Khamis, Mei 10, 2007

STATUS KELAS KHAS KEMAHIRAN AL-QURAN

  1. Kelas kemahiran al-Quran adalah salah satu kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh Negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
  2. Oleh kerana statusnya sebagai kegiatan kokurikulum, maka proses pembelajarannya dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi. Ini bererti kelas ini terpaksa dilaksanakan pada sebelah petang jika murid terbabit berada pada sesi pagi. Sekiranya murid yang terbabit bersekolah pada sesi petang, maka kelas ini dilaksanakan pada sebelah pagi. Namun begitu ia menjadi tugas rasmi bagi guru.
  3. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah menggunakan budibicara mereka untuk menyusun jadual yang membolehkan guru yangterbabit datang lewat kerana mereka terpaksa pulang lebih lewat berbanding dengan guru-guru lain, begitu juga sebaliknya.
  4. Di samping itu murid-murid yang terlibat dalam kelas ini hendaklah dianggap telah mengikuti salah satu daripada kegiatan kokurikulum yang diwajibkan. Kehadiran mereka dalam kelas ini hendaklah diambil kira ketika memberi markah dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Guru yang mengajar kelas tersebut juga hendaklah dianggap telah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Guru yang mengajar kelas tersebut secara khusus juga tidak diberi jawatan-jawatan berat seperti guru tingkatan dan seumpamanya. Ini bagi membolehkan guru terbabit memberi tumpuan yang sepenuhnya supaya kelas berkenaan dapat berjalan dengan baik.
  7. Pentadbir sekolah juga patut berusaha menambah bahan-bahan bantuan mengajar yang diperlukan serta mempastikan kelas berkenaan berjalan dengan baik.
(Dipetik dari Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran al-Quran KPM)