Jumaat, April 18, 2008

Ustaz Sabri Jusoh dalam Kenangan - al-Fatihah

Pagi tadi, lebih kurang jam 8.08 pagi (18 April 2008) saya menerima SMS dari Ustaz Yusuf Ismail, menyampaikan berita sedih tentang sahabat saya Ustaz Sabri Jusoh yang pergi buat selama-lamanya. Saya dimaklumkan beliau diserang sakit jantung. Walaupun beliau bukan Guru KKQ, tetapi beliau tidak asing kepada sebahagian besar guru-guru KKQ. Jasa beliau dalam memastikan pelaksanaan KKQ di sekolah sangat banyak. Beliau sering membantu saya menyiapkan soalan-soalan peperiksaan KKQ dan juga Buku KKQ yang diguna pakai di sekolah-sekolah pada hari ini. Marilah kita berdoa dan menghadiahkan al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin....

1 ulasan:

  1. Tanpa NamaApril 29, 2008

    salam.salam takziah buat keluarga allahyarham.saya baru sahaja berjumpa dan berbual dgn dia di Rossapasadena Cameron semasa mesy kawal mutu bahan kursus kkq.al-fatihah.semoga roh us sabri dicucuri rahmat Allah

    BalasPadam