah menyeret manusia untuk tidak lagi memandang agama sebagai sesuatu yang suci (sakral). Ada proses desakralisasi agama di sana. Agama tidak lagi menjadi pusat kesadaran dan pemahaman manusia. Agama dimarginalkan sedemikian rupa hingga tinggal menempati ruang-ruang privat belaka.
    Proyek Sekularisasi Barat
    Asal-usul liberalisasi pemikiran di Dunia Islam harus dilihat dari horison “perang pemikiran Barat versus Islam”. Ini didasarkan pada kenyataan bahwa liberalisasi pemikiran, dalam konteks liberal seperti gagasan kaum Islam liberal, tidak pernah dijumpai akar kesejarahannya di dalam Islam, seperti halnya sekularisme yang berpangkal dari ajaran Kristen. Sebab, Islam tidak memiliki problem keagamaan seperti halnya agama Kristen di Eropa sehingga harus dilakukan liberalisasi atau sekularisasi. Islam dengan tradisi ijtihadnya telah memberikan ruang yang sangat luas bagi kaum Muslim untuk mengekspresikan pemikiran dan gagasannya hingga Hari Kiamat. Hanya saja, Islam hanya memerintahkan kaum Muslim untuk terikat dengan syariah Islam ketika mereka hendak mengekspresikan pendapat dan gagasan-gagasannya. Oleh karena itu, proses liberalisasi pemikiran di Dunia Islam sama sekali tidak muncul akibat problem-problem ideologis maupun sosiologis pada ajaran Islam, sebagaimana yang dialami agama Kristen, yang meniscayakan adanya sekularisasi dan rasionalisasi.
    Atas dasar itu, liberalisasi pemikiran di Dunia Islam murni karena motif-motif politik kaum sekularis untuk memaksakan gagasan-gagasan sekularnya di tengah-tengah kaum Muslim.
    Sesungguhnya kemunculan gerakan liberalisme di Dunia Islam tidak lepas dari upaya-upaya politik Barat untuk menghancurkan peradaban Islam. Melalui gerakan-gerakan ini, Barat berusaha menghancurkan ajaran-ajaran Islam dengan kedok pembaruan dan kebangkitan Islam, padahal mereka sama sekali tidak mendorong kemajuan bagi umat Islam atau mendorong aktualisasi syariah Islam, tetapi justru dengan terang-terangan menghambat segala bentuk formalisasi syariah Islam dalam koridor negara.
    Di Indonesia, gagasan-gagasan liberal dijajakan pertama kali secara terbuka oleh Nurcholish Majid pada periode tahun 1970-an. Sebenarnya, sebelum Nurcholish Majid, ide-ide ini telah dicuatkan secara sembunyi dan samar oleh Djohan Effendi dan Ahmad Wahib. Namun, setelah Nurcholish pulang dari Amerika, ia mulai melancarkan gagasan-gagasan liberal dan sekularnya secara terbuka.3
    Setelah itu, muncullah tokoh-tokoh lain yang berpandangan sama dengan Nurcholish Majid, misalnya, Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Dawam Rahardjo, Syafii Maarif, Ulil Abshar, dan lain sebagainya. Merekalah yang menarik gerbong Islam Liberal, yang tendensinya jelas-jelas mendorong proses sekularisasi di Indonesia, serta menghambat upaya-upaya formalisasi syariah Islam.
    Pertanyaannya, apakah mereka berhasil memajukan Indonesia dengan ide-ide mereka? Apakah mereka juga berhasil mengatasi problem-problem kemanusiaan akibat diterapkannya sistem Kapitalisme-sekular yang telah diakui oleh orang Barat sendiri sebagai biang keladi kehancuran peradaban manusia? Selain itu, apakah ide-ide liberal yang mereka perjuangkan itu benar-benar bersumber dari ajaran Islam atau dari selain Islam?
    Kaum Muslim Maju Tanpa Sekularisasi dan Liberalisasi
    Sejarah keemasan Islam telah membuktikan kepada kita, bahwa syariah Islam yang digali oleh para ulama kaum Muslim dengan menggunakan metode istinbâth yang khas berhasil mengantarkan seluruh umat manusia menuju kesejahteraan dan kemakmuran. Lebih dari itu, syariah Islam yang saat itu diterapkan dalam koridor negara (Khilafah Islamiyah) berhasil mengakomodasi keragaman (pluralitas), melindungi kaum kafir, menciptakan keadilan dan rasa aman di tengah-tengah masyarakat, serta mampu menciptakan kesejahteraan bagi seluruh umat manusia.
    Sebaliknya, paham sekular dan liberal telah menyeret manusia menuju peradaban yang menyetarakan manusia dengan materi belaka, bahkan lebih rendah daripada materi. Sekularisme dan liberalisme juga memiliki ‘prestasi yang sangat mengagumkan’ dalam menciptakan ketidakadilan, ketimpangan, kemiskinan, ketidakamanan, dan ketakutan.
    Karena itu, sungguh, tidak ada kekejian dan kejahatan yang paling besar selain menjadi pendukung sistem Kapitalisme yang telah terbukti menyengsarakan dan menderitakan umat manusia. Ironisnya, hal ini justru dilakukan oleh kelompok Islam liberal yang sok pluralis dan beradab itu! Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.

    BalasPadam
  28. Tanpa NamaApril 29, 2007

    SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Rasional Pemilihan Tajuk
    Pendidikan memainkan peranan yang amat penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana negara dia alam jagat ini. Bertitik tolak daripada fakta inilah agenda perencanaan dan perlaksanaan dasar pendidikan sesebuah negara wajib mempunyai komponen dan eleman menyatupadukan rakyat khususnya bagi negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Diatas kesedaran inilah timbul dikalangan tokoh-tokoh pendidikan tentang betapa significannya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan kolonial yang telah ditinggalkan oleh British. Maka reformasi pendidikan mula berlaku dan lahirlah Dasar Pendidikan (pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Reformasi pendidikan berlaku pada tahun 1960 dan lahir Laporan Rahman Talib dan kemudiannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Reformasi pendidikan terus berlaku sehingga lahir Laporan Jawatankuasa 1979. Laungan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi aspirasi Wawasan 2020 nya dan cetusan idea Koridor Raya Multimedia (MSC) sudah barang tentunya merancakkan lagi reformasi pendidikan. Satu tinjauan dibuat dalam kertas penyelidikan ini mengenai reformasi-reformasi pendidikan menuju alaf baru sehingga apakah nanti pendidikan kita wajar digelar pendidikan bertaraf dunia bak kata pepatah "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan pendidkan di Amerika, Britain dan lain-lain.
    Pengenalan
    Pendidikan di Malaysia sejak awal kewujudannya telah mengalami berbagai perubahan atau reformasi akibat daripada tinggalan sistem pendidikan kolonial yang kuat pegangan kepada sistem pecah-perintahnya. Perubahan-perubahan juga turut dibuat atas desakan etnik-etnik mengenai sistem pendidikan venakular mereka. Berbagai perubahan juga dibuat akibat daripada kehendak proses asimilasi daripada penduduknya yang berbilang bahasa sehingga terbentuknya masyarakat beridentitikan Malaysia.
    Kini Malaysia terus mencorakkan sistem pendidikan agar kesinambungan terjalin bersama Wawasan 2020 dengan Koridor Raya Multi Media menuju alaf baru. Tinjauan merangkumi; masa depan pelajar aliran agama, penubuhan Universiti Perguruan dan isu perubahan sistem peperiksaan
    Menyingkap Sejarah Pendidikan di Malaysia.
    Sejarah awal pendidikan di Malaysia telah dikenal pasti kewujudannya. Masyarakat Melayu telah mendidik anak mereka merangkumi berbagai perkara mengenai kehidupan, alam mistik, membuat senjata atau seni mempertahankan diri melalui satu sistem pendidikan tidak formal. Sesebuah keluarga mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik yang berbeza. Sehinggalah kedatangan para ulamak dari Tanah Arab & India dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam telah membuka pondok-pondok untuk belajar tentang ajaran Islam. Para ulamak ini mungkin pada dasarnya telah berjaya mendekati masyarakat Melayu yang telah diketahui umum sebagai masyarakat yang kaya dengan pegangan kuat terhadap adat dan budaya nenek moyang mereka. Kepakaran sosiologi para ulamak ini telah berjaya membuka hati masyarakat untuk memeluk Islam. Para ulamak ini mempunyai corak pendidikan yang lebih sistematik iaitu pecahan kepada ajaran Islam iaitu pelajaran Al-Quran, Tauhid, Fekah, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan lain-lain.
    Penjajahan demi penjahan yang dialami sedikit sebanyak mempengaruhi kurikulum pendidikan Islam ini. Penjajah paling lama menjajah adalah British, kolonial inilah yang telah mewarnakan dunia pendidikan di Tanah Melayu dari mula mereka menjajah sehingga ke hari ini. Pada tahun 1816, berdiri megah Penang Free School diikuti tujuh tahun kemudiannya Raffles Institution, tiga tahun kemudiannya iaitu Malacca Free School dan pada tahun 1906, King Edward VII. Pada waktu itu sekolah-sekolah ini dianggap elit dan pada waktu yang sama masyarakat Melayu menganggap sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh kolonial ini sebagai tempat penyebaran agama Kristian sebagaimana yang telah diketahui, sekolah-sekolah ini ditadbir oleh paderi-paderi.
    Pejabat-pejabat pentadbiran British mula berkembang dan keperluan buruh bagi mengisi jawatan-jawatan perlu diisi namun kadar buta huruf dikalangan masyarakat pada ketika itu adalah tinggi. Menyedari hakikat ini, perubahan dalam sistem pendidikan adalah langkah wajar dan sekitar tahun 1930’an British mula membenarkan orang Melayu bersekolah yang sebelum ini hanya dibuka kepada golongan elit Melayu.
    Akibat kemasukkan masyarakat Melayu maka penstrukturan semula perlu dilakukan maka lahirlah Laporan Cheeseman. Antara isi yang terkandung di dalam laporan ini adalah menyusun semula sistem persekolahan, menghapuskan yuran peringkat rendah, semua murid boleh mempelajari bahasa Inggeris, pendidikan vokasional dijalankan namun ia menemui jalan buntu dan kegagalan serta tidak dapat dilaksanakan atas alasan dana yang besar diperlukan.
    Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguran berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.
    Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan.
    Akibat daripada pertembungan dua laporan ini maka terhasil Ordinan Pelajaran 1951 bagi mengkaji semula dan membuat perubahan-perubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn Wu. Ordinan Pelajaran ini dihasilkan oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran dan dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Antara cadangan-cadangan dalam ordinan ini adalah Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar atas permitaan ibubapa jika memenuhi syarat 15 murid/POL, bahasa Melayu daiajar di sekolah Inggeris dan begitu juga sebaliknya, sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran ini juga mempunyai halangan yang besar iaitu; kurang guru terlatih, Dana yang tidak mencukupi dan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan etnik Cina dan India.
    Jawantankuasa Khas pula dicadangkan bagi memperbaiki Ordinan Pelajaran. Antara cadangan-cadanga yang terdapat dalam Jawatankuasa Khas adalah; menghadkan kemasukkan pelajar ke sekolah Inggeris, Penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, pengunaan tiga bahasa di sekolah venakular Cina dan Tamil dan menubuhkan sekolah vokasional.
    Zaman kolonial British ini telah memberikan imej yang tidak disenangi oleh etnik lain antara isu-isunya adalah penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, menawarkan peluang tenaga buruh hanya pada peringkat rendah, kewujudan sekolah venakular dengan masalah kurikulum yang berbeza serta masalah bahasa pengantar serta lokasi yang terpinggir serta British juga cuba mengawal nasionalisme.
    Zaman Selepas Kemerdekaan.
    Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pendidikan terus mengalami reformasi iaitu pada tahun 1960 satu laporan telah dihasilkan iaitu Laporan Rahman Talib bertujuan mengkaji semula Laporan Razak dan ia menjadi Akta Pendidkan 1961 iaitu akta pertama yang diluluskan diperundangan. Antara cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib adalah; pelajaran sekolah rendah diberikan percuma dan hanya dua jenis sekolah sahaja iaitu, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; memperkenalkan pendidikan anika jurusan, sistem naik otomatik, peperiksaan am diperingkat sekolah menengah perlu menggunakan bahasa rasmi, pendidikan Islam bagi murid-murid beragama Islam lebih daripada 15 orang dan penekanan terhadap pendidkan akhlak.
    Pada September 1974, reformasi terhadap pendidikan terus dicadangkan iaitu Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. Isu yang dibahas adalah:
    Mengkaji semula kesan sistem pelajaran dan kurikulum dalam rangka masa depan pelajaran untuk keperluan tenaga kerja ……Supaya sistem pendidikan negara dapat memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat bersatu padu
    (Jawatankuasa Kabinet, Sept 1974)
    Antara cadangan Jawatankuasa Kabinet termaktub kepada sekolah rendah adalah; komunikasi, pendidikan alam sekitar, perkembangan diri, memperkenalkan sistem 3M dan memperkenalkan sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mana kemudiannya dilaksanakan pada tahun 1982.
    Bagi sekolah menengah pula Jawatankuasa Kabinet telah mengutarakan cadangan pendidikan vokasional, perdagangan, matematik, sains, bahasa, ko-kurikulum meliputi sukan, kaunseling dan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang kemudiannya dilaksanakan pada 1988.
    Sistem pendidikan negara akan terus berkembang namun pelbagai isu timbul sebagai rencam reformasi pendidikan negara.
    Pendidikan Negara Menuju Alaf Baru.
    Pendidikan negara untuk satu dekat yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai satu langkah dan strategi pembagunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara selaras dengan Wawasan 2020. Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian. Perubahan paradigma ini bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber tenaga manusia abad ke-21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan ke arah melahirkan lebih ramai pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.(Dr. Abd. Rahim Bin Abd. Rashid; Massa;Bil 92; 21 jun 1997)
    Perubahan serta reformasi pendidkan mesti bersifat ‘Systematic Change’, ia tidak boleh satu komponen sahaja dan semua komponen itu mesti diolah sedemikian rupa supaya perubahan kita bersepadu dan holistik serta komprehensif. (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997)
    Isu Masa Depan Pelajar Aliran Agama.
    Sekolah agama sekolah ‘second class’, pelajarnya ketinggalan zaman. Siapa yang masuk sekolah agama tidak ke mana perginya, paling tidak menjadi ustaz. Dalam konteks ini, apa yang jelas, penjajahan berperanan penting dalam mencorakkan sistem pendidikan di Malaysia. Corak sistem pendidikan berdasarkan kepentingan penjajah. Zaman pra-merdeka telah menyaksikan betapa sekolah-sekolah mubaligh mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan elit Melayu kerana kewujudannya dikatakan ‘established’. Manakala sekolah agama terus dipinggirkan oleh pihak pemerintah dan ia cuma popular di kalangan masyarakat Melayu yang mempertahankan nilai jati diri Melayu. (Razali Awang;Massa;Bil 95; 12 Julai 1997).
    Datuk Seri Najib pernah berkata, dalam membuat perubahan, kita tidak dapat mengubah ‘trust’ kita, misalnya Falsafah Pendidikan Negara, soal bahasa, kepentingan pendidikan Islam. Jadi kemelayuan dalam pendidikan, kepentingan nasional dan citra bangsa kita tidak boleh ubah.
    Datuk Najib, dalam cadangannya dalam tahun 1995 supaya mengkaji semula kurikulum sains sekolah rendah dan menengah bagi mencapai matlamat 60 peratus pelajar beraliran sains dan 40 peratus pelajar beraliran satera . (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997;28).
    Penetapan kuota ini harus dilihat sebagai cabaran kepada sekolah aliran agama. Apakah peminggiran pelajar agama akan berulang kembali?
    Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Muhamad Nur Manuty berkata, dasar baru Kementerian Pendidikan ini harus dipandang serius dan ia perlu ditangani segera agar tidak mendatangkan kesan untuk jangka masa panjang. Dasar baru yang diperkenalkan ini boleh dianggap pembunuh impian pelajar yang berusaha dalam serba kekurangan untuk menjejakkan kaki ke IPT bagi memiliki segulung ijazah.
    Tambah beliau lagi; peluang pelajar aliran agama yang ingin menyambung pelajaran peringkat ijazah di IPTA hanya terbuka kepada tiga buah universiti sahaja. Antaranya Akedemi Islam di Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kulliyah Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa. (Dr. Muhamad Nur Manuty; Massa Bil 95; 12 Julai 1997; 28). Jadi mampukah ketiga-tiga IPTA tersebut menampung sejumlah 4,269 pelajar aliran agama yang memohon ke IPTA pada sesi akademik 1997/98?
    Manakala Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Ismail Ibrahim menegaskan pelajar aliran agama berperanan besar dalam proses pembangunan negara. Tambah beliau lagi mereka memiliki latar belakang agama ternyata mempunyai personaliti dan kredibiliti yang tinggi serta mempunyai daya tahan di samping kecemerlangan mereka menceburi bidang profesional tidak dapat dinafikan.
    Dr. Ismail Ibrahim membidas perlaksanaan kuota yang telah dicadangkan sebagai halangan yang perlu dihadapai oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang ditubuhkan untuk memartabatkan sekolah rendah agama (SAR) yang bersungguh-sungguh mencanangkan kuota 30 peratus kepada pelajar aliran agama ke Tingkatan enam kemanusiaan, sains, dan ke IPT tempatan dan luar negara. (Dr. Ismail Ibrahim; Massa; Bil 95; 12 Julai 1997; 28).
    Isu mengenai masa depan pelajar aliran agama ini turut mendapat liputan hangat sebuah akhbar tabloid iaitu akhbar Watan 11 Julai 1997.
    Selang beberapa hari selepas isu ini dibangkitkan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan akhbar adalam ucapan beliau bertarikh 16 Julai 1997 telah menjawab isu yang dibangkitkan. Antara kenyataannya, beliau mengakui pada masa kini dalam proses permohonan dan menyalurkan pelajar ke IPTA, pelajar hanya dibahagikan kepada DUA kategori sahaja iaitu aliran sains dan aliran sastera. Ini membawa implikasi peluang yang ada adalah sama untuk pelajar tidak kira sama ada pelajar daripada Sekolah Menengah Biasa, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Teknik. Yang menjadi penentu sama ada pelajar berjaya masuk ke IPTA adalah:
    a. Pencapaian akademik pemohon.
    b. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki oleh pemohon.
    c. Gred mata pelajaran untuk bidang pengkhususan tertentu.
    d. Pencapaian dalam ko-kurikulum.
    e. Lulus temuduga/ujian kelayakan yang ditetapkan untuk program pengajian tertentu.
    f. Bilangan tempat yang disediakan.
    Beliau juga menasihatkan agar:
    a. Pelajar sekolah aliran agama tidak sepatutnya risau mengenai peluang melanjutkan pelajaran. Apa yang perlu dipastikan agar pelajar menganggap agama sebagai mata pelajaran yang mengukuhkan keimanan dan peribadi disamping mengambil mata pelajaran lain yang boleh membantu ke arah pencapaian kerjaya dalam bidang profesional.
    b. Bijak memilih kombinasi mata pelajaran untuk membantu ke arah kerjaya yang diingini.
    c. Di saran melihat peluang melihat peluang melanjutkan bukan melalui SPM/SPMV sahaja tetapi melalui ‘mode’ pensijilan yang lainyang masih boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran.
    d. Para pelajar aliran agama juga perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai saingan daripada pelaran aliran lain dan juga bangsa lain untuk mendapatkan tempat di IPTA dalam pengajian lain.
    Sebagai mengubati kesempitan peluang melanjutkan pelajaran pelajar aliran agama maka pada tahun ini, Universiti Kolej Pengajian Islam akan mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 300 orang. Menjelang tahun 2000 pengambilan pelajar akan meningkat kepada 2500 orang. (Datuk Seri Najib Tun Razak, 16 julai 1997).
    Persoalan yang terus bermain dan sering menerima kritikan yang hebat daripada sesetengah ulamak kerana sistem pendidikan aliran agama baik dari segi perlaksanaan sukatan pelajarannya mahu pun kurikulumnya dikatakan gagal melahirkan pelajar yang boleh mengusai bahasa Arab, sekaligus mewarisi tradisi keilmuan Islam. (Dr. Muhamad Nur Manuty; 12 Julai 1997)

    Isu Penubuhan Universiti Perguruan (UP).
    Pada masa ini negara kita telah mempunyai sejumlah sembilan buah universiti termasuk Universiti Malaysia Sabah. Penubuhan Universiti Perguruan merupakan strategi yang yang memenuhi keperluan jangkamasa panjang dalam bidang perguruan negara.
    Menyingkap sejarah perguruan negara, latihan perguruan secara formal bermula dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1922. Sebanyak 155 guru pelatih menjadi kumpulan pertama di maktab tersebut. Kemudiannya disusuli pada tahun 1935, maktab perguruan untuk wanita telah di bina iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM). (Wan Ab. Kadir Wan Dolllah; Mac 1996) Dalam Laporan Barnes (1949) yang mencadangkan penubuhan maktab perguruan berasrama penuh untuk lulusan Senior Cambridge juga sebagai membuktikan besarnya peranan guru dalam sistem penididikan negara.
    Penubuhan sebuah universiti perguruan sememangnya telah dinanti-nantikan terutama oleh tokoh-tokoh pendidikan dan persatuan perguruan. Sejak pendita Za’ba yang pernah menyuarakan hasrat tersebut pada tahun 1930’an: "Sampailah sekarang tokoh-tokoh pendidikan telah menyuarakan pandangan murni mereka tentang pentingnya diwujudkan unversiti perguruan di negara kita". Presiden Persatuan Suluh Budiman , Tan Sri Awang Had Salleh misalnya dilaporkan amat gembira jika penubuhan universiti tersebut menjadi realiti (Utusan Malaysia, 21 September 1995).
    Sehubungan dengan ini, bekas Ketua Pengarah pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad semasa dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1993 pernah menyarankan supaya ditubuhkan sebuah universiti untuk guru. Beliau menjelaskan bahawa jika kita mempunyai universiti yang berkenaan, taraf pengajaran guru akan dapat ditingkatkan, disamping tahap kebolehan mengajar dapat disepadukan. (Wan Ab. Kadir Wan Dolllah; Mac 1996)
    Dalam tahun 1996, dengan kapasiti 4.5 juta orang murid sejumlah 8000 buah sekolah dan dalam statistik tahun 1992, jumlah guru terlatih di Malaysia ialah sebanyak 189, 696, iaitu 82.1 peratus daripadanya adalah lulusan maktab manakala selebihnya ialah para guru siswazah (statistik Dewan Masyarakat; Mac 1996). Peningkatan terhadap guru-guru memang tidal dapat dielakkan. Sebagai strategi jangka pendek, guru-guru sambilan dan guru-guru bersara terpaksa diambil bagi mengatasi masalah ini.
    Isu yang dibangkitkan adalah mengapakah Universiti Perguruan diwujudkan dan diperlukan dalam sistem pendidikan negara menuju alaf baru?
    Universiti Perguruan yang mula beroperasi pada tahun 1997 dengan sejumlah peruntukkan yang besar dalam membiayai pasarananya dan keperluan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang ilmu. UP boleh dianggap sebagai satu usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat dan kelayakkan guru. UP juga diharapkan dapat meningkatkan tahap pendidikan guru bagi menghadapi cabaran pendidikan masa depan. UP boleh memberikan peluang kepada para guru untuk mendapatkan tangga gaji serta skim perkhidmatan yang lebih baik disamping peningkatan dari segi profesionalisme mereka. (Wan Ab. Kadir Wan Dolllah; Mac 1996)
    Seorang Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dr. Siti Hawa Ahmad telah memberi pendapat yang menyokong isu penubuhan UP ini. Jelas beliau; Bahagian Pendidikan Guru yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga pengajar sudah mengorak langkah menggubal kurikulum baru bagi guru pelatih bersesuaian dengan cabaran serta tuntutan semasa. Universiti Perguruan juga menjadi medan yang dapat membantu guru ke arah menjayakan sasaran tersebut. (Berita Harian; Sabtu 16 Mei !998).
    Reformasi dalam pendidikan melihat beberapa komponen yang begitu signifikan misalnya, jika kita mengubah kurikulum sekolah, kita mesti mengambil kira latihan guru, soal fizikal, soal kemasukkan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, status guru, profesionalisme dan beberapa aspek lain. Kalau orang mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib adalah menyeluruh termasuklah Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dijangka akan meningkatkan kewibawaan guru dalam melahirkan insan cemerlang. (Datuk Seri Najib Tun Razak; 14 Jun 1997).
    Adalah dianggap kewujudan UP ini sebagai "orang mengantuk disorongkan bantal" kepada para guru yang mana kewujudan UP ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan martabat dan kelayakkan guru. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada masa sekarang ganjaran bagi para guru mungkin tidak setimpal dengan apa yang mereka sumbangkan. Kerapkali kita mendengar rintihan daripada guru yang tidak berpuas hati dengan tangga gaji serta skim perkhidmatan yang mereka perolehi berbanding dengan profesion yang lain. Kegemilangan profesion perguruan juga dikatakan semakin pudar dan kian tidak diminati, malah ada dikalangan guru yang berkhidmat meninggalkan profesion ini.
    Datuk Seri Najib, bagaimana pun memberi hujah ada sesetengah negara macam Jepun, guru-guru dibayar lebih tinggi daripada profesion lain sebab guru penting untuk membentuk masa depan negara. Tapi di negara kita tidak sedemikian. Kalau kita ubah gaji guru, profesion lain pula akan menuntut. Jadi ini melibatkan banyak masalah kepada kita. (Datuk Seri Najib Tun Razak; 14 Jun 1997).
    Namun Datuk Najib tetap akur dengan desakan para pendidik ditambah dengan kewujudan UP dan difahamkan Datuk Najib dalam sidang akhbar dengan pemberita selepas merasmikan Pameran Perdana dan Pelancaran Laman Web sempena sambutan perayaan jubli emas Sekolah Menengah Sultan Badlishah di Kulim beliau membuat kenyataan, "Semua guru bukan siswazah akan dinaikkan taraf dan gaji secara berperingkat melalui satu skim yang sedang dirancang". Tambah beliau lagi "Saya sendiri akan membuat pengumuman rasmi mengenai skim itu serta butir-butirnya tidak lama lagi". Difahamkan pelarasan gaji itu akan diumumkan awal tahun depan, tetapi akan berkuatkuasa pada 1 Julai 1999. (Berita Harian; Jumaat;12 Jun 1998).
    Pengumuman yang dibuat ini seolah-olah memberi satu sinaran kepada kalangan pendidik yang selama ini semacam sudah lena dengan masalah tentang profesion mereka yang satu ketika dulu masyarakat menganggap guru adalah tugas yang amat mulia, memerlukan banyak pengorbanan, kesabaran dan masyarakat sering berkata "guru adalah segalanya". (Dr. Siti Hawa Ahmad; Sabtu 16 Mei !998).
    Persoalan akan terus menghujani kita apakah dengan penubuhan Universiti Perguruan ini akan menghasilkan skim perkhidmatan yang jauh lebih baik disamping peningkatan dari segi profesionalisme dan mengangkat status perguruan? Apakah selepas ini profesion perguruan tidak lagi disebut sebagai "second class job"? Dan apakah dengan kewujudannya adalah puncak kepuasan dalam sektor perguruan dan pendidikan?
    Isu Sistem Peperiksaan Dalam Reformasi Pendidikan.
    Konsep baru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada para pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memebri kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pembelajaran disekolah. Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Datul seri Najib Tun Abdul Razak ini sudah mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. (Dr. Abd. Rahim Bin Abd. Rashid; Massa;Bil 93; 21 jun 1997).
    Memang tekah menjadi budaya kita yang lebih kepada "exam oriented". Ibu bapa menggesa anak mereka bukan sahaja untuk mendapat A tapi mendapat agreget 9 atau 6A. Memang sudah ditanam dalam masyarakat kita sejak dulu lagi. Ini bukan perkara baru. Sebab itu kita membuat perubahan asas dalam sistem pendidikan. Perubahan ini bukan kosmetik tetapi perubahan substansif, maknanya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya kita membuat cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menegahdikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan. Antara perubahan kita ialah membolehkan kegiatan kokurikulum diambil kira untk masuk ke universiti. Ketika ini sepuluh peratus dari nilai markah kemasukkan universiti datangnya daripada aktiviti kokurikulum. Bermakna kalau kita aktif dalam teater, pandu puteri, pengakap, penglibatan itu akan diambil kira. Bila kita berubah kepada sekolan bistari nanti kita akan tekankan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri. Peperiksaan akan dibuat bukan secara konvensional tetapi "examination on demand". (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997;25).
    Isu yang berbangkit mengenai konsep peperiksaan yang kurang berorientasikan kepada peperiksaan nanti akan diragui melahirkan geraduan yang tidak berkualiti.
    Datuk Seri Najib kemudiannya menjelaskan bahawa, kita mengatakan kita mahu mengubah sistem pendidikan supaya tidak "exam oriented", jadi kita mesti berpegang kepada keputusan itu. Yang penting ialah pengusaan ilmu dan kemampuan berfikir. Kalau kita hanya berorientasikan peperiksaan, kita akan hanya menghafal. Jadi kita tidak membentuk minda pelajar. (Massa;Bil 91; 14 Jun 1997;25).
    Datuk Seri Najib telah mengumumkan perubahan dalam sistem peperiksaan sejak dari tahun 1996 iaitu; dengan mengutarakan cadangan untuk mengubah corak peperiksaan pada masa hadapan di mana pelajar dibenarkan membawa buku atau nota ke dalam dewan peperiksaan sebagai bahan rujukan dan pada tahun 1997 Datuk Seri Najib terus dengan reformasi sistem peperiksaan iaitu; melaksanakan Dasar Kementerian Pendidikan ke arah membekalkan tempoh pendidikan asas minimum 11 tahun di mana Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lagi menjadi peperiksaan yang menggagalkan pelajar untuk ke tingkatan emapat dan cadangan beliau untuk memansuhkan beberapa peperiksaan penting iaitu PMR, SPM dan STPM. Ini memandangkan pendidikan berorientasikan peperiksaan sudah tidak sesuai untuk melahirkan generasi baru yang ilmuan, bermaklumat dan cemerlang. Sehubungan itu ia akan diganti dengan peperiksaan lain. (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997;25).
    Penghapusan sistem peperiksaan sbagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan menimbulakan banyak tanda tanya dan perbincangan terbuka dikalangan pendidik, khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi dan masyarakat umum yang perihatin dengan hal-hal pendidikan negara ini. Idea penting yang mendasari reformasi sistem peperiksaan dan penilaian yang dicadangkan itu dikira bersesuaian dengan semangat dan budaya baru pembelajaran untuk melangkah perubahan abad ke 21. Sistem peperiksaan kita sememangnya perlu dirombak sebagai satu langkah penting merintiskan pembaharuan pendidikan negara.
    Perubahan Dalam Sistem Pendidikan Peperiksaan Dan Sistem Persekolahan
    Tahap Sekarang Perubahan Yang Dicadangkan
    Pendidikan Rendah 6 tahun 5 - 6 tahun
    Pendidikan Menegah 5 tahun 4 tahun
    Pengajian Pra-Universiti 2 tahun 2 tahun
    Pendidikan Tinggi 4 tahun 3 tahun
    Umur Penggraduan 24 tahun 21 - 22 tahun
    Cadangan pembaharuan sistem peperiksaan ini juga memberi keadaan penting kepada penghapusan program matrikulasi yang dikendalikan oleh universiti tempatan untuk meningkatkan bilangan pelajar bumiputera dalam bidang sains dan teknologi. Alasan untuk menjimatkan perbelanjaan pendidikan nampaknya banyak menutup peluang pelajar bumiputera ke pusat pengajian tinggi. (Dr. Abd. Rahim Bin Abd. Rashid; Massa;Bil 90; 7 Jun 1997).
    Seminggu selepas isu ini dibangkitkan Datuk Seri Najib bagaimana pun mengulas, matrikulasi belum dimansuhkan dan kita bukan bercadang untuk memansuhkan matrikulasi. Cadangan supaya dapat melihat semula apakah sistem ini sistem yang terbaik bagi menghasilkan bilangan pelajar bumiputera yang kita perlukan terutama sekali bidang sains dan teknikal. Sebab sistem matrikulasi ada juga kelemahannya. Saya sedang mengkaji semula sistem ini supaya kita ada tiga "Option". Option pertama kita kekalkan matrikulasi dalam bentuk yang ada sekarang. Kedua, kita teruskan matrikulasi tetapi kita buat perubahan kepada kaedah matrikulasi itu dan yang ketiga, kita pindahkan matrikulasi itu tetapi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan. Yang dikhuatiri dalam matrikulasi ini ialah pelajar bumiputera hanya bersaing dengan pelajar bumiputera sahaja, seolah-olah mereka berada dalam dunia yang tidak realistik. Tapi bila masuk tahun pertama, mereka bersaing dengan bukan bumiputera menyebabkan mereka agak ketinggalan dari segi output dan prestasi. Begitu juga dari segi kualiti keputusan, sedangkan bukan bumiputera bersaing hebat kerana mereka sedar peluang untuk mereka terhad, jadi mereka mesti mendapat keputusan yang lebih baik. Jadi saya juga mahu pelajar bumiputera mendapat keputusan yang lebih cemerlang. (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997;25).
    Dilihat dari aspek sosiologi, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorong kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti kepada persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Sistem peperiksaan harus mendorong kepada perkembangan yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri. Keseluruhan falsafah, prinsip dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem pendidikan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang daripada matlama-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan persekolahan yang progresif dab dinamis. (Dr. Abd. Rahim Bin Abd. Rashid; 28 Jun 1997).
    Kesimpulan
    Reformasi dalam sistem pendidikan perlu berlaku agar ianya selaras dengan arus pembangunan di negara ini yang begitu pesat. Untuk menjadi sebuah negara maju dan masyarakat berteknologi tinggi seiring dengan mandat Wawasan 2020, pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan. Namun perubahan serta reformasi yang sangat drastik ini membawa kepada implikasi sosial yang sangat besar kepada struktur masyarakat di negara ini. Pendidikan di negara menjadi semakin liberal dan sudah setentunya masyarakat juga terpaksa mengubah cara hidup agar menjadi semakin liberal terhadap pendidikan di negara ini.

    BalasPadam
  29. Muhammad Luqman Al-HakimMei 03, 2007

    Assalamualaikum ustaz...kenapa ada komen yang tak berkaitan dengan KKQ disini..sepatutnya pengunjung-pengunjung bagi pandangan untuk memartabatkan subjek KKQ itu sendiri.Tahniah kepada ustaz yang bersusah payah membangunkan laman ini..dan banyak hasil-hasil KKQ terutama dalam ICT yang ustaz telah tinggalkan sepanjang berada di JAPIM..ia amat-amat berguna pada kami dalam P&P di sekolah..syukran..

    BalasPadam
  30. Tanpa NamaMei 04, 2007

    Al-Quran Menunduk Pencabarnya

    Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi apa yang biasanya berlaku, ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia merupakan anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada kenabian dan kerasulan mereka.

    Al-Quran merupakan mukjizat paling besar kepada nabi Muhammad S.A.W dan berkekalan sehingga hari qiamat.Jika kita merujuk kepada beberapa buah kitab samaada yang turasi(tua) ataupun mua'sarah(terkini), kita akan dapati bagaimana muallif kitab itu membincangkan bagaimana Al-Quran melemahkan mereka yang telah, sedang dan akan mencabarnya melalui beberapa kriteria yang tertentu. Di sini akan disentuh secara ringkas kriteria-kriteria berikut untuk maklumat kita bersama.

    I'jaz bayani (susunan dan kehalusan bahasa)

    Kriteria ini merupakan kriteria yang utama daripada yang lain kerana pengutusan nabi Muhammad S.A.W ditengah-tengah masyarakat arab yang tinggi bahasanya dari sudut balaghah, fasohah dan kehalusan bahasa arab. Jika difikirkan bagaimana Rasulullah S.A.W mampu menulis Al-Quran sebagaimana yang didakwa oleh musyrikin sedangkan dia seorang yang buta huruf dan tidak pernah belajar daripada intelek arab pada masa itu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa al-Quran itu merupakan mukjizat bukannya hasil penulisan Rasululllah S.A.W sendiri. Ramai generasi sekarang kurang merasai kehalusan dan kesenian serta kelebihan Al-Quran dari sudut bayani kerana bahasa arab sekarang dimasuki unsur-unsur luar. Al-Quran telah menjadi rujukan utama ulama' lughah di dalam mengetahui kaedah nahu, balaghah dan sebagainya. Kita sebagai seorang muslim hendaklah mendalami ilmu tersebut kerana ia akan menimbulkan kesan yang mendalam dilubuk hati kita apabila melihat susunan, kehalusan, kesenian, balaghah dan fasohah lughah Al-Quran yang tiada tandingannya. Bagaimana seseorang itu hendak merasai keindahan Al-Quran dari sudut bayani melainkan dia tahu dan faham dengan ilughah arabiah. Al-Quran telah mencabar pencabarnya pada lima tempat iaitu:
    1. Ayat 23-24 surah al-Baqarah yang bermaksud :Dan kamu tetap dalam keraguan berkenaan al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami Muhammad S.A.W, buatlah satu surah sahaja seumpama al-Quran dan ajaklah pembantu-pembantu selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
    2. Ayat 37-39 surah Yunus yang bermaksud : Tidak mungkin al-Quran itu dibuat oleh mereka selain Allah,akan tetapi al-Quran itu telah membenarkan kitab-kitab sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya.Tiada keraguan padanya,diturunkan dari Tuhan semesta alam. Atau patutkah mereka mengatakan : ''Muhammad telah membuatnya''. Katakanlah:''Jika benar apa yang kamu dakwa itu maka cuba datangkan satu surah seumpamanya dan ajaklah sesiapa yang yang dapat kamu panggil untuk membuatnya selain allah jika kamu orang-orang yang benar.
    3. Ayat 12-14 surah Hud yang bermaksud : Maka kemungkinankamu hendak meninggal sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepadamu dan kerananya dadamu terasa sempit, disebabkan resah mereka mengatakan : '' Mengapa tidak diturunkan padanya perbendaharaan atau datang bersamanya seorang malaikat?''. Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Maha pemelihara segala sesuatu. Bahkan mereka mengatakan : '' Muhammad telah membuat al-Quran itu''. Katakanlah :'' Jika demekian maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat seumpamanya dan serulah orang-orang yang kamu sanggup mengajaknya untuk bersamamu selain Allah jikakamu orang-orang yang benar.
    4. Ayat 86-88 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan sesungguhnya jika kami menghendaki nescaya Kami lenyapkan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan dengan dengan pelenyapan itu kamu tidak akan mendapati seorang pembela pun terhadap Kami. Kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurniaan ke atasmu adalah besar. Katakanlah : '' Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat seumpama al-Quran ini maka mereka tidak kan mampu untuk membuat seumpamanya sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu untuk sebahagian yang lain.
    5. Ayat 33-34 surah at-Tur yang bermaksud : Ataukah mereka mengatakan : '' Dia iaitu Muhammad membuatnya''. Sebenarnya mereka tidak beriman. Maka hendaklah mereka mendatangkan kalimah (satu ayat lengkap)seumpama al-Quran itu jika mereka orang-orang yang benar.
    Walaupun ada yang cuba menyahut cabaran ini tetapi mereka tidak mampu seperti Musailamah al-Kazzab. Pada masa kini ada golongan orientalis barat yang cuba menulis lima surah palsu tetapi apabila dikaji dari sudut bahasa dan keseniannya agak tersasar jauh dari Al-Quran disamping apa yang ditulis menunjukkan penafian adanya mukjizat pada hasil tulisan mereka apabila dalam kebanyakan ayat, Rasulullah S.A.W telah menghina diri sendiri sebagai pengkhianat dan orang gila sedangkan salah satu syarat mukjizat ialah mesti mempertahankan rasul atau nabi yang menunjukkan sesuatu mukjizatnya bukan menafikannya. Jika tidak fahami lughah dan kesenian serta buta bahasa arab, kita tidak mungkin merasai kepalsuannya. Sesungguhnya Allah tetap menjaga Al-Quran daripada musuh-musuhnya. Imam Syafi'e telah berkata bahawa mereka yang pakar dengan bahasa arab ini adalah jin manusia yang mana mereka nampak apa yang orang lain tidak nampak. Ini membawa maksud bahawa jin mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Maka begitulah juga dengan pakar bahasa arab mampu melihat pada nas atau petikan yang mana orang biasa tidak dapat melihatnya. Ini kerana mereka melihat dari sudut makna yang mana orang biasa tidak mampu melihatnya.

    I'jaz ilmi

    Kriteria ini menunjukkan kepada kita bagaimana Al-Quran telah melemahkan pencabarnya dari sudut perbahasan ilmiah. Bagimana seorang rasul yang tidak pernah belajar mengenai angkasa lepas serta kedoktoran mampu bercakap atau menulis mengenai perkara tersebut melainkan ia merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah kepada baginda S.A.W. Mengenai perjalanan matahari misalnya para ahli sains menyatakan bahawa bumi mengelilingi matahari yang mana matahari berkedudukan tetap sedangkan di dalam Al-Quran melalui ayat 38 surah Yasin, Allah berfirman : Dan matahari bergerak di atas paksinya, Itu menunjukkan kekuasaan Allah Yang maha hebat dan bijaksana. Al-Quran juga memberitahu kepada kita bagaimana kejadian janin manusia di dalam perut ibunya melalui beberapa ayat seperti ayat 14 surah al-Mukminun yang bermaksud : Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu dari segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, lalu dari segumpal daging itu kami tulang belulang, lalu dari tulang belulang itu Kami saluti dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah pencipta yang paling baik. Begitu juga dengan proses hujan yang dinukilkan dalam Al-Quran melalui ayat 43 surah an-Nur yang bermaksud : Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah mengarakkan awan kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celahannya dan Allah juga menurunkan butiran air dari langit iaitu dari gumpalan awan seperti gunung-gunung maka dicurahkan air tadi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkan daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

    I'jaz tasyri'e (perundangan)

    Kriteria ini membuktikan bagaimana Al-Quran membincangkan perundangan rabbani yang adil dan sesuai dijalankan sepanjang masa. Tidak mungkin seorang nabi yang diketahui buta huruf yang mana kebanyakan waktunya dihabiskan dengan memelihara kambing dan berniaga mampu untuk menulis perundangan yang sempurna ini melainkan ia merupakan mukjizat. Walaupun telah ramai yang cuba mencipta dan menjalankan sistem perundangan dan pemerintahan yang berdasarkan komusisme, sosialisme, sekularisme dan ideologi yang lain tetapi semuanya menemui kegagalan kerana perundangan Al-Quran tetap melemah dan menggagalkan pencabarnya. Antara perundangan yang terkandung dalam Al-Quran ialah berkaitan dengan solat, puasa, zakat, haji, pembahagian harta pusaka, kekeluargaan, hukum hudud, qisas, pemilihan pemimpin dan sebagainya. Kita melihat bagaimana barat sendiri mengakui perundangan Al-Quran adalah yang terbaik dan sempurna seperti hukuman 100 rotan untuk penzina yang belum berkahwin merupakan satu-satunya jalan untuk mengubati penyakit Aids(bala). Manakala bagi mereka yang sudah berkahwin maka tiada jalan lagi kerana mereka memang tiada peluang lagi untuk selamat daripada penyakit itu melainkan direjam sehingga mati. Begitu juga Islam menjaga maruah seseorang daripada di’aibkan walaupun dia bersalah selagi mana dia tidak dihukum melalui hukum li’an, qazaf, zihar dan beberapa hukum yang lain.

    Ini membawa kepada penjagaan maruah pesalah dan keluarganya dan mengelakkan orang ramai daripada membuat tuduhan tanpa bukti dan saksi.

    Kita juga pernah membaca bagaimana kerajaan Amerika Syarikat cuba mengharamkan peminuman, pembelian, penjualan, pengeluaran dan pengedaran arak pada tahun1930. Mereka mengemukakan pelbagai cara melalui penyelidikan yang teliti dan perbahasan ilmiah mengenai bahayanya arak untuk disebarkan kepada rakyat mengenainya. Media massa digunakan sepenuhnya untuk menerangkan mengenai perkara ini yang mana tujuan ini menelan belanja sebanyak US65 juta dan pencetakan sahaja meliputi US9 juta dan 4 juta lebih bagi tujuan pelaksanaan undang-undang ini. Menurut laporan dari bahagian penyelidikan dan pengkajian menunjukkan kesan pelaksanaannya antara Oktober 1933 telah menyebabkan 200 orang dihukum bunuh, seramai setengah juta orang dipenjara dan rampasan kepada arak mencapai angka US 1.5 juta serta denda yang dikenakan kerana kesalahan ini berjumlah US400 juta. Akhirnya undang-undang ini terpaksa dibatalkan pada akhir tahun 1933memandang mereka kehilangan banyak nyawa dan juga denda yang dilakukan tidak mampu membendung masalah arak ini. Ini adalah kerana undang-undang yang dicipta oleh tangan manusia tidak mampu menimbulkan keinsafan dan juga tiadanya perhubungan antara duniawi dan ukhrawi tidak sepertimana hukum Allah yang Maha Adil dan memberi kesan kepada makhlukNya. Hukuman sebat sebanyak 80 rotan ke atas peminum arak sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam mampu menginsafkan mereka yang terlibat dan mampu pula untuk mencegah orang lain dari terjerumus dalam kesalahan yang sama. Ia juga dilaksanakan dihadapan ramai bukannya di bilik khas yang mana hanya pegawai yang bertugas dan pesalah sahaja yang tahu azabnya seksaan yang dijatuhkan ke atasnya. Bilakah kita mampu merasai keadilan hukum Allah? Ia adalah kewajipan kita bersama di dalam melaksanakannya.

    I'jaz tarikhi

    Kriteria ini membuktikan kepada kita bagaimana Al-Quran membawa pelbagai berita dan kisah yang berkaitan dengan perkara yang silam, sekarang dan akan datang. Di sini dibahagikan contoh kepada 3 bahagian bersesuaian dengan apa yang telah, sedang dan akan berlaku.

    PERTAMA :
    Al-Quran telah merakamkan bagaimana Firaun apabila hampir tenggelam telah mengaku beriman kepada Allah tetapi taubatnya tidak diterima melalui ayat 90-92 surah Yunus yang mana maksud Allah berfirman : Dan Kami memungkinkan bani Israel menyeberangi laut laulu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana mereka mahu menganiayai dan menindas sehingga apabila Firaun hampir lemas berkatalah dia :" Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel dan aku termasuk oarang-orang yang berserah diri kepada Allah. Adakah sekarang engkau baru percaya sedangkan sebelum ini engkau telah mendustaiNya dan engaku termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu agar dapat menjadi pengajaran kepada umat selepasmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia alpa dengan tanda kekuasan Kami. Ayat ini juga menerangkan bagaimana tubuh Firaun tidak hancur ditelan ombak atau dimakan oleh ikan tetapi sebaliknya jasadnya telah dibawa oleh ombak ke tepian pantai untuk disaksikan oleh kaumnya bagaimana Firaun yang sebelum ini mengaku tuhan telah mati lemas dan telah dibinasakan dengan cara yang hina. Jasad ini dipercayai masih wujud bersama-sama mumia yang lain di muzium Mesir melalui kajian beberapa orang pakar dari barat. Ini menunjukkan kepada kita mukjizat Al-Quran dan menafikan ia adalah tulisan nabi S.A.W. Selain itu Al-Quran turut merakamkan tentang umat dan rasul serta nabi sebelum baginda S.A.W untuk menjadi renungan bukannya sekadar dibaca sahaja. Jika kita perhati dan baca dengan penuh pemerhatian maka kita dapati cerita di dalam al-Quran ada yang hanya terdapat dalam satu surah dan ada yang terdapat dalam beberapa surah yang lain. Allah juga menceritakan perkara ini secara rambangnya jika kita teliti, cerita ini putus-putus dan tidak secara penuh sebaliknya Allah menceritakannya pada sesuatu keadaan yang penting dan boleh diambil pengajaran sahaja. Ini membezakan al-Quran dengan buku sejarah atau buku cerita yang lain.

    KEDUA :
    Al-Quran telah menjelaskan kepada kita mengenai tentang sifat Allah, malaikat, jin, syurga dan neraka serta keadaan alam barzakh dan sebagainya untuk renungan kita bersama. Antara contoh yang kita akan dapati ialah melalui penerangan serba sedikit mengenai keadaan di dalam syurga melalui firmanNya dalam ayat 25 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman dan berbuat kebaikan bahawa mereka disediakan syurga yang mana mengalir air di dalamnya. Setiap mereka akan dianugerahi buah-buahan syurga lalu mereka menyatakan : inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu. Mereka diberikan buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya. Ini membuka mata kita bahawa jika ia merupakan tulisan manusia maka dia tidak mungkin mampu menceritakan sifat syurga sebagaimana tersebut dalam ayat ini.

    KETIGA :
    Al-Quran telah memberitahu tentang kemenangan yang akan dicapai oleh tentera Rom ke atas Parsi dalam tempoh beberapa tahun sebagaimana ayat 1-6 surah al-Rom yang bermaksud :
    Alif Laam Miim. Telah dikalahkan kuasa Rom. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah itu kan diberikan kemengan kembali. dalam beberapa tahun lagi Bagi Allahlah segala urusan sebelum ini dan sesudah mereka mencapai kemenangan. Dan pada hari kemenangan kuasa Rom itu bergembiralah orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Janji yang sebenar-benar itu dari Allah. Allah tidak akan memungkiri janjiNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    Banyak lagi kisah yang seumpama ini seperti kemenangan yang bakal dicapai oleh orang muslimin dan sebagainya untuk renungan dan menambah keyakinan tentang mukjizat al-Quran dan kebenaran kenabian nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam yang dibawa oleh baginda S.A.W.

    I'jaz 'adadi (bilangan)

    Kriteria ini menunjukkan bagaimana Al-Quran telah memastikan bahawa ia merupakan merupakan mukjizat dari sudut bilangan sama ada ayat, surah dan jumlah perkataan yang tidak berubah dan kekal sehingga hari qiamat. Apabila adanya golongan yang cuba menambah beberapa surah Al-Quran maka dengan sendirinya kita dapat tahu bahawa ia adalah surah palsu kerana melebihi jumlah surah Al-Quran yang sebenar iaitu 114 surah disamping bertambahnya bilangan ayat dan jumlah kalimah.

    Inilah serba ringkas perbincangan mengenai kriteria i'jazul Quran. Semoga penerangan yang serba ringkas ini mampu memberi serba sedikit maklumat mengenai kriteria penting bagaimana Al-Quran mampu melemahkan musuh-musuhnya dari dahulu sehingga sekarang.

    BalasPadam